SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, April 11, 2011

ANALISIS AD - AS (NATIONAL INCOME EQUILIBRIUM)

Pengenalan

Permintaan agregat (AD) berbeza dengan perbelanjaan agregat (AE). AD menerangkan hubungan antara tingkat harga umum dengan keluaran negara benar yang diminta oleh pengguna , sedangkan AE menerangkan hubungan antara jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli (isi rumah, firma, kerajaan, sektor negara asing) dengan pendapatan negara. Keluk AE bercerun positif, sedangkan keluk AD bercerun negatif.

AS pula menerangkan hubungan antara tingkat  harga umum dengan keluaran negara benar yang ditawarkan oleh pengeluar. Keluk AS bercerun positif. Kebiasaannya, keluk AS dilukis melengkung sedikit (bagi membezakannya dengan keluk penawaran pasaran barangan, begitu juga dengan AD).

Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila AD = AS. Keluk AD boleh diterbitkan secara hubungan geometrik menegak dengan keluk AE. Andaikan berlaku kenaikan harga, maka fungsi AE beralih ke bawah secara selari, menyebabkan keluaran negara benar beralih ke kiri. Lokus keseimbangan berkenaan dipindah secara menegak ke bawah, iaitu keluk AD yang bercerun negatif.

(Nota: sila buat latihan keluk yang tidak dipaparkan di laman ini)

Dua Sebab Keluk AD Beralih


1   ∆ komponen AE (C, I, G, Xn)


     -->  + AE  :  keluk AD beralih ke kanan


     -->  -  AE  :  keluk AD beralih ke kiri




2   ∆ bekalan wang (MS)


     (a)  + MS   (dasar kewangan mengembang) ==>  keluk AD beralih ke kanan


            ketika melukis keluk, andaikan hanya MS beralih ke kanan selari, sedangkan MD tetap


            ==>  kuantiti wang (W) beralih ke kanan
            
            ==> kadar bunga (r) ↓  ==>  pelaburan (I) ↑  :  tunjukkan menerusi keluk kecekapan modal sut (MEI


            ==>  +I  ==>  + AE (keluk AE beralih ke atas selari)


nota: pastikan label paksi yang betul bagi keempat-empat keluk di atas.




Sebab Keluk AS bercerun -ve


Sila ambil perhatian bahawa keluk AS menunjukkan hubungan antara tingkat harga umum dengan keluaran negara benar. Keluk AS bercerun -ve disebabkan hukum pulangan berkurangan:


   +L (buruh) -->  -MP (keluaran sut) -->  +MCF (kos sut faktor) --> +∆P (tingkat harga umum) ==> +∆AD


Selain itu, +∆P juga berpunca daripada keluk penawaran buruh yang bercerun +ve. Maknanya, makin banyak buruh digunakan, makin tinggi upah per unit perlu dibayar --> +MCF (kos sut faktor) --> +∆P (tingkat harga umum) ==> +∆AD


4 sebab peralihan keluk AS


i)  harga input:  jika +harga input  -->  -∆AS  --> alih ke kiri, (dan sebaliknya)


ii)  kos buruh+kos buruh --> +kos pengeluaran --> -∆AS  --> alih ke kiri, (dan sebaliknya)

iii)  teknologi:  jika maju --> daya pengeluaran ↑  -->   +kuantiti keluaran -->  +∆AS  --> alih ke kanan, (dan sebaliknya)


iv)  harga barang+∆P -->   +∆AS --> alih ke kanan, (dan sebaliknya)




KESEIMBANGAN AD - AS


Penentuan keseimbangan pendapatan negara benar ialah apabila AD = AS.


==> Jika  AD > AS:  lebihan AD  ==>  +∆P (harga umum) kembali ke titik keseimbangan AD = AS, (dan sebaliknya)


(nota: penerangan proses penyesuaian keseimbangan hendaklah bermula dengan ketidakseimbangan, sama ada lebihan AD, atau lebihan AS)


Kesan Kejutan DD, SS 


Buat analisis keluk berdasarkan kes-kes berikut:


1)  +∆AD sahaja, AS tetap:  inflasi (sebaliknya jika -∆AD: meleset)


2)  +∆AS sahaja, AD tetap:  pertumbuhan  (sebaliknya jika +∆AS: stagflasi)


3)  +∆AD  >  +∆AS


4)  -∆AD  >  +∆AS


5)  +∆AD  >  -∆AS


6)  +∆AS  >  -∆AD


7)  +∆AD  =  +∆AS


8)  -∆AS  =  -∆AD


(nota: bagi kes 3 - 8, analisiskan ∆AD, ∆AS, ∆P, ∆Y)

No comments: