SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, April 9, 2011

DRAMA "INFLAKASTA" KOMSAS TINGKATAN 2 (MISCONDUCT OF WARFARE)

Pengenalan


Infla (budak lelaki) dan Kasta (budak perempuan) ialah nama anak-anak Siti, mangsa perang yang muncul bersama-sama dua watak utama yang lain, iaitu Dibisi dan Marhen yang lebih awal diperkenalkan. Tema drama ialah kemusnahan akibat peperangan. Hakikat itu menepati peribahasa, "menang jadi arang, kalah jadi abu".

Nama yang diberikan kepada setiap watak sudah cukup bagi menggambarkan kedudukan sosial dan peranan masing-masing. Buktinya:

1   Dibisi bin Elita, elit ialah golongan berstatus tinggi dalam sesebuah masyarakat

2   Marhen bin Daif, marhaen ialah golongan bawahan atau kebanyakan, serta mudah diperkotak-katikkan; daif bermakna sangat lemah

3   Siti, lambang kemuliaan kaum wanita

4   Kastabung, nama gah dengan kejahatan, zalim

5   Jakidan, jaki ialah penuh hasad dengki, ego

6  Taliba, mirip sebuatan taliban (dalam bahasa Arab bermakna pelajar), tetapi apabila dikaitkan dengan tindakan melampau puak politik Afghanistan akan membawa maksud negatif

Perbincangan Peristiwa Penting

1   Perebutan kotak kosong antara Dibisi dengan Marhen hingga putus dua kerana disangkakan berisi makanan. Dibisi dahulunya tidak suka bercampur gaul kerana menjaga kedudukan sebagai orang yang berkuasa, sedangkan Marhen petani berjaya yang gemar bersedekah. Walaupun mulanya mereka bertelagah, perang telah menjadikan mereka sahabat.

Watak:  Dibisi
Perwatakan:  keakuan (individualistik) / tidak suka bergaul / mementingkan kedudukan
Latar masyarakat:  Masyarakat yang bersifat keakuan / individualistik / tidak suka bergaul / mementingkan kedudukan
Nilai:  Kemesraan (jika dipositifkan, dan dikaitkan dengan perubahan sikap Dibisi sebagai mangsa perang)
Persoalan:  Kemesraan dalam pergaulan
Pengajaran:  Kita hendaklah menjalin kemesraan dalam pergaulan

Watak:  Marhen
Perwatakan:  Pemurah / murah hati / suka bersedekah
Latar masyarakat:  masyarakat yang pemurah / murah hati / suka bersedekah
Nilai:  Keprihatinan / kepekaan / kemurahan hati
Persoalan:  Keprihatinan / kepekaan / kemurahan hati dalam menolong orang
Pengajaran:  Kita hendaklah prihatin / peka / murah hati dalam menolong orang yang susah

Siti menjadi sasau (tidak keruan) dengan melaung-laungkan nama kedua-dua anaknya, Infla dan Kasta. Siti melabel Dibisi dan Marhen (mewakili kaum lelaki) sebagai zalim dan pembunuh yang asyik berperang hingga menyebabkan anaknya hilang.


Watak:  Siti
Perwatakan: penyayang / tegas / berterus terang
Latar masyarakat:  Masyarakat yang penyayang / tegas / berterus terang
Nilai:  Kasih sayang / ketegasan / kejujuran
Persoalan:  Kasih sayang seorang ibu / ketegasan / kejujuran dalam menyatakan pendirian
Pengajaran:  Kita hendaklah menyayangi keluarga / kita hendaklah tegas / jujur dalam menyuarakan pendirian

Marhen dengan berani menerkam dan menampar Kastabung hingga tumbang, dan disusuli dengan tumbukan ke perut walaupun cuba dihalang oleh Dibisi. Apabila Taliba, orang suruhan Kastabung cuba membalas, Siti pula yang menghalang. Siti sanggup ditembak.

Watak:  Marhen / Siti
Perwatakan:  berani
Latar masyarakat: masyarakat yang berani
Nilai:  Keberanian
Persoalan:  Keberanian dalam menetang musuh
Pengajaran:  Kita hendaklah berani bertindak terhadap musuh

bersambung...

No comments: