Watak
Perkataan / rangkai kata (frasa) menarik
majal (muka surat 94): tumpul, sudah tidak kisah lagi, sudah terbiasa
menikmati leteran (94): sudah lali / mangli / biasa / berasa terhibur dengan cakap-cakap (Mak Lamah)
kira-kira tak akan mati (96): masih boleh berhutang
terhungap-hungap (97): tercungap-cungap (turun naik nafas akibat kepenatan)
mengais untuk memenuhi hidup (97): mencari rezeki dengan sumber terhad (cukup makan sahaja)
musim turun datang (97): rezeki (Pak Talib) makin tipis, menghadapi zaman kemerosoton (dalam pekerjaan)
menurut ekor mata (98): berdasarkan pengihatan kasar, tidak menggunakan alat ukuran
mengisi muzium (99): layak bersara / berhenti daripada pekerjaan
gelak-gelak keruan (100): ketawa yang dibuat-buat (untuk menutup rasa terkilan)
keluhan nipis (100): luahan perkataan yang tidak jelas biji butirnya
membenamkan benda (101): memasukkan sesuatu (pemberian)
siap mengecutkan hatinya (101): bersedia menghadapi keadaan yang mungkin tidak diingini (leteran)
Analisis komsas
Perwatakan: sabar / tabah / tenang (Pak Talib)
Nilai: kesabaran / ketabahan / ketenangan
Persoalan: kesabaran / ketabahan / ketenangan dalam menghadapi cabaran hidup
Pengajaran: kita hendaklah sabar / tabah / tenang dalam menghadapi cabaran / dugaan hidup
Tinjauan Plot
Permulaan: pengenalan watak Pak Talib yang terbiasa dileteri Mak Lamah
Perkembangan / eksposisi: punca khidmat Pak Talib kurang sambutan, ada tukang muda
Pergolakan / konflik: Pak Talib hanya dipanggil membaiki reban ayam kampung (Mamat) sahaja
Puncak / klimaks: Pak Talib bersedia menghadapi leteran Mak Lamah lagi
Peleraian: Mak Lamah berubah sikap kerana Timah dirisik oleh Manas, si tukang muda
Perbincangan kbkk
Punca kerja warisan tradisi tiada jaminan: kurang perancangan / kurang peralatan / teknologi usang / lambat siap
Faedah / kelebihan pertukangan tradisional: lambang jati diri masyarakat / kesinambungan sejarah dahulu
Cara membantu pekerja kampung: adakan kursus / khidmat nasihat / bantuan kewangan
Kesan kemerosotan seni tukang lama: warisan bangsa makin dilupakan / luput / tidak dihargai
No comments:
Post a Comment