SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, April 4, 2011

GUNUNG KINABALU MENDAP 2 METER? (THE EARTH KEEP CHANGING)

Gegaran demi gegaran yang mengakibatkan gempa bumi dan tsunami makin kerap berlaku di zon lingkaran api Pasifik. Struktur plak bumi juga dikatakan mengalami kelemahan. Pentas Sunda dilaporkan juga berganjak sedikit, lalu mengingatkan kita tentang teori hanyutan benua dalam kajian geografi.

Selain itu, fenomena gerhana matahari (awal bulan Hijrah) dan gerhana bulan (pertengahan bulan, iaitu ketika bulan mengambang penuh) yang mempengaruhi pasang surut air laut turut menguatkan tarikan gegaran bumi. Imej langit sebelum berlaku gegaran yang sempat dirakamkan di Indonesia menunjukkan awan yang turun agak rendah sejam sebelum kejadian. Selain itu, berdasarkan catatan falak, sejam selepas gegaran, kawasan terbabit akan mengami hujan yang cukup lebat.

Namun, beberapa keganjilan telah berlaku dalam siri gegaran mutakhir. Contohnya gempa bumi di Myanmar beberapa minggu lalu tidak berlaku demikian. Sebaliknya, awan yang membawa hujan telah berpindah ke Thailand dan utara Semenanjung Tanah Melayu, selain di Padang, Medan hingga menyebabkan banjir di sana.

Hujan juga tidak turun di Fukushima selepas gempa, sebaliknya salji yang tiba sehingga usaha menyelamat mangsa menemui jalan sukar. Satu sumber mengatakan bahawa salah seorang menteri Jepun yang sedang berada dalam tube bawah tanah yang bergerak dengan kelajuan 480 kilometer sejam merasakan sendiri seolah kereta api yang dinaiki bergoyang dari semua arah: kiri, kanan, atas dan bawah. Dia menyaksikan mangsa terkorban di depan mata, namun dirinya selamat kerana masih sempat melafazkan, "hanya Tuhan yang dapat menyelamatkan aku".

Di Arab Saudi pula, isi padu air zamzam telah bertambah berkali-kali ganda hingga perlu diangkut dengan sejumlah 150 buah lori tangki dari Mina untuk diagih-agihkan segera. Bandar Jeddah (penulis blog pernah beberapa kali berkunjung ke sana) juga mengalami kandungan air bawah tanah yang bertambah mendadak. Struktur tanah Jeddah sudah dilemahkan oleh air itu dan langkah berjaga-jaga sedang diambil.

Mungkinkah jazirah (semenanjung) Hijjaz atau tanah Arab akan kembali menghijau sebagaimana asalnya setelah kontang akibat hukuman kepada kaum Sodom (zaman Nabi Lut), 'Ad dan Tsamud yang melakukan keingkaran melampau? Lambat-laun aliran air bawah tanah akan membentuk lembangan sungai yang bakal merobah keratan rentas dan landskap bumi Arab.

Beberapa buah negara rantau Medditerranean (bahagian utara Afrika) telah mula mengalami fenomena salji. Kesan pemanasan global dan kesan rumah kaca, serta kebocoran lapisan ozon dijangka mempercepat proses penuaan bumi yang telah diperlakukan semahu-mahunya oleh manusia. Benua Artik dan Antartik yang dilitupi bongkah ais dan glasier mungkin tidak dapat bertahan dengan status quo.

Di Sabah, Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang, 200 kilometer dari Kota Kinabalu telah mengalami penurunan ketinggian sebanyak 2 meter. Proses "perataan" bumi menerusi pemendapan gunung-ganang bukan pertama kali berlaku. Gunung Krakatau yang suatu ketika dahulu megah berdiri di Sumatera kini dikatakan tenggelam di dalam Danau Toba.

Bagi menghadapi fenomena perubahan bumi yang membawa sekali pelbagai bentuk mala petaka alam, masyarakat yang beriman harus mematuhi saranan supaya istiqamah dengan syukur, doa dan istighfar. Syukur meliputi lintasan kalbu, lafaz bibir dan perbuatan. Istighfar memohon keampunan digalakkan ketika matahari tenggelam (remang senja) yang membawa sekali kejahatan dan wabak penyakit. Doa ialah senjata yang sentiasa perlu dijaga...

(sedutan ceramah as-Shiekh ketua falak Jabatan Mufti Johor di Masjid Solatiah, Rapat Setia Baru sebentar tadi)

No comments: