SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, April 4, 2011

KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA EKONOMI TERBUKA (ACTIVITIES THAT ACROSS THE BORDER)

Kegiatan perdagangan antarabangsa, iaitu eksport dan import melengkapkan semua pelaku ekonomi: 

          1   isi rumah       (C + S)
          2   firma             (I)
          3   kerajaan        (G, T)
          4   sektor asing   (Xn = X - M)

Interaksi antara keempat-empat pelaku boleh diterangkan menerusi model aliran pusingan pendapatan. Isi rumah sebagai pemilik faktor menawarkan faktor (buruh, tanah, modal, usahawan) ke pasaran faktor dan akan dibeli oleh firma. Sebagai balasan, firma akan membayar ganjaran (upah, sewa, bunga, untung) kepada pemilik faktor yang akan menjadi pendapatan kepada isi rumah. Sebahagian besar pendapatan isi rumah itu akan dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan daripada pasaran barang. Bayaran yang dibuat akan menjadi pendapatan kepada firma.

Bahagian pendapatan yang dibelanjakan oleh isi rumah dipanggil sebagai penggunaan (C), manakala baki bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan akan ditabungkan. Diandaikan bahawa semua tabungan akan disalurkan kepada institusi kewangan. 

Firma akan membelanjakan sebahagian besar pendapatannya untuk tujuan pelaburan, yakni proses pembbentukan modal fizikal tetap bagi menjana pendapatan dan daya pengeluaran pada masa depan. Bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan oleh firma juga diandaikan akan ditabungkan kepada institusi kewangan.

Institusi kewangan pula akan menggunakan sebahagian besar tabungan yang diterima untuk tujuan pelaburan, sama ada secara langsung atau tidak langsung (menerusi pemberian pinjaman). Institusi kewangan bolehlah dianggap sebagai tempat persinggahan aliran wang sebelum dialirkan semula dalam model aliran pusingan pendapatan.

Setakat adanya isi rumah dan firma, serta institusi kewangan, ekonomi berkenaan boleh dinamakan sebagai ekonomi pasaran bebas, iaitu tanpa campur tangan kerajaan. Dalam analisis makro, keadaan itu juga dikenali sebagai ekonomi dua sektor, Y = C + I.

Motif isi rumah sebagai pengguna ialah memaksimumkan kepuasan, manakala firma memaksimumkan untung. Jika dibiarkan begitu sahaja akan timbul kos sosial seperti eksternaliti (kesan luaran), monopoli dan inflasi yang tidak dapat dikawal. Maka, peranan kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan ialah bagi memastikan bahawa masyarakat akan terus menikmati kos sara hidup yang munasabah, iaitu harga barang yang stabil di samping dapat menyerap tekanan inflasi. Kerajaan juga akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan supaya tahap guna tenaga penuh dapat dicapai tanpa inflasi dan tanpa pengangguran.

Hasil kerajaan datang daripada sumber cukai yang dikenakan terhadap isi rumah dan firma, sama ada cukai langsung, mahupun cukai tidak langsung. Hasil kerajaan akan dibelanjakan dalam bentuk perbelanjaan kerajaan (pelaburan awam, iaitu penyediaan barang dan perkhidmatan awam), serta sebahagian lagi disalurkan dalam bentuk subsidi. Subsidi kepada isi rumah sebagai pengguna ialah bagi menurunkan harga barang (misalnya petrol Ron 95 diberi subsisi 74 sen seliter, pengguna hanya membayar RM1.90); subsidi kepada firma bagi menurunkan kos pengeluaran. Pendek kata, perbelanjaan kerajaan ialah alat atau instrumen agihan semula kekayaan negara.

Setakat campur kerajaan dipanggil ekonomi 3 sektor, iaitu Y (atau AE) = C + I + G. Keadaan demikian masih merupakan ekonomi tertutup. Hanya apabila berlakunya kegiatan perdagangan antarabangsa, baharulah wujud ekonomi terbuka.

Sektor isi rumah iaitu pengguna diandaikan memiliki cita rasa untuk menggunakan barangan daripada negara asing. Maka, kegiatan import akan berlaku. Wang akan mengalir keluar, iaitu bocoran daripada aliran pusingan pendapatan.

Firma juga mungkin perlu membeli barang modal (jentera) daripada negara asing juga menerusi kegiatan import. Seterusnya andaikan pasaran barangan bagi sesebuah firma ialah negara asing. Maka, firma akan melakukan kegiatan eksport bagi memperoleh pendapatan, iaitu suntikan yang akan membesarkan saiz aliran pusingan pendapatan.

Bagi memudahkan analisis, sepertimana fungsi suntikan yang lain, fungsi eksport diandaikan malar, iaitu selari dengan paksi pendapatan negara, Y. Ertinya, eksport tidak berfungsi kepada pendapatan negara, X ≠ f(Y). Dalam kata lain, eksport tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. Sama ada pendapatan negara ialah sifar, atau meningkat, jumlah eksport tetap sama, tidak mengalami sebarang perubahan.

Fungsi eksport ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara eksport dengan pendapatan negara. Kecerunan keluk = ∞, iaitu anjal sempurna, iaitu selari dengan paksi pendapatan negara. Maknanya eksport dipengaruhi oleh penentu selain pendapatan negara.


Antara penentu eksport termasuklah:


1   cita rasa pengguna negara asing: jika menyukai barang keluaran negara, eksport negara akan naik, dan sebaliknya;


2   pendapatan negara asing: jika Y asing ↑, X↑; dan sebaliknya


3   kadar tukaran asing: nilai RM↑, harga eksport (Px)↑; permintaan eksport (Dx)↓; dan sebaliknya


4   teknologi:  jika maju --> ekonomi bidangan --> kos purata ↓ --> Px↓ --> Dx ↑; dan sebaliknya


5   dasar rakan dagang: jika sekatan (tarif, kuota, embargo)↑ --> X ↓; dan sebaliknya


6   inflasi domestik (andaian: rakan dagang tiada inflasi) --> Px↑ --> Dx ↓




Fungsi import ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara import dengan pendapatan negara. Import dipengaruhi secara langsung oleh pendapatan negara, tetapi tidak bermula dari 0, kerana seperti fungsi bocoran yang lain, terdapat nilai import autonomi, iaitu ketika Y = 0, M = +ve. Maka, fungsi import boleh ditulis dengan menggunakan rumus:


           M = Ma + mY


                      Ma = import autonomi
                         m = MPM = kecenderungan mengimport sut (marginal propensity to import)


Fungsi import bercerun positif, tidak bermula dari O, serta akan beralih secara selari apabila berlaku perubahan (pertambahan, atau pengurangan) import. Jiika fungsi import hanya satu, maka keadaannya akan sama dengan perubahan kuantiti ditawarkan yang bergerak dalam keluk yang sama. Terdapat hubungan positif antara impoert dengan pendapatan negara, iaitu makin tinggi pendapatan negara, makin tinggi kuantiti import. Nisbah saiz perubahan bergantung kepada keanjalan permintaan harga barang import.


Jika berlaku peralihan fungsi import secara selari, sama ada ke atas (pertambahan import), atau ke bawah (pengurangan import), maknanya disebabkan penentu selain pendapatan negara, iaitu:


1   cita rasa pengguna dalam negara: jika cenderung keluaran asing, M↑; dan sebaliknya


2   kadar tukaran asing: jika RM↑ --> harga import (Pm)↓ --> Dx↑; dan sebaliknya

3   mutu (kualiti) / harga barang pengganti import: jika dibaiki (mutu↑@ harga↓) --> D pengganti M↑ --> Dm ↓


4   dasar perdagangan negara: jika sekatan di↑, Dm ↓; dan sebaliknya


5   inflasi domestik: harga barang pengganti import ↑ secara berbanding dengan Px --> Dm↑;  dan sebaliknya (andaian: tiada inflasi di negara rakan dagang).


Penentuan keseimbangan ekonomi terbuka (4 sektor) ialah apabila AS = AE, atau AS = Y.


             Y = C + I + G + Xn


            AE = C + I + G + Xn




Selain itu, ketika AE = AS, atau pada lokus fungsi AE memotong garis 45°, suntikan mesti sama dengan bocoran ( J = W).  
          
            J  =  I + G + X
 
           W  =  S + T + M
 
maka,  I + G + X  =  S + T + M
 
Jika berlaku keadaan J > W (lebihan suntikan), atau W > J (lebihan bocoran), ketidakseimbangan pendapatan negara wujud. Proses penyesuaian akan berlaku sehinggalah J = W semula.




Perbincangan secara kuantitatif bakal menyusul, Insya-Allah...

No comments: