1 Amira bertekad membuktikan betapa bermakna persahabatannya dengan Jacinta dengan kesanggupan mengikut Itai (bukan mahram) merentasi hutan dan sungai yang penuh misteri. Amira mahu mengutip sendiri emas sebagai hadiah kepada Jacinta.
Watak: Amira
Perwatakan: berani / gigih / menghargai persahabatan
Latar masyarakat: masyarakat yang berani / gigih / menghargai persahabatan
Nilai: keberanian / kegigihan / kesetiakawanan
Persoalan: keberanian / kegigihan / setia kawan sesama remaja
Pengajaran: kita hendaklah berani / gigih menempuh cabaran
2 Itai akhirnya menceritakan misteri tentang seorang penebang balak yang digantung songsang oleh "seekor binatang berkaki dua". Hutan seakan-akan dilindungi daripada penceroboh.
Watak: Itai
Perwatakan: jujur
Latar masyarakat: masyarakat yang jujur
Nilai: kejujuran
Persoalan: kejujuran dalam komunikasi
Pengajaran: kita hendaklah jujur dalam komunikasi
3 Sebelum menyuruh Amira mengutip emas, Itai menceritakan kisah tamadun Pompei yang musnah akibat ketamakan pencari emas. Walaupun sebagai orang ketiga yang tahu lokasi emas di situ, Amira hanya dibenarkan mengutip satu sahaja.
4 Amira dan Itai tiba-tiba menyaksikan sendiri "binatang berkaki dua" mengerjakan seorang penceroboh hutan. Itai seperti mahu menyalahkan Amira yang terlepas cakap, sambil mencari jalan untuk mereka lari dari situ.
5 Ketika Itai bersama-sama Amira menuju rumah Tau untuk mencari perlindungan, mereka disergah satu lembaga. Itai bersedia dengan parang, manakala Amira rebah.
Watak: Itai
Perwatakan: tangkas
Latar masyarakat: masyarakat yang tangkas
Nilai: ketangkasan
Persoalan: ketangkasan dalam bertindak
Pengajaran: kita hendaklah tangkas dalam bertindak
Unsur kbkk
1 saspens: kaitan antara "binatang berkaki dua" dengan Tau
2 kawalan longgar terhadap anak: Prof. Zaidah tidak memantau dengan ketat pergerakan Amira yang keluar dengan bukan mahram
No comments:
Post a Comment