SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, June 6, 2012

ALAHAI KESATUAN GURU, BILA HENDAK HOLISTIK? (THE STRUGGLE FOR ALL)

Isu-isu emolumen, sistem saraan, proses naik pangkat dan pelarasan gaji memang tidak pernah reda. Sesuatu perubahan mungkin membawa kegembiraan yang tidak terhingga kepada satu pihak, tetapi menimbulkan rasa kurang puas hati pihak yang lain. Penambahbaikan terma perkhidmatan lazimnya lebih menguintungkan kakitangan lantikan baharu, berbanding dengan mereka yang sudah bertaraf otai (old-timer).

Apabila Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK, NUTP) menyuarakan betapa guru-guru senior mendapati gaji mereka sudah hampir sama, sama atau boleh jadi dapat dipintas oleh guru lantikan baharu. Puncanya ialah tempoh perkhidmatan mereka sebelum skim perkhidmatan terkini tidak diambil kira. KPPK mencadangkan supaya sistem 3 tahun perkhidmatan terdahulu  = 1 tahun kiraan matriks sistem 8 + 8 + 6 + 3 dilaksanakan segera.

Perubahan besar sistem saraan dan kenaikan pangkat bermula pada era Sistem Saraan Baru (SSB) dengan perubahan gred D1, D2 dan seterusnya kepada DG41, DG44 dan seterusnya mulai tahun 1992. Guru memiliki peluang menerima pergerakan gaji melintang (+ 2 kenaikan gaji tahunan), atau menegak (+ 1 kenaikan gaji tahunan). Namun, peluang tersebut bergantung kepada markah penilaian ketua jabatan, iaitu penolong kanan selaku penilai pertama, dan pengetua selaku penilai kedua.

SSB dikritik hebat, lalu Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenalkan pada tahun 2004. Kenaikan pangkat bergantung kepada kelulusan Penilaian Tahap Kompetensi (PTK). Pada tahun pertama pelaksanaan SSM, keputusan PTK hanya mempunyai gred lulus dan kandas.

Keputusan PTK pusingan pertama mencatat hanya 0.9 peratus lulus, atau 99.1 peratus kandas. Apabila menerima bantahan yang kuat, keputusan PTK pusingan kedua dikeluarkan dengan peratus lulus mencecah 9 peratus. Kumpulan guru berjumlah hampir 10,000 orang itulah yang diberikan kenaikan gred DG 44 dengan syarat mendapat perakuan ketua jabatan dari segi markah penilaian prestasi tahunan di sekolah (LMPT), serta diberi anjakan gaji ke baris P2 atau P3.

Pada tahun berikutnya, gred PTK diubah kepada 4 aras, iaitu IV (cemerlang, A), III (lulus, B), manakala aras II dan aras I (tidak mencapai tahap kompetensi). Hanya guru yang berjaya mencatat aras IV (A) diberi anjakan gaji ke baris P2 atau P3. Aras III (B) masih boleh naik pangkat, tetapi tidak menerima anjakan gaji.

Sekali lagi timbul rungutan bahawa bukan semua guru yang memperoleh aras IV benar-benar kompeten dalam tugas, khususnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pencapaian peperiksaan awam kelas yang diajar juga menjadi sandaran. Guru-guru lantikan baharu juga dianggap bertuah kerana pengetahuan mereka semasa latihan ikhtisas ialah yang terkini dan masih panas.

Maka, pada penghujung tahun 2011, sistem saraan baharu perkhidmatan awam (SBPA) pun diperkenalkan. Namun, hayat SBPA tidak panjang apabila SSM kembali digunakan dengan penambahbaikan kepada sistem matriks gaji sebaris dan kenaikan pangkat dalam tempoh yang lebih singkat. Guru-guru penolong tidak perlu lagi bergantung kepada jawatan pentadbiran sekolah atau guru cemerlang untuk mencapai gred DG 54 sebelum bersara dengan andaian tidak tergendala atas sebab LMPT, kesihatan atau cuti tanpa gaji.

Ironinya, guru veteran siswazah terus (fresh graduate) yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun masih berada dalam gred DG 44. Mereka mungkin akan seri (dilantik ke gred DG 48) sama dengan guru lebih junior hingga 5 tahun, walaupun mata gaji mungkin lebih ke hadapan sedikit. Dalam kata lain, tempoh perkhidmatan dalam gred DG 41 begitu panjang, hingga mencecah 15 tahun, berbanding dengan guru lantikan baharu sekadar 8 tahun.

NUTP telah bersuara, itu pun lebih menjurus kepada guru diploma. Bagaimanakah dengan KGGMB dan Kongres? Diharap kesatuan guru tidak hanya memberi tumpuan kepada koperasi dan perniagaan, tetapi benar-benar berjuang untuk kebajikan guru seluruhnya, tanpa memilih kumpulan tertentu...

No comments: