SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, June 4, 2012

SEBELUM USIA 50 TAHUN GURU DAPAT DG 54 (BETTER PAY IN SCHOOL)

Berdasarkan hitungan konservatif, seseorang guru siswazah yang memulakan kerjaya keguruan pada usia 24 tahun bakal menikmati puncak kerjaya laluan biasa sebelum mencecah umur separuh abad. Menerusi kaedah 8 + 8 + 6 + 3, guru hanya memerlukan tempoh perkhidmatan sepanjang 25 tahun untuk berada pada gred DG 54. Jika guru memilih opsyen persaraan 60 tahun, mereka masih ada 10 tahun perkhidmatan yang bermakna mereka boleh mencuba untuk melamar gred khas C yang setakat ini ialah gred tertinggi yang diperuntukkan bagi norma perjawatan pegawai perkhidmatan pendidikan di sekolah.

Guru akademik tingkatan 6 yang naik pangkat menerusi laluan pantas 5 + 3 + 3 + 3 pula hanya memerlukan tempoh perkhidmatan selama 17 tahun untuk melonjak pada gred DG 54 dengan andaian wujud kekosongan jawatan pada setiap peringkat yang berkenaan. Maka, pada usia baharu mencecah 41 tahun, guru akademik tingkatan 6 sudah berada pada gred DG 54. Maknanya, mereka akan mempunyai baki 19 tahun lagi untuk berada dalam kerjaya keguruan jika mereka memilih untuk kekal di sekolah.

Timbul persoalan tentang guru siswazah di sekolah rendah. Adakah mereka juga akan menikmati laluan naik pangkat yang sama dengan guru sekolah menengah walaupun dari segi bidang kerja dan tahap kesukaran aktiviti pembelajaran yang sangat berbeza? Adakah guru sekolah rendah yang mengikuti program pengajian sarjana muda di institut perguruan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dikategorikan sebagai setara dengan guru siswazah yang harus melepasi program prauniversiti sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah?

Isu tentang guru yang memiliki kelayakan ijazah tinggi sarjana dan doktor falsafah juga masih belum selesai. Sebahagian guru berkenaan sudah pun bersara dalam keadaan bahawa ijazah tinggi yang diperoleh dengan susah payah haya sekadar untuk kepuasan peribadi. Setakat ini, penyandang ijazah tinggi tidak diberi sebarang kelebihan atau merit untuk mendaki gred jawatan lebih tinggi atau peluang lantikan sebagai pentadbir di sekolah dan di pejabat pelajaran daerah.

Sebelum ini, siswazah terus (fresh graduate) sering ketinggalan dalam proses naik pangkat, justeru guru siswazah bekas latihan maktab perguruan dianggap memiliki pengalaman yang lebih luas dan mereka diberi nilai tiga tahun perkhidmatan semasa belum bergelar siswazah. Maka, bakat terbaik di sekolah yang terus memasuki universiti sering dipintas oleh rakan-rakan mereka yang hanya layak memasuki maktab perguruan terlebih dahulu. Guru-guru siswazah terus yang mengikuti pengajian ikhtisas tertentu dan perlu mengikuti kursus diploma pendidikan harus akur bahawa kecemerlangan akademik semasa bersekolah dahulu elok disimpan sebagai kenangan manis sahaja.

Sebenarnya banyak pembetulan dan penambahbaikan untuk kerjaya keguruan yang telah terlepas pandang perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tidak dinafikan perjuangan kesatuan guru seperti Kongres, KGGMB dan NUTP telah berjaya mengangkat martabat kerjaya keguruan, kebanyakan agenda yang dipentingkan ialah guru bukan siswazah dan guru siswazah bekas latihan maktab. Seterusnya, guru yang memiliki ijazah tinggi hanya boleh meluahkan perasaan mereka menerusi forum akhbar perdana dan blog...

5 comments:

Yaya Roslan said...

salam cikgu azhar,
saya dengar laluan kenaikan pangkat untuk g.a ting. 6 dah diubah ke 8-8-3-3. betul ke?

cikgu azhar said...

Salam Cikgu Yaya Roslan

Laluan paling pantas: 5+3+3+3

Laluan time-base: 8+8+6+3

Tiada perubahan, cuma lebih menjurus kepada time-base. keistimewaan asal GAT6 kini turut dinikmati oleh semua guru. mungkin kena ada majlis khusus GAT6 satu suara.

wallahu a'lam...

meriani wan said...

Assalamualaikum boleh tuan jelas kan untuk gred dg 48 untuk tingkatan 6 ,adalah memerlukan 8 thn ,Dan apakah maksud laluan pantas

meriani wan said...

Assalamualaikum boleh tuan jelas kan untuk gred dg 48 untuk tingkatan 6 ,adalah memerlukan 8 thn ,Dan apakah maksud laluan pantas

cikgu azhar said...

W.salam meriani wan,

jika laluan pantas: 5 + 3 + 3 + 2;

time-based: 8 + 6 + 6 + 3

laluan pantas diberi gred hakiki
time-based gred k.u.p

guru tingkatan boleh masuk kedua-dua kategori