1 Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila nilai keluaran seluruh firma sama dengan jumlah
perbelanjaan dalam ekonomi. (Benar / Palsu)
2 Tabungan ialah komponen suntikan. (Benar / Palsu)
3 Bocoran mengecilkan saiz aliran pusingan pendapatan negara. (Benar / Palsu)
4 Apabila cukai dikenakan, pendapatan boleh guna lebih besar daripada pendapatan negara. (Benar / Palsu)
5 Singkatan T = G bermakna bahawa semua hasil cukai dibelanjakan oleh kerajaan. (Benar / Palsu)
6 Dalam ekonomi dua sektor Yd = Y. (Benar / Palsu)
7 MPC ialah nisbah antara C dengan Yd. (Benar / Palsu)
8 MPS = 1 - MPC (Benar / Palsu)
9 Dalam persamaan fungsi penggunaan, b mewakili MPC. (Benar / Palsu)
10 Penggunaan autonomi berlaku ketika pendapatan negara bernilai positif. (Benar / Palsu)
11 Makan tabungan (dissaving) bersamaan dengan penggunaan autonomi. (Benar / Palsu)
12 Lama-kelamaan, pertambahan Y akan melebihi pertambahan C. (Benar / Palsu)
13 MPC golongan kaya lebih tinggi daripada MPC golongan miskin. (Benar / Palsu)
14 Ketika inflasi, S akan meningkat. (Benar / Palsu)
15 Pelaburan berkaitan dengan keupayaan pengeluaran dan pendapatan masa hadapan (Benar / Palsu)
16 Pelaburan teraruh tidak ditentukan oleh tingkat pendapatan negara. (Benar / Palsu)
17 Kadar bunga berhubungan songsang dengan pelaburan. (Benar / Palsu)
18 Keluk MEI beralih ke kanan jika pendapatan negara berkurang. (Benar / Palsu)
19 Pada tingkat pendapatan negara kurang daripada keseimbangan, berlaku lebihan AE. (Benar / Palsu)
20 Lebihan stok firma berlaku apabila pendapatan negara berada di sebelah kanan keseimbangan. (Benar / Palsu)
21 Lebihan pelaburan bermakna pendapatan negara kurang daripada tingkat keseimbangan. (Benar / Palsu)
22 Garis 45° menunjukkan Y = AE. (Benar / Palsu)
23 Selepas cukai sekali gus, keluk fungsi C, S beralih ke bawah secara selari. (Benar / Palsu)
24 Saiz perubahan penggunaan akibat cukai dihitung menerusi rumus APC darab ΔT. (Benar / Palsu)
25 Keluk fungsi perbelanjaan kerajaan bercerun positif. (Benar / Palsu)
26 Fungsi perbelanjaan kerajaan dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara. (Benar / Palsu)
27 Pada keseimbangan pendapatan negara, I + G = S + T. (Benar / Palsu)
28 Pengganda mengukur perubahan pendapatan negara sebagai akibat ΔAE. (Benar / Palsu)
29 Pengganda (k) = 1 / 1-b. (Benar / Palsu)
30 Lebihan AE mengakibatkan stok / inventori bernilai positif. (Benar / Palsu)
31 Lebihan AE mendorong pertambahan keluaran ke arah tingkat keseimbangan. (Benar / Palsu)
32 Pertambahan G mewujudkan lebihan AE. (Benar / Palsu)
33 Saiz pengganda ekonomi sektor dengan cukai sekali gus lebih besar daripada saiz pengganda ekonomi dua sektor. (Benar / Palsu)
No comments:
Post a Comment