SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 3, 2013

MENJENGAH KAMPUNG ORANG ASLI MODEN (THE 'JUNGLE' CLOSE TO TOWNSHIP)

Kehidupan berpindah-randah suku kaum orang Asli sudah hampir menuju titik noktah. Himpitan pembangunan, akses pendidikan dan dasar petempatan penduduk orang asal juga diwartakan (rujuk di  sini). Keadaannya mungkin berbeza antara masyarakat orang Asli Semenanjung dengan masyarakat orang Asli Sabah dan Sarawak yang masih memiliki kawasan hutan yang sangat luas.

Pemanduan menyusur masuk ke sebelah kiri sebelum tiba ke Masjid Jamek Kampar dari arah Ipoh bakal menemukan laluan mendaki yang agak curam dan sempit. Tandanya ialah rumah pangsa di atas bukit dapat dilihat dengan jelas dari jalan raya utama. Perasaan ingin tahun seseorang pemandu akan membawa kenderaan ke arah kampung Air Terjun.



...Penyelidikan murid sekolah orang Asli baca di sini.

Akta Pembangunan Orang Asli di sini.

...Kisah Profesor Madya Dr. Juli Edo di sini.

Status tanah dan sosioekonomi masyarakat orang Asli baca penyelidikan ini.

...

UiTM menerusi program Mengubah Destini Orang Asli (MDOA) akan mengunjungi petempatan orang Asli dan memilih pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan, iaitu minimum 3 kepujian dalam SPM. Pengambilan khas itu dibuat untuk pengajian pradiploma hingga ijazah lanjutan. Pelancaran program  MDOA bakal berlangsung di kampus UiTM Seri Iskandar, Perak pada 15 Februari ini sempena Jelajah UiTM di Hati Rakyat 1Malaysia.

...

No comments: