SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, September 5, 2013

SEKOLAH MESTI CAKNA BAHASA ('ZERO DEFFECT' IN SPELLING)

Mengapakah kesalahan umum hukum tatabahasa dan ejaan dalam bahasa Melayu masih terus berleluasa dalam media massa (alat sebaran am), tempat tumpuan awam dan penulisan? Kesalahan yang ketara juga berlaku pada majlis rasmi yang sepatutnya akur terhadap peraturan bahasa baku. Sudah jenuh pakar bahasa memberi teguran, tetapi walhasil balik asal!

Antara kesalahan umum yang berlaku ialah unsur lewah, hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) dan ejaan. Kesalahan berat dalam bahasa seperti pengimbuhan juga sangat mencolok mata. Perunding pengiklanan nampaknya tidak merujuk golongan yang arif tentang bahasa Melayu.

Tempias kesalahan umum bahasa itu kemudian terkena kepada murid, mahasiswa, ahli akademik, pegawai tinggi, menteri dan pendakwah. Mereka menyambung kekeliruan yang berlaku dalam media dan ucapan tokoh yang berpengaruh. Kesalahan yang berlaku dianggap sebagai perkara remeh-temeh dan tidak mustahak. 
Bagaimanakah pula halnya jika kesalahan umum bahasa berlaku di sekolah? Apakah peranan ketua panitia Bahasa Melayu bagi membetulkan keadaan yang tidak kena? Bersediakah pihak pentadbiran sekolah menerima teguran guru bahasa Melayu masing-masing?

...

...

...

...

No comments: