SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, December 18, 2013

PMR 2013: 80.37 PERATUS CALON STAR DAPAT SEMUA 'A' (DISADVANTAGE STUDENTS WITH FLYING CALOURS)

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (Star), sebuah sekolah berasrama penuh premier bertaraf sekolah berprestasi tinggi (SBT) membuktikan bahawa pengambilan murid program khas dari kawasan luar bandar dengan latar keluarga yang serba kekurangan tidak menjejaskan pencapaian akademik sekolah berkenaan. Mereka membentuk 25 peratus daripada keseluruhan 107 orang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) Star bagi tahun 2013. Berkat strategi yang tepat oleh kepimpinan Star dan penat lelah para guru, Star berjaya mencatat gred purata sekolah (GPS) 1.05 mata, iaitu meningkat berbanding dengan tahun lepas.

Star yang pernah mengungguli carta PMR negeri Perak masih bertahan pada kedudukan ketiga dengan perbezaan tipis kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Raja Azlan Shah, Taiping (Seratas). Sekolah Menengah Sains Tapah yang gempar dengan kes keracunan makanan semasa peperiksaan PMR sedang berjalan kali ini berpuas hati dengan kedudukan keempat. Di peringkat kebangsaan, Star berada pada kedudukan ketiga belas.

Geografi muncul sebagai mata pelajaran cemerlang dengan catatan 106 calon gred A, setara dengan Kemahiran Hidup Bersepadu yang sebelum ini tujuh tahun berturut-turut mencatat 100 peratus gred A. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merekodkan 101 orang calon beroleh A, manakala kebanyakan mata pelajaran lain juga mencatat bilangan A melebihi 100 orang calon.
Pengetua Star, Haji Hashim (memegang fail kuning),
 serta Penolong Kanan, Dr. Mior Hamdan bersama Starian PMR 2013
(klik gambar untuk imej lebih jelas)

Pengetua Star, Haji Mohd. Hashim bin Abdul Karim ketika berucap di hadapan murid dan ibu bapa mengungkapkan rasa gembira dan syukur justeru pencapaian kohort terakhir PMR berpusat sepenuhnya berjaya melepasi jangkaan pihak sekolah. Beliau menyeru murid yang berjaya untuk terus menjulang nama sekolah di puncak kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pula. Haji Hashim turut mengingatkan bahawa pelaksanaan kuat kuasa disiplin akan diperketat supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran akan lebih mantap.

...

...

...

...

...

...

No comments: