SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 26, 2014

AKHIRNYA PENGELUAR YONEX JUARA PIALA THOMAS (THE STORY BEHIND SUCCESS)

Setelah berhasil meletakkan Jepun dalam senarai pasukan bola sepak handalan dunia, Jepun kini memasuki era baharu badminton apabila mampu membawa pulang kejuaraan dunia tidak rasmi sukan berkenaan di New Delhi, India pada hari Ahad yang lalu. Sesudah 'meruntuhkan' skuad negara tembor besar China, negara matahari terbit berkenaan menghampakan pula juara sulung Piala Thomas, iaitu negara kita. Perlawanan akhir berlangsung begitu sengit apabila pemain kedua-dua belah pihak berjuang berhabis-habisan untuk menjulang nama negara masing-masing.

Walaupun harus akur dengan kedudukan selaku naib juara, Malaysia sebenarnya telah melepasi sasaran awal, iaitu melangkah ke peringkat separuh akhir. Namun, Malaysia berupaya menumbangkan Indonesia yang telah mengalami zaman kemerosoton sukan badminton pasca-Taufik Hidayat, Lim Swie King dan Rudy Hartono. Pemain angkatan baharu Indonesia seperti Tommy Sugiarto (anak legenda Icuk Sugiarto), Rumbuka dan Simon Santoso nyata tidak menyengat,malah beregu utama mereka juga tidak konsisten.

Malaysia membenam cabaran Indonesia 3-0, manakala Jepun menundukkan China juga dengan 3-0 di peringkat separuh akhir. China pasca-Li Yong Bo juga tidak segagah dahulu. Chen Long tidak sehebat Lin Dan yang mampu menewaskan lawan dalam permainan singkat.                                                                                                                                             
Jepun mendapat sentuhan kejurulatihan legenda beregu Korea Selatan, Park Joo Bong yang pernah berganding dengan Kim Mon Soo yang sentiasa membayangi kehebatan Razif dan Jalani Sidek suatu ketika dahulu. Namun, fakta yang agak mengejutkan ialah betapa pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Memota yang baru berusia 19 tahun berada di bawah bimbingan Izuan Ibrahim, 30, bekas jurulatih kelab Nusa Mahsuri dari Malaysia (klik di sini). Memota pernah tumpas dengan mudah di tangan Zulfadli Zulkifli dalam kejohanan remaja dunia 2011, tetapi di manakah kedudukan Zulfadli kini?

Skuad Jepun dibarisi pemain muda di bawah usia 25 tahun, berbanding Malaysia yang masih bergantung harapan kepada pemain yang lebih berusia walaupun perkara berkenaan bukanlah janggal. Barangkali Malaysia terlalu lambat mendedahkan pemain skuad pelapis dalam kejohanan besar sehingga mereka ketinggalan berbanding dengan pemain sebaya negara lain yang pada asalnya tidaklah begitu menyerlah. Tengku Mahaleel yang beroleh mandat sebagai presiden persatuan badminton kebangsaan (BAM) perlu bertegas tentang hal berkenaan supaya tunas muda seperti Zulfadli dan Misbun Ramdan tidak tenggelam dalam percaturan licik pihak tertentu.

Badminton tidak harus dibiarkan menjadi monopoli kelompok tertentu seperti yang berlaku kepada kepada beberapa jenis sukan. Persatuan Badminton Melayu Malaysia (PBMM) perlu kembali aktif supaya akan muncul lagi Suffian Abu Bakar, keluarga Sidek, Mohd Hafiz Hashim, Roslin Hashim dnan beregu Farizizuan Tazari - Zakry Abdul Latiff. Jagoan dalam kalangan kaum India seperti Punch Gunalan dan James Selvaraj juga perlu dicari dan digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Jepun kini menjadi negara keempat yang berjaya mengecapi kejuaraan Piala Thomas selepas Malaya selaku juara edisi sulung, Indonesia dan China. Tidak mustahil Denmark yanug pernah beberapa kali melangkah ke saingan akhir berupaya mencatat sejarah sebagai wakil Eropah pertama memecahkan dominasi Asia dalam kejuaraan Piala Thomas. Senario itu bererti bahawa Malaysia perlu melakukan sesuatu, terutama program akademi, penyelidikan dan pembaharuan taktikal.

Jepun sudah pasti berusaha keras untuk mengekalkan kejuaraan Piala Thomas untuk edisi kejohanan dwitahunan itu seterusnya. Mereka sudah pun mempunyai teknologi peralatan sukan badminton yang tercanggih. Peminat sukan badminton pasti sudah terbiasa dengan jenama Yonex, walaupun kini bersaing hebat dengan keluaran negara China yang berharga lebih murah secara berbanding.

Dalam mana-mana acara sukan, kemunculan pesaing baharu yang hebat memang tidak dapat dielakkan. Bola sepak dunia lebih meriah apabila benua Afrika mula menggegar sebagai kuasa baharu dan pemain dengan tanda harga tertinggi. Sukan hoki yang selama ini bertaraf rekreasi di Eropah sudah terlepas dari genggaman elit Asia, iaitu India dan Pakistan.

Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas juga hendaklah dilihat sebagai perkembangan yang sihat bagi merancakkan sukan badminton dan bakal meningkatkan nilai personaliti badminton sama ada pemain, pengurus dan jurulatih. Malaysia mesti menerima hakikat bahawa jumlah pasukan belasahan kini semakin kecil bilangannya. Persediaan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih mencabar tidak boleh ditangguh lagi ...

No comments: