SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 19, 2014

GILIRAN TELUK INTAN JADI TUMPUAN (THE HEART OF LOWER PERAK)

Tidak semena-mena bandar ketiga terbesar negeri Perak ini mendapat liputan besar-besaran media tradisional dan maya. Betapa bandar yang menempatkan istana rasmi Raja Muda Perak ini yang selama ini sepi daripada publisiti sudah meraih iklan dan promosi secara percuma. Menara jam condong mirip Menara Pisa di Itali yang dikenali sebagai ikon dan mercu tanda bandar Teluk Intan kini lebih menyerlah.

SMK Seri Perak, tempat penulis blog (PB) bersekolah menengah selama tujuh tahun, juga terkena tempias glamor politik apabila dipilih sebagai pusat penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) kelmarin. PRK Teluk Intan membabitkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional - Gerakan (Datuk Mah Siew Keong) dengan calon Pakatan Rakyat - DAP (Dyana Sofya binti Mohd Daud, 27). Sejumlah 60,349 orang pengundi berdaftar bakal menentukan ahli parlimen baharu Teluk Intan pada tanggal  31 Mei ini.

Menjelang tarikh berkenaan, bandar Teluk Intan pasti akan berubah sementara waktu dengan kesibukan luar biasa, serta dikunjungi pemimpin tertinggi parti politik yang memerintah dan juga parti lawan. Hotel, rumah rehat, rumah tumpangan dan inap desa bakal mencatat kadar penginapan 100 peratus dengan harga tanpa diskaun, malah mungkin ditambah surcaj musim puncak. Demikian juga peniaga makanan dan restoran tidak akan menang tangan menerima tempahan hidangan dalam skala besar.

Penduduk Teluk Intan juga mungkin beroleh kesempatan muncul dalam media elektronik dan cetak apabila bersetuju untuk dirakam oleh lensa kamera dan bercakap sepatah dua sama ada secara spontan, mahupun membaca skrip yang disediakan. Pak cik dan mak cik yang sudah lanjut usia tiba-tiba beroleh perhatian yang tidak pernah diimpikan. Kaki selfie (rakam gambar sendiri dengan gajet telefon bimbit) dengan senang hati akan dilayani oleh tokoh terkenal untuk beraksi bersama.

Peniaga ikan di pasar pula berpeluang berjabat salam dengan calon yang bertanding, serta dengan pemimpin politik yang selama ini hanya dilihat dari jauh. Demikian juga golongan selebriti juga mungkin turun padang membantu kempen dan bersua muka dengan pengundi PRK Teluk Intan.

...

...

...

...

...

No comments: