SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, May 24, 2014

SISTEM 'HOMEROOM' MRSM JAMBATAN SARANA IBU BAPA (CONTINOUS HELPING SERVICE OF LEARNING)

Setiap orang ahli Ansara (Alumni Maktab Rendah Sains Mara, MRSM) pasti menyimpan kenangan manis bersama homeroom masing-masing. Homeroom merujuk kepada seorang guru yang diberi tanggungjawab sebagai penasihat akademik dan pembelajaran di MRSM. Homeroom menjalankan tugas in loco parentis (ganti ibu bapa dalam batasan peranan tertentu) memandangkan sebahagian besar pelajar MRSM berjauhan dengan keluarga, serta kedudukan MRSM yang dibina berjauhan dengan kawasan yang pesat membangun.

Berbeza dengan sistem mentor-mentee di sekolah aliran perdana, homeroom ialah program rasmi MRSM yang tercatat dalam profil setiap orang pelajar MRSM sejak tingkatan satu hingga tingkatan lima. Guru kelas berperanan dalam urusan harian dalaman, tetapi homeroom menjadi rujukan dalam urusan dengan ibu bapa pelajar. Homeroom akan mengambil tahu tentang kemajuan akademik kumpulan pelajar di bawah jagaan mereka, di samping melayan peluahan rasa pelajar, sama ada yang dipendam atau dilafazkan.

Keberkesanan program homeroom sangat bergantung kepada iltizam dan kesungguhan guru yang berkenaan. Mereka perlu mempunyai strategi yang tertentu untuk memancing perhatian pelajar di bawah jagaan masing-masing supaya menjalin suatu aras komunikasi yang dikehendaki. Keikhlasan yang dilihat oleh pelajar menjadi petunjuk betapa homeroom boleh diletakkan sandaran dan kepercayaan sebagaimana teras perkhidmatan kaunseling.

Di samping pertemuan rasmi dengan keseluruhan pelajar jagaan secara sekali gus, kesanggupan homeroom menggandakan kekerapan pertemuan tidak rasmi secara individu membolehkan program itu bertahan sehingga kini. Buku log homeroom, jika ada, boleh didokumentasikan dalam bentuk buku supaya menjadi rujukan pada masa hadapan. MRSM boleh mendapatkan hak paten dan persijilan ISO andai kata program homeroom tidak diciplak sewenang-wenangnya oleh pihak lain.

Ibu bapa pelajar MRSM mula bersua muka dengan homeroom anak masing-masing sebaik selesai proses pendaftaran tingkatan satu atau tingkatan empat. Ibu bapa kemudian dibenarkan menghubungi homeroom menerusi talian telefon, whatsapp atau sistem mesej pesanan ringkas biasa, SMS. Pertemuan kedua biasanya berlaku apabila ibu bapa dijemput oleh pihak MRSM untuk membawa anak masing-masing balik bercuti semester.
Cikgu Zuraida, bijak berhadapan dengan ibu bapa pelajar
MRSM Parit, mengumpul pengalaman sejak bertugas di MRSM Transkerian

Dalam pertemuan bersemuka homeroom dengan ibu bapa, segala kemusykilan boleh dibangkitkan untuk maklum balas dan tindakan susulan. Homeroom memang perlu memiliki kesabaran tahap tertinggi dengan gelagat ibu bapa yang meletakkan harapan luar biasa terhadap pencapaian pembelajaran anak mereka. Homeroom mesti mempamerkan ketenangan walaupun diasak dengan soalan yang bersifat agresif atau provokatif, selain sentiasa meyakinkan ibu bapa tentang betapa bertuahnya pelajar MRSM yang ditatang bagikan minyak yang penuh!

Kewibawaan homeroom sedikit sebanyak mewakili imej dan penanda aras pendidikan MRSM yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, bukannya berstatus sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tambahan pula, mod pengajian dwisijil IGCSE (International General School Cerificate of Education) bakal diperluas kepada semua MRSM setelah projek rintis di enam buah MRSM terpilih menunjukkan tanda-tanda kejayaan. Maknanya, MRSM membuka peluang kepada pelajar bumiputera untuk mengikuti pembelajaran bertaraf antarabangsa sebagaimana yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan tinggi di sekolah antarabangsa kendalian pihak swasta.

Sama ada mod pengajian dwisijil memberi kelebihan tertentu atau sebaliknya sangat bergantung kepada keupayaan pelajar MRSM menyerap tekanan pembelajaran yang begitu mencabar. Maka, peranan homeroom dilihat sebagai kritikal dan mustahak untuk membimbing pelajar yang masih mentah, terutama dalam kalangan mereka yang datang dari luar bandar. Keyakinan pelajar MRSM berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama perlu sentiasa diberi perhatian oleh homeroom.

Walaupun kehebatan MRSM sedikit terjejas dengan tanggapan bahawa kemasukan pelajar second cream selepas sekolah berasrama penuh (SBP), hakikat bahawa potensi pelajar sentiasa boleh digilap, terpulang kepada strategi pintar untuk melonjakkan pencapaian pembelajaran di MRSM supaya sekurang-kurangnya setara dengan SBP. Pengenalan mod pengajian dwisijil membuka lembaran baharu MRSM untuk menarik kemasukan pelajar terbaik negara, di samping mengekalkan hasrat menyediakan pendidikan terbaik kepada pelajar yang datang daripada tahap sosioekonomi yang kurang beruntung, sama ada dari luar bandar atau di pusat bandar.

Sudah menjadi tradisi pembelajaran di MRSM yang bukan sahaja tertumpu terhadap pencapaian akademik, bahkan memupuk citra berdikari dan keusahawanan demi manfaat jangka panjang kepada pelajar, keluarga dan masyarakat secara tuntas. Menerusi peruntukan pembiayaan pendidikan yang boleh dikatakan moncah, pihak Mara mampu menawarkan kesinambungan pendidikan yang berdaya saing kepada lulusan MRSM. Sumbangan homeroom memang wajar diberikan harapan setinggi bintang, tetapi serentak itu masih berpijak di bumi ...

No comments: