SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, September 3, 2009

SMK ST MICHAEL, IPOH MENERIMA JIRAN BAHARU (THE NEW WATER FRONT GROWTH POLE SURROUNDING ST MICHAEL'S INSTITUTION)

Ipoh, Khamis: 3 September 2009 (13 Ramadan 1430)

Konsep river water front telah dikenal pasti sebagai produk pelancongan baharu negara. Di Perak sebagai contoh ialah Pasir Salak, Kampung Gajah dan Kuala Kangsar. Kini, sungai di seberang jalan SMI sudah mula dibangunkan berdasarkan konsep berkenaan.

Antara daya tarikan segera pelancongan ialah makanan, minuman dan kraf. Maka, bangunan kedai moden, kiosk dan dataran niaga telah pun mula beroperasi. Beberapa buah hotel juga kelihatan sedang rancak dibina.

Apabila siap kelak, nama dan lokasi SMI akan lebih dikenali. SMI sudah pun berjiran dengan kedudukan strategik pentadbiran dan perdagangan negeri. Antaranya Padang Ipoh yang sering menjadi lokasi acara penting seperti sambutan hari kebangsaan, pameran besar dan acara sukan. Terdapat juga Kelab Di-Raja Perak, Wisma Wan Mohamad, Perpustakaan Tun Razak, Kompleks Islam, Masjid India, Wisma Taiko, Masjid Negeri, Muzium dan Ibu pejabat Kontinjen Polis Negeri. Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri, kompleks mahkamah, Tabung Haji, Pejabat Pos Negeri dan Stesen Kereta Api juga dalam jarak berjalan kaki sahaja.


Semua bank utama tempatan dan asing juga menjadi jiran SMI. Selain itu, pusat jualan borong juga sangat dekat. Pendek kata, kedudukan SMI sangat strategik.




Maka, nilai tanah SMI sudah tentu meningkat berlipat kali ganda, mungkin mencecah RM puluhan juta. SMI ibarat kawasan emas yang menjadi perhatian dan rebutan taikun perniagaan. Jika peluang bidaan dibuka, sudah tentu terdapat pihak yang sanggup membayar harga yang tinggi, di samping sanggup mengganti keseluruhan infrastruktur SMI di tapak yang lain sebagai hadiah.




Kes Universiti Malaya, Lembah Pantai pernah menjadi kontroversi. Keluasan kampus UM ialah 750 ekar, namun lokasi strategik menyebabkan sebuah pemaju hartanah menawarkan tapak yang jauh lebih luas di Sepang dengan pembinaan kampus termaju di situ. Namun, UM dengan alumni yang mnerajui kepimpinan tertinggi negara di bidang politik, ekonomi dan sosial tidak sedikit pun tergoda.

SMI bakal berusia 100 tahun pada 2012. SMI juga diwartakan sebagai bangunan bersejarah dan tapak warisan negara. Jika UM yang mula beroperasi pada tahun 1962 itu boleh bertahan, mana mungkin SMI (1913) sebaliknya?

Berbalik kepada jiran-jiran baharu SMI. Kebimbangan tentang kesesakan lalu lintas dan pengaruh tertentu terhadap murid SMI pastinya telah dihalusi oleh pihak berkuasa sebelum projek mega berkenaan diluluskan. Biarlah kita melihat gelas separuh penuh daripada gelas separuh kosong.

Convent dan Sam Tet berjiran dengan Ipoh Parade. Namun, sehingga kini kebimbangan pengaruh tidak baik yang difikirkan oleh ibu bapa nyata dapat dikawal dengan baik. Pencapaian akademik dan reputasi sekolah dalam bidang lain juga tidak terjejas. Convent memiliki pasukan gamelan yang disegani di peringkat kebangsaan, dan Sam Tet ialah juara pancaragam negeri setelah dihadirkan dengan saingan getir SMI.

Sebagai sebuah bandar raya yang dinamik dan berkembang pesat, projek mega hartanah lambat laun akan "menelan" ruang kosong yang masih ada walau sesempit mana pun. Cuma kita berharap pihak berwajib perancangan bandar dan wilayah akan sentiasa akur dengan konsep bandar raya lestari dan mesra alam sekitar. Institusi pendidikan ternama seperti SMI tidak perlulah diusik. Mudah-mudahan!

2 comments:

Keranda-7 said...

lepas ni kene la jage sungai tu baik2 kn cikgu. sampah sarap, bau, pengurusan sungai.

"Biarlah kita melihat gelas separuh penuh daripada gelas separuh kosong" ape beza die cikgu? Mcm same je.

CIKGU AZHAR RODZI said...

terima kasih sekali lagi atas perhatian.

zahirnya 1/2 penuh, i/2 kosong =, perbezaannya dari segi cara melihatnya sahaja.

contoh lain ialah antara "peluang" dengan "masalah". Barangkali sdra. pernah dengar kisah 2 orang usahawan kasut yang baharu tiba di India. Usahawan A kata "masalah... orang India tak pakai kasut, macam mana nak jual?"

Usahawan B: "Inilah peluang.. semua orang India ialah bakal pembeli kasut saya..."

Hari ini kuasa beli rakyat India (300 juta orang = 25% penduduk) sedang direbut oleh usahawan kasut berjenama dunia.. adanya.

maaflah kalau cerita tu dah outdated.. klise (cliche).. mungkin sdra. boleh kasi cerita lain pula..