Keadaan itu baharu di suatu aliran air mini di sebuah taman rekreasi. Bagaimanakah pula keadaannya di di laut, sungai dan tasik? Kalau di kawasan daratan, bagaimanakah keadaan di belakang restoran, kiri kanan longkang dan dalam bangunan?
Bagaimana pula dengan menconteng dinding bangunan (grafiti) di sana sini? Berapa banyak kemudahan untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun rosak angkara digunakan oleh ibu bapa yang berat mereka mencapai hingga 100 kilogram? Berapa banyak pula muda mudi yang menjadikan tempat sunyi di kawasan awam bagi memenuhi kecenderungan maksiat mereka?
Senarai semak di bawah mungkin boleh melengkapkan kemusykilan kita:
Berapa helai halaman muka surat buku di perpustakaan / pusat sumber yang dikoyakkan?
Adakah anda pernah melihat orang yang memotong barisan ketika hendak membuat bayaran di kaunter?
Adakah ada pernah melihat pemandu yang selamba sahaja meletak kereta di petak yang baharu dikosongkan walaupun ada kereta lain yang sudah lama menunggu?
Adakah anda pernah mendengar sekumpulan manusia yang berbual dengan suara yang nyaring di kedai makan?
Adakah anda pernah terpaksa menjadi perokok sekunder (menyedut asap rokok orang lain)?
No comments:
Post a Comment