Penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang dimulai dengan mesyuarat pertama semalam (9.11.10) bertujuan memberi nasihat kepada Menteri Pelajaran tentang hala tuju dan mutu pendidikan negara. Antara terma rujukan majlis ialah meneliti aspek pembangunan, pengurusan dan isu-isu pendidikan supaya dapat merumuskan saranan yang praktikal dari segi strategi dan kaedah penyelesaian yang selaras dengan program transformasi kerajaan. Pelantikan ahli MPPK seramai tujuh orang ahli akademik itu dibuat untuk tempoh dua tahun, dan boleh dilantik semula atas persetujuan menteri.
1 Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (Universiti Malaya, bekas guru di SMK Horley Methodist, Teluk Intan, bekas pelajar SMK St Michael, Ipoh)
2 Prof Datuk Dr Sidek Baba (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, bekas guru di SMK Jasin, Melaka)
3 Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, Universiti Antarabangsa Inti, mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki)
4 Datuk Dr Adi Badozzaman Tuah (mantan pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia)
Dua orang lagi ahli MPPK ialah:
1 Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (Universiti Sains Malaysia)
2 Datin Freida Mohd Pilus (Sekolah Antarabangsa Cempaka)
Dengan dua per tiga ahli MPPK ialah tokoh yang kaya dengan pengalaman sebenar pendidikan di sekolah, sudah pasti input yang dirumuskan akan mengambil kira harapan, hasrat dan suara "akar umbi" di sekolah, iaitu guru, murid, ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Datin Freida mewakili segmen pendidikan swasta, manakala Dr Siva ialah sarjana sosiologi yang meneropong pendidikan dari kaca mata penyelidikan kemasyarakatan. Kebimbangan bahawa dunia pendidikan sebagai tong gigo, garbage in garbage out tidak wujud sama sekali.
Setiap kali timbul isu dalam masyarakat, pendidikan di sekolah akan menjadi sasaran. Secara metafora, begitu banyak idea yang berbaris panjang untuk memasuki dunia pendidikan. Contohnya, saranan pendidikan keselamatan jalan raya, pendidikan pencegahan dadah, pendidikan seks dan macam-macam lagi.
Sama ada pendidikan perlu dijuruskan kepada orientasi vokasional, hands-on, menurut rentak industrialis dan lain-lain kini mempunyai forum penasihatan tertinggi sebelum sesuatu dasar baharu hendak diputuskan. Pengenalan sesuatu dasar secara mendadak seperti PPSMI mungkin tidak berlaku lagi. Masih terlalu awal untuk menilai implikasi penubuhan MPPK, namun sumbangan tokoh-tokoh yang menganggotai MPPK sangat dinanti-nantikan...
No comments:
Post a Comment