1 Amira kagum dengan keindahan sekitar kawasan Air Terjuan Angin, di kaki Bukit Mat Raya. Spesies orkid terbesar dunia, tiger orchid menarik perhatian Amira. Namun, Amira kesal dengan kesan pembalakan yang mengeruhkan sebahagian air di situ.
Watak: Amira
Perwatakan: Penyayang / Peka / Prihatin
Latar masyarakat: masyarakat yang cinta / sayang / peka / prihatin akan alam sekitar
Nilai: Mencintai / menyayangi alam sekitar
Persoalan: Kecintaan / kepekaan / keprihatinan terhadap alam sekitar
Pengajaran: Kita hendaklah cinta / sayang / peka / prihatin akan alam sekitar
2 Setelah dua jam Amira berharap dapat bertemu Malique buat kali kedua, Jacinta muncul dengan usikan nakalnya. Walaupun tidak begitu dialu-alukan, Jacinta berkeras mahu menemani Amira.
Watak: Jacinta
Perwatakan: Setia kawan
Latar masyarakat: Masyarakat yang setia kawan / masyarakat murid sekolah swasta / masyarakat remaja
Nilai: Kesetiakawanan
Persoalan: Kesetiakawanan dalam persahabatan
Pengajaran: Kita hendaklah bersemangat setia kawan dalam persahabatan
3 Amira yang kurang senang dengan usiakan Jacinta melepaskan tangan Jacinta ketika bersama-sama melangkah ketul-ketul batu tengah arus sungai. Namun, akhirnya Amira yang terjatuh ke dalam arus sungai tanpa dapat dibantu oleh Jacinta yang sudah jauh ditinggalkan.
Watak: Amira
Perwatakan: Mudah berasa hati / perasa / sensitif
Latar masyarakat: Masyarakat yang mudah berasa hatin / perasa / sensitif
Nilai: Kesabaran / ketenangan / berhati-hati
Persoalan: Kesabaran / ketenangan dalam berhadapan dengan usikan / provokasi / gurauan
Pengajajaran: Kita janganlah mudah berasa hati dengan usikan kawan
4 Amira tetap berwaspada terhadap dua orang lelaki yang mendakwa bahawa mereka menyelamatkan dirinya daripada lemas. Amira bersedia dengan pisau kembaranya bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Amira juga cuba menggambarkan bahawa dirinya tidak keseorangan.
Watak: Amira
Perwatakan: berawas / berhati-hati / berwaspada
Latar masyarakat: masyarakat yang berawas / berhati-hati / berwasda
Nilai: Kewaspadaan
Persoalan: Kewaspadaan / berhati-hati terhadap orang yang baharu dikenali
Pengajaran: Kita hendaklah berawas / berhati-hati / waspada akan orang yang baharu dikenali
5 Itai menangkap ikan dengan tangan kosong, manakala Tau menghidupkan api untuk membakar ikan sebagai hidangan untuk Amira. Perbualan antara Itai dan Tau dengan Amira juga makin rancak.
Watak: Itai / Tau
Perwatakan: suka menolong / cekap / berahsia
Latar masyarakat: masyarakat yang suka menolong / cekap / berahsia / masyarakat orang Asli
Persoalan: Pertolongan yang ikhlas / kecekapan dalam kerja
Pengajaran: Kita mestilah ikhlas menolong orang / kita mestilah cekap dalam kerja
6 Walaupun Amira mendesak, Itai masih mempertakan sikap aneh bapa saudaranya, Tau. Alasan menjenguk jerat digunakan sebagai langkah sementara ke arah itu.
Watak: Itai
Perwatakan: amanah / menjaga rahsia
Latar masyarakat: masyarakat yang amanah / pandai menjaga rahsia keluarga / masyarakat orang Asli
Nilai: Kerahsiaan / menjaga amanah
Persoalan: Kerahsiaan tentang maklumat keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah merahsiakan maklumat keluarga daripada orang lain
No comments:
Post a Comment