Pengenalan
Bab 6 novel Kembara Amira (muka surat 63 - 72) memberi tumpuan kepada perbualan antara Amira dengan ibunya, Profesor Zaidah, setelah berlalunya peristiwa Amira dan Jacinta (JC) diselamatkan oleh Itai dan Tau, dua beranak kaum Asli Semai daripada kejadian di kawasan Air Terjun Angin. Operasi mencari JC menyebabkan semua peserta ekspedisi arkeologi keletihan. Amira diingatkan oleh Dr. Zawawi berhati-hati menjawabkan soalan ibunya berikutan kes yang melibatkan nyawa itu. Prof. Zaidah menggunakan perbandingan tulang karpus manusia dengan tulang karpus haiwan untuk dikaitkan dengan kecuaian Amira itu. Tingkah laku Tau yang mencurigakan pada pengamatan Prof. Zaidah menggambarkan bantahan halus terhadap ekspedisi mereka. Amira merayu supaya dirinya dan JC tidak dihantar pulang. Ibunya itu kemudian kembali berlembut. JC bertekad menjaga JC sambil menolak pelawaan ibunya untuk ke stesen kereta api tengah harinya.
Peristiwa Penting
1 Pujian melangit terhadap kepintaran Itai dan Tau dihamburkan oleh pelajar yang menyertai operasi mencari Jacinta yang berakhir hingga 6 jam. Pujian merujuk kepada kebolehan dua beranak itu mengesan jantina pemilik bekas tapak kaki dan bau yang dibawa angin.
Watak: Itai / Tau
Perwatakan: Pintar
Latar masyarakat: Masyarakat orang Asli / Semai; masyarakat yang pintar tentang selok-belok hutan
Nilai: Kepintaran / kecekapan
Persoalan: Kepintaran dalam selok-belok hutan / kecekapan dalam mengesan sasaran
Pengajaran: Kita hendaklah menguasai kepintaran tertentu dalam persekitaran yang didiami
2 Profesor Zaidah tidak memarahi Amira secara mendadak. Sebaliknya, Prof. Zaidah menggunakan perbandingan dan rasional sehingga Amira menyedari kesilapannya sendiri.
Watak: Profesor Zaidah / ibu Amira
Perwatakan: Bijak mengawal emosi
Latar masyarakat: golongan ahli akademik / pensyarah universiti; masyarakat yang bijak mengawal emosi
Nilai: Kebijaksanaan
Persoalan: Kebijaksanaan dalam mengawal emosi
Pengajaran: Kita hendaklah bijak mengawal emosi
3 Prof. Zaidah meluahkan kerisauannya tentang bantahan Tau secara lembut terhadap projek arkeologi mereka. Ibu Amira itu tidak mahu peristiwa yang menimpa JC dan anaknya menjadi alasan untuk bantahan yang lebih keras.
Watak: Prof. Zaidah
Perwatakan: Teliti / Peka / Prihatin / Tajam pengamatan
Latar masyarakat: masyarakat penyelidik /masyarakat yang teliti / peka / prihatin / tajam pengamatan
Nilai: Ketelitian / Kepekaan / Keprihatinan
Persoalan: Ketelitian / kepekaan /keprihatinan / ketajaman pengamatan terhadap tingkah laku orang lain
Pengajaran: Kita hendaklah teliti / peka / prihatin / tajam pengamatan terhadap tingkah laku orang lain
No comments:
Post a Comment