SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, April 16, 2011

DRAMA "SURAT UNTUK INA" KOMSAS TINGKATAN 1 (CHILDHOOD "KITTEN LOVE" EXPERIENCE)

Pengenalan

Tarikan jantina berlainan pada usia awal remaja ialah antara isu psikologi dan fisiologi yang diberi perhatian penting oleh golongan lebih dewasa seperti ibu bapa dan guru. Bimbingan dan kawalan perlu dilakukan supaya apabila perasaan itu berkembang dan dibalas pula oleh sasaran, remaja akan lebih banyak melayan imaginasi yang menjejaskan tumpuan terhadap proses pembelajaran. Skrip drama nukilan Amiruddin Ali yang termuat dalam antologi "Kasut Kelompak Jantung" (muka surat 133 - 144) dimulakan dengan percubaan Zali untuk memikat Zalina, pengawas yang bijak dan menawan.

Perbincangan peristiwa

1   Zali, Jais dan Badar berbual-bual di bawah pokok berhampiran kawasan lapang sekolah. Badar dan Jais memulakan usikan tentang hasrat Zali hendak berkenalan dengan Zalina, tetapi takut sampai ke pengetahuan Cikgu Halil, guru disiplin. Cadangan supaya Zali menulis surat tanpa nama menyebabkan Zali dibuai angan-angan.

Watak:  Zali
Perwatakan:  Pemalu / Suka berangan-angan
Latar masyarakat:  Masyarakat yang pemalu / suka berangan-angan // masyarakat murid // masyarakat remaja
Nilai:  Keyakinan diri
Persoalan:  Keyakinan diri dalam bertindak
Pengajaran:  Kita hendaklah yakin diri untuk bertindak

2   Senyuman Zalina sebelumnya meyakinkan Zali untuk meletakkan surat di dalam meja Zalina sambil diawasi oleh Badar dan Jais. Ketika menunggu reaksi Zalina, Badar, Jais dan Zali saling mengusik lalu ketawa kuat menyebabkan Fatimah marah. Tiba-tiba Zalina keluar kelas sambil menunjukkan surat yang tiada nama pengirim kepada Fatimah, menyebabkan Zali dan rakan cuba menyedapkan hati masing-masing.

Watak:  Zalina
Perwatakan:  Tegas / asertif
Latar masyarakat:  masyarakat yang tegas / asertif // masyarakat murid // masyarakat remaja
Nilai:  Ketegasan
Persoalan:  Ketegasan dalam mempertahankan harga diri
Pengajaran:  Kita hendaklah tegas dalam mempertahankan harga diri

3   Cikgu Halil masuk ke kelas, lalu menjelaskan larangan berutus surat. Setelah meminta semua murid mengeluarkan buku bahasa Melayu (Malaysia), Cikgu Halil berhenti agak lama di meja Zali. Apabila Zali diarah menulis nama dan alamat di papan hitam, didapati tulisannya sama dengan tulisan dalam surat.

Watak:  Cikgu Halil
Perwatakan:  Bijak / Cekap
Latar masyarakat:  masyarakat yang bijak / cekap // masyarakat guru
Nilai:  Kebijaksanaan / kecekapan
Persoalan:  Kebijaksanaan / kecekapan dalam menyelesaikan masalah

4   Apabila Cikgu Halil mengatakan bahawa Zali akan dihantar kepada pengetua untuk hukuman kecuali dimaafkan oleh Zalina, Zali cepat-cepat meminta maaf. Walaupun teragak-agak, akhirnya Zalina melafazkan maaf. Fatimah mengusik Zalina bahawa detik persahabatan ikhlas sudah bermula, dan walaupun membuat penafian, Zalina memandang ke arah Zali.

Watak:  Zalina
Perwatakan:  Pemaaf / baik hati
Latar masyarakat:  masyarakat yang pemaaf / baik hati
Nilai:  Ketulusan hati
Persoalan:  Ketulusan hati dalam memberi kemaafan
Pengajaran:  Kita hendaklah tulus hati dalam memberi kemaafan

bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

Nyeh...