SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, August 4, 2011

DASAR FISKAL KAWAL AKTIVITI EKONOMI (GOVERNMENT EXPENDITURE AND TAXATION TO CURB FLACTUATION)

Sebagaimana dasar makroekonomi secara umum, matlamat utama dasar fiskal (DF) ialah bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan tanpa inflasi, tanpa pengangguran, serta agihan pendapatan yang setara. DF ialah proses campur tangan kerajaan secara tidak langsung bagi mempengaruhi tingkat aktiviti ekonomo dengan mengubah-ubah perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai (T). Jurang KNK akan dapat ditutup menerusi pemantap automatik dan budi bicara.

Pemantap automatik (PA) bermakna dasar fiskal dan dasar kewangan sedia ada dikekalkan. Namun, PA hanya memperlahankan ayunan KNK, tetapi tidak menutup jurang KNK sepenuhnya. PA terdiri daripada:

          1:  cukai progresif / cukai proposional (cukai p & p)

               kes ekonomi melambung (AE>AS): bagi mengurangkan tekanan AE, cukai p & p
               dikenakan bagi menurunkan Yd (pendapatan boleh guna), seterusnya kuasa beli merosot,
               AE jatuh dan P (harga umum) juga jatuh. Inflasi dapat dikawal.

               kes ekonomi meleset (AE<AS): Kekurangan AE menyebabkan firma menurunkan tingkat
               keluaran, dan mengurangkan penggunaan buruh yang bererti berlakunya pengangguran.
               Cukai p & p mengakibatkan kutipan cukai pendapatan jatuh dengan merosotnya pendapatan
               masyarakat. Maka Yd jatuh tidak begitu besar, AE juga jatuh lebih kecil.

          2:  bayaran pindahan kerajaan (elaun pengangguran)

               melambung: kurangkan elaun --> AE naik tidak begitu besar
               meleset:  tambah elaun (sebab banyak penganggur)  --> kejatuhan AE dikurangkan --> eko. pulih

          3:  dasar harga maksimum / minimum

               melambung: dasar harga maksimum, iaitu harga di bawah harga keseimbangan pasaran, halang P naik lagi
               meleset: dasar harga minimum, iaitu harga di atas harga keseimbangan pasaran, halang P turun lagi

Dasar Fiskal Budi Bicara
(kerjaan guna G, T bagi mencapai matlamat makro)
Terdiri daripada tiga jenis dasar: menguncup, mengembang, terimbang

           1:   kes melambung: turun G, naik T (satu-satu atau serentak) --> AE jatuh, P jatuh, inflasi dikawal (DF menguncup)
           2:   kes meleset: naik G, turun T --> AE naik --> keluaran naik --> AS naik --> peluang kerja --> Y naik (DF mengembang)
           3:   naik G = naik T. Semua hasil cukai dibelanjakan --> AE naik, pengangguran jatuh --> Y naik
(DF seimbang; pertumbuhan naik, deflasi turun)

Analisis Keynesian

          1:   Kes Lompang Inflasi (LI), turun G
                LI bermakna Yf < Ye;   Yf =  pendapatan negara pada guna tenaga penuh
                                                    Ye = pendapatan negara pada keseimbangan (apabila AE memotong garis 45®)

                Untuk kembali ke Yf, G mesti diturunkan sebesar LI. Maksudkan garis AE1 akan memotong bahagian
                  bawah LI secara selari dengan AEo.

                  Ertinya, lebihan suntikan dihapuskan apabila J1 diturunkan hingga memotong garis W di bahagian bawah LI
                  secara selari dengan Jo.

                  (gunakan huraian keluk hubungan geometrik menegak AE-AS, dan J-W)

               2:  Kes Lompang Inflasi (LI), naik T
                    sama seperti langkah turun G, cuma dalam AE-AS, T diganti dengan kesan jatuhnya C ,
                    manakala untuk J-W, berlaku peralihan W ke atas selari, J dimalarkan.


               3:   Kes Lompang Deflasi, naik G       }
                                                                          }   langkah melukis keluk, huraian sama,                
               4:   Kes Lompang Deflasi, turun T      }        cuma tukar kedudukan

Selain kes-kes di atas, analisis boleh dibuat dengan melaksanakan perubahan G, T serentak, sama ada dengan saiz yang sama, atau dengan saiz yang berbeza. Gambar rajah yang diperlukan hanyalah J-W. Kaitkan semula dengan jenis DF (menguncup, mengembang, terimbang). Selain kaedah gambar rajah, analisis secara persamaan juga boleh dilakukan...

No comments: