SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, August 6, 2011

PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN IKTIRAF KECEMERLANGAN (PROFESSIONALISM OF SUPERIOR)

Pada minggu terakhir Julai, iaitu sebelum bermula puasa, kebanyakan agensi kerajaan selesai mengendalikan majlis anugerah cemerlang (APC) untuk kakitangan masing-masing. Selain sijil, penerima juga diberi ganjaran khas berjumlah RM1,000. Pada majlis berkenaan, para penerima anugerah akan berkumpul bersama kakitangan lain yang juga cemerlang untuk memungkinkan permulaan perkongsian pintar, di samping mungkin dikenal pasti oleh pegawai atasan yang hadir untuk dicalonkan peranan yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat.

Sistem APC ialah gandingan kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini. Pencalonan APC dilakukan oleh ketua-ketua jabatan. Di sekolah, pengetua ialah penilai kedua yang akan mengesahkan markah prestasi yang dicadangkan oleh penolong kanan, dalam sesetengah kes, dibantu oleh guru-guru kanan.

APC tidak membabitkan pergerakan gaji, tetapi mencantikkan rekod perkhidmatan seseorang kakitangan untuk pertimbangan naik pangkat dan hadiah-hadiah lain seperti biasiswa menyambung pengajian, lawatan dan persidangan antarabangsa. Kursus kepimpinan sekolah dan kepengetuaan anjuran Institut Aminuddin Baki misalnya turut memberi merit yang tinggi terhadap penerima APC.

Pelaksanaan Prospek sebagai ganti peperiksaan PTK masih belum jelas. Mungkinkah APC akan dimansuhkan terus kerana wujud penilaian bertindan di peringkat dalaman organisasi? Setakat ini, hanya telahan dapat dibuat justeru tiada sebarang dokumen rasmi dikeluarkan atau ditandatangani oleh kakitangan awam untuk menyetujui opsyen Prospek, atau pilihan untuk kekal dengan sistem lama (Laporan Gaji Aziz, SSB dan SSM).

Terdapat kakitangan bertuah yang menerima APC berkali-kali, malah ada yang lebih bertuah kerana turut menerima anjakan gaji PTK secara serentak. Namun, lebih banyak kakitangan yang tidak bertuah kerana mereka tidak pernah dipandang walaupun sebelah mata. Ada kakitangan otai yang hampir pencen, tetapi tidak pernah merasa tempias APC kerana tidak menonjol di mata bos.

Memang benar bahawa penilaian prestasi tahunan kakitangan bukanlah bersifat giliran, atau atas dasar belas kasihan. Seseorang kakitangan yang hendak dikategorikan sebagai cemerlang haruslah menampilkan mutu dan kecekapan perkhidmatan yang menyumbang terhadap pencapaian organisasi. Kakitangan berkenaan juga seharusnya bersikap properubahan dan tidak terkongkong dalam putaran status quo.

Soalan sinis yang sering terpacul daripada kakitangan yang tidak pernah merasa APC, adakah penilai telah meletakkan prinsip keadilan sebagai teras penilaian mereka? Adakah penilai tidak menggunakan kuasa memberi markah penilaian untuk menyekat peluang pesaing mereka atau pesaing kumpulan tertentu untuk akses peranan yang lebih tinggi? Konflik kepentingan mungkin berlaku apabila pegawai penilai berada pada gred perjawatan yang setara atau gred lebih rendah daripada pegawai yang dinilai.

Harapan kakitangan awam terhadap Prospek barangkali amatlah tinggi. Panel penilai dalaman sebagai pihak yang memberi markah dan perakuan kecemerlangan kakitangan diharapkan lebih bersifat telus dan terbuka. Sebarang bentuk pakatan atau penetapan yang berkepentingan hendaknya tiada tempat lagi...

No comments: