SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

PENGAJIAN EKONOMI PERINGKAT IJAZAH (PREPARING LEADERS)

Pelajar ekonomi prauniversiti selalu tertanya-tanya kaitan antara teori-teori ekonomi dengan kehidupan sebenar dan aplikasi alam pekerjaan. Adakah analisis ekonomi yang banyak andaian masih relevan dengan tingkah laku masyarkat yang rencam itu? Adakah lulusan ekonomi akan memanfaatkan segala teori yang dipelajari untuk memimpin sesuatu jabatan kerajaan atau perniagaan?

Di Malaysia, antara lulusan ekonomi yang mendaki puncak kepimpinan ialah perdana menteri, ketua setiausaha negara, gabenor bank negara, serta menteri besar Johor, Perak dan Selangor. Demikian juga sebahagian pegawai tinggi kerajaan seperti datuk bandar, ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah perkhidmatan ikhtisas dan tokoh korporat ialah lulusan ekonomi. Pendek kata, lulusan ekonomi telah menjalani disiplin kepimpinan dan proses membuat keputusan yang autentik.

Semasa tingkatan enam dan matrikulasi, pelajar ekonomi didedahkan dengan asas mikroekonomi, makroekonomi dan ekonomi Malaysia. Mereka dilatih mengungkapkan analisis dan aplikasi teori ekonomi menerusi sejumlah konsep, prinsip, model grafikal dan kuantitatif, serta penyelesaian masalah dan kemahiran insaniah. Budak prauniversiti telah dapat menjelaskan perkaitan dan akibat sejumlah fenomena ekonomi yang demikian rencam menerusi pemboleh ubah tertentu.

Apabila melangkah masuk ke fakulti ekonomi, pengkhususan disiplin ekonomi secara lebih mendalam bakal dipelajari. Jika di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar ekonomi boleh memilih sekolah analisis ekonomi dan dasar awam, perancangan dan pembangunan ekonomi, pertanian dan sumber alam, ekonomi statistik dan ekonomi Islam. Di Universiti Malaya (UM), pelajar boleh mengkhusus dalam ekonomi analisis, gunaan, perangkaan dan pentadbiran awam.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menawarkan kursus ekonomi dan pengurusan, serta ekonomi perniagaan tani. Pelajar ekonomi sumber dan perniagaan tani akan dianugerahkan ijazah sarjana muda sains dengan kepujian, justeru mereka disyaratkan lulus dalam kursus matematik, statistik, fizik, kimia dan biologi. Sekolah ekonomi juga terdapat di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Disiplin ekonomi dan matematik (aplikasi) seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Namun, pelajar yang fobia dengan pembezaan (diffrentiation), matriks, persamaan serentak, kebarangkalian, korelasi, regresi, analisis faktoral, janjang geometri dan lain-lain tidak perlu khuatir. Asalkan pelajar rajin menyiapkan tugasan dan mengambil bahagian aktif dalam tutorial, peperiksaan akhir yang lazimnya hanya memperuntukkan 40 peratus daripada keseluruhan markah tidak akan mendatangkan masalah.

Pelajar yang cenderung untuk menjadi ahli akademik (pensyarah dan profesor), pakar runding dan penyelidik hendaklah sekurang-kurangnya menyambung pengajian di peringkat sarjana yang memakan masa minimum setahun. Terdapat mod kerja kursus sepenuhnya, iaitu wajib hadir kuliah dan peperiksaan, mod disertasi (separuh kerja kursus dan separuh penyelidikan) dan mod penyelidikan sepenuhnya. Keadaan yang sama juga ditawarkan di peringkat doktor falsafah, tetapi tempoh pengajian lebih panjang, iaitu minimum dua tahun setengah.

Dr. Hamzaid Yahya (bekas profesor ekonomi dan tenaga penting Majlis Peperiksaan Malaysia) pernah mendakwa bahawa belajar ekonomi sepatutnya lebih mudah daripada mata pelajaran sejarah. Beliau membuat saranan supaya ekonomi diajar secara kontekstual, iaitu sentiasa dikaitkan dengan pengalaman sebenar pelajar. Cara berkenaan boleh dicuba, tetapi pada akhirnya pelajar perlu membiasakan diri dengan penggunaan sejumlah konsep, prinsip dan model analisis yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran...

302 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 302 of 302
cikgu azhar said...

salam haziq mj,

tahniah atas pencapaian cemerlang stpm. muet sudah memenuhi syarat kemasukan, cuma perlu ambil lagi untuk minimum band 3 syarat pengijazahan. insya-Allah berpeluang.

amin ...

Adibah Khalida said...

Cikgu. Saya teringin nak jadi pakar ekonomi. Jadi saya memilih untuk ambik kursus akaun sebagai pilihan. Malangnya,saya dapat pngurusan perniagaan. So,ada peluang lagi tak saya nak truskn impian saya?

cikgu azhar said...

Adibah Khalida,

perniagaan masih dalam keluarga pengajian ekonomi dan kewangan. nanti boleh sambung sarjana, Ph.D dalm bidang ekonomi.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam cikgu :)
saya mendapat iv di ukm.
sarjanamuda sains dengan kepujian (statistik)
apakah peluang pekerjaan yang saya akan ceburi ?
saya berharap cikgu dapat membalas dengan segera kerana tarikh iv itu semakin hampir. terima kasih atas kerjasama cikgu.

cikgu azhar said...

Salam dan tahniah,

peluang masa depan memang sukar dijangka dengan tepat. paling penting cuba capai pngk terbaik sepanjang tempoh pengajian. insya-Allah peluang terbuka luas untuk siswazah cemerlang dalam akademik, kepimpinan dan kemahiran insaniah.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, semalam saya dapat keputusan matrik. Alhamdulillah, saya dpt pngk 3.88/band3 dlm aliran perakaunan. Adakah saya berpotensi untuk amik degree in economy?-yana-

cikgu azhar said...

W.salam yana,

tahniah atas pencapaian cemerlang matrikulasi, 3.88. insya-Allah, sangat layak dalam banyak bidang pengajian termasuk yang disebut. mengapa tak mohon perakaunan sahaja?

Anonymous said...

Salam cikgu,
Saya pelajar sedang belajar diploma in Medical Laboratory technology di IPTS.Saya ingin menyambung pelajaran ijazah degree bioperubatan di IPTA.Bolehkah pelajar IPTS menyambung belajar di IPTS?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

assalam cikgu sy lepasan stpm 2014 , aliran kemanusiaan .. sy dpt ekonomi sumber alam kat umt .. sy kurang jelas tentang cos ini , cikgu boleh bg penjelasan tentang subjek dan kerjaya tentang coz ini .. tq

yun said...

Salam cikgu...,saya pelajar stpm thun 2015 saya baru sahaja thu kputusan upu dan alhmdulillah dapat kos ekonomi di UIAM.... bgaimanakah gmbaran pembljran tentang kos tersebut cikgu? Dan juga tips untuk score dlm kos tersebut jika cg boleh berikan....??.. kerana rasa sedikit gementarr.........

Unknown said...

Hai ckg saya nak tanya saya pelajar stpm daipada tingkatan 4-6tidak mengambil subjek ekonomi tetapi saya telah mendapat tawaran kat UM course ekonomi adakah ini susah bagi saya ??

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM.
MAAF SAYA INGIN BERTANYA. SAYA ADALAH PELAJAR BACKGROUND SAINS. DIMANA SEMASA SPM DAN ASASI SAYA ADALAH BIDANG SAINS. DAN ALHAMDULILLAH, SAYA DITAWARKAN SARJANA MUDA EKONOMI DI UM. PERSOALAN SAYA, APAKAH PERSDIAAN PERTAMA DALAM BIDANG EKONOMI YANG PERLU SAYA UTAMAKAN SEBAB SAYA MEMANG TIADA ASAS DALAM BIDANG EKONOMI.

cikgu azhar said...

Salam semua,

anon june 25: boleh jika melepasi tapisan jawatankuasa pengambilan pelajar dan senat UA yang dipohon

Samr MimyAmalia: tahniah ata kejayaan ke umt. ekonomi sumber alam fokus kepada pengajian dasar dan pentadbiran sumber endowment seperti sumber air, sumber galian, sumber hutan dll. teori penggunaan, pengeluaran dan agihan sumber akan diperincikan menerusi teori, analisis kuantitatif, projek dan penyelidikan. kerjaya tidak semestinya sama dengan bidang pengkhususan. boleh jadi pensyarah (selepassmbung ijazah tinggi), pegawai tadbir dan diplomatik (ptd), swasta, usahawan dan banyak lagi. janji pngk dan kemahiran insaniah terbaik ...

yun: tahniah kerana dapat ke uiam (pengajian ekonomi). tiada apa yang perlu digementarkan. hadir semua kuliah dan tutorial, tugasan hantar 'on time', aktif dalam perbincangan seminar (jika ada), rujuk koleksi soalan tahun kebelakangan dan sentiasa menguji penyampaian dengan rakan sekuliah. Insya-Allah, cemerlang.

anon aug 12: tahniah kerana terpilih ke fakulti ekonomi dan pentadbiran UM. tiada masalah sebenarnya. jika lebih cenderung kepada pengajian kuantitatif boleh mengkhusus dalam ekonomi perangkaan / statistik. jabatan lain termasuk gunaan (ekonomi pembangunan dan perancangan), analisis dasar dan kewangan. semuanya menarik belaka. jika asas matematik o k, pengajian ekonomi menjadi mudah walaupun merupakan pengalaman pertama ...

Unknown said...

Sama dengan saya
Kamu dr mana ??

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam

tiada masalah bagi pelajar berlatar belakang sains untuk pengajian ekonomi, malah suatu kelebihan kerana asas matematik (tambahan, add math) yang kukuh. persediaannya apabila memperoleh senarai buku rujukan darioada pensyarah, segeralah berkejar ke bahagian red spot perpustakaan untuk tujuan fotostat sebab boleh pinjam 2 jam sahaja. pakat dengan kawan pun o k. lepas itu belek-belek istilah walaupun x faham.

Unknown said...

Assalamualaikum cg,
saya lepasan diploma bdg perakaunan..saya berminat untuk sambung ijazah dalam bidang statistics industry..boleh cg terangkan macam mana bidang tu??susah ke senang?memandangkan saya xde basic langsung dalam bidang tersebut..mohon pertolongan cg,,trima ksih

Unknown said...

Thanks cikgu ats pencerahan tentang course sy 👍👍👍

Unknown said...

Assamulaikm cikgu. Saya ingin menanyakan adakah program sarjana muda sains pengurusan perniagaantani layak untuk lepasan matrikulasi perakaunan?

Anonymous said...

Salam cikgu. Saya berjaya ditawarkan di unisza perakaunan dan um ekonomi. Saya keliru nak pilih yang mana. Ijazah perakaunan unisza diiktiraf tapi saya takut kalau kurang "berharga". Mohon pandangan cikgu.

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

siti rahmah: statitik industri menjurus terhadap penyelidikan pasaran pelbagai kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif bakal didedahkan. tiada masalah asalkan siti memang berminat dengan angka-angka. paling penting perancangan pembelajaran ...

Fatin Najwa: layak asal sahaja cukup syarat am u dan syarat khas fakulti

Anon aug 28: tarikh akhir bayaran yuran UM pada 26.8 yang lalu. sudah buat pilihan? berharga atau tidak bukan bergantung secara mutlak ijazah dari u mana. aspek kepimpinan, kemahiran insaniah dan jati diri juga menjadi kriteria penting untuk dipandang tinggai dan berjaya.

Walahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cikgu...saya ingin bertanya mengenai kursus master in economics...saya ada degree in accou tancy...nak sambung master..tapi berminat dalam ekonomi ni...agak-agak cikgu susah ke master ni..saya nak teruskan tapi tak ada panduan atau nasihat dari orang terdekat mengenai bidang ni...family sokong cuma saya kurang yakin..boleh cikgu bagi pendapat tak...terima kasih cikgu.

NC Mohamad said...

Assalam cikgu,

Saya berusia 45 tahun dan berminat melanjutkan pelajaran master of economics di upm. Background saya ialah bachelor's degree business administration dan pengalaman bekerja lebih 15 tahun.

Niat ialah saya nak menukar career kepada teaching dan menjadi pensyarah.Target utk ambil master of economics semesta 2 2015/2016 utk tempoh 1 - 1/2 tahun full time with courseworks, insyAllah.

Persoalannya,adakah tepat untuk saya mengambil Master in Economics walaupun saya tidak ada asas in mathematic studies.Bolehkah saya cope dengan environment studinya yang mathematically rigorous especially untuk umur macam saya ?. Terima kasih atas pencerahan.

cikgu azhar said...

Anon Oct 10: boleh, tiada masalah. MBA @ M.Ec terbuka untuk pemegang ijazah sarjana muda mana-mana bidang pun, termasuk sains dan kejuruteraan. Ijazah tinggi kena tekun dan fokus, itu saja. MBA mahal sedikit (RM20k +); M.Ec (RM10k)

Akmalafiq: ekonomi matematik di peringkat sarjana tidaklah susah sangat. lebih kurang business math semasa BBA. lagi pun markah tugasan dan kehadiran dah cover banyak, biasanya exam 40%. melainkan sdra mengkhusus dalam ekonomi statistik, ekonometrik atau ekonomi kuantitatif.

sdra akmal memang penjawat awam ke? kalau ya, tiada masalah beralih ke ipta, tetapi jika bukan kenalah pilih ipts kerana syarat umur menyertai sektor awam tidak boleh melebihi 45 btahun.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cikgu..
Sy sdh memiliki ISM pendidikan ekonomi(matematik) dan smpai skrg sy x dpt lg posting..CGPA sy hnya 2.79(drop last sem sbb mslh kesihatan) jd sy nk sambung master upsi pdidikan ekonomi..adakah bsr peluang sy utk mohon spp lg skali utk mnjadi guru?

cikgu azhar said...

Salam,

ijazah sarjana memberikan nilai tambah untuk permohonan jawatan kpm, atau mungkin juga sambung Ph.D untuk melamar jawatan pensyarah. paling penting mulakan langkah ...

Unknown said...

salam cikgu. saya sekarang berada di uum sekolah ekonomi, kewangan dan perbankan. soalan saya, adakah terdapat perbezaan antara ijazah sarjana muda ekonomi dengan ijazah sarjana muda sains ekonomi dan juga ijazah sarjana muda sains dalam matematik ekonomi. saya pelajar sains ekonomi.

cikgu azhar said...

Salam Mohd Fadhil,

Salam Mohd fadhil,

beza dari segi fokus dan pengkhususan dalam disiplin pengajian ekonomi. pecahan bidang dalam setiap pengkhususan pun masih ada, sama ada bersifat analisis deskriptif (kualitatif) atau kuantitatif. terdapat juga pengajian ekonomi digandingkan dengan disiplin lain, misalnya ekonomi sumber (kajian petroleum, pengurusan air), ekonometrik (statistik matematik) dan lain-lain. pengajian multidisiplin (rentas pengkhususan) semakin digalakkan. Wallahu a'lam ...

















fara said...

Assalamualaikum cikgu

Saya fara graduan dari politeknik yg memegang diploma retail managemant (cgpa: 3:32)....jika ada rezeki saya ingin menyambung ke peringkat ijazah.....tpi utk peringkat ijazah saya tidak mahu ambil aliran bisnes....

Jadi apa pandangan cikgu??
Bidang apa yg layak untuk saya??

Terima kasih cikgu

fara said...

Assalamualaikum cikgu

Saya fara graduan politeknik pemegang diploma retail management ( cgpa: 3:32).....jika Ada rezeki saya ingin menyambung keperingkat ijazah.......tapi utk ke peringkat ijazah sebolehnya saya tidak mahu ambil aliran bisnes..

Apa pandangan cikgu??
Program apa yg layak utk saya ambil??

Terima kasih cikgu.

fara said...

Assalamualaikum cikgu

Saya fara graduan politeknik pemegang diploma retail management (cgpa-3:32).jika ada rezeki sya ingin menyambung keperingkat ijazah....tpi sebolehnya utk ke peringkat ijazah sya tidak mahu aliran bisnes.

Apa pandangan cikgu?
Ijazah apa yg layak utk saya selain bisnes??
Pandangan cikgu amat saya hargai....terima kasih

cikgu azhar said...

W.salam fara,

tahniah fara. boleh mohon kursus lain seperti psikologi, undang-undang, tesl, sains maklumat, dll. jika muet dapat band 4 ke atas, peluang lebih cerah.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam c..sy pelajar lepasan stpm tahun 2015/2016 ..skrg ni sy sdg mnunggu rsult..sy ingin bertanya jika rsult sy 3.5 keatas Dan band muet 2 tetapi b.inggris sy dprngkt spm D..adkah ad pluang untuk sy smbung degree dan kalu boley sy nx bt b.eco..mhon pcrhan drpd cg sbb sy skrg brsa gelisah takot tdk dpt smbng degree.huhuhu..sekian terima kasih..

cikgu azhar said...

Salam miss dyla,

masih berpeluang. UM dan UKM mungkin sukar sedikit, tetapi USM o k, dengan syarat ekonomi gred A dan matematik SPM sekurang-kurangnya B. Namun, semasa pengajian di u perlu capai minimum band 3 untuk pengijazahan.

Wallahu a'lam ...

anis said...

salam..
sy mempunyai degree dlm edu(math) dan tlh bekerja melebihi 5thn....sy sgt berminat utk mengikuti bidang perakaunan..yg sememangnya menjd cita2 sy dr kecil. bagaimana sy berpeluang utk memasuki bidang tersebut..?..adakah tertutup langsung utk sy..?..bolehke sy mintak master perakaunan sdgkan sy tidak mempunyai degree perakaunan..?..boleh bg cdgn kpd sy?..finance atau perakaunan menjd keutamaan sy utk menyambung pljrn..minta pendpt dan cdgn..t.kasih..

CIKGU AZHAR RODZI said...

salam anis,

lebih baik sdri anis ambil kelayakan ikhtisas acca, terus boleh berdaftar sebagai chartered accountant yang diiktiraf di seluruh dunia. x perlu ambil sarjana akaun @ double basic degree. sama macam undang2. banyak cikgu sains memiliki acca dan LL.B + CLP. banyak ipts menawarkan program acca secara separuh masa. selamat meneruskan cita2 ... amin

Anonymous said...

ADAKAH BIDANG EKONOMI MAMPU MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN PADA SAAT EKONMI BEGINI? MAAF TAPI SAYA CUMA MAHU MEMBUAT KEPUTUSAN ANTARA BIDANG KOMPUTER ATAU EKONOMI ... . :(

Anonymous said...

assalamualikum,cikgu baru2 saya stpm pointer 2.84 and ekonomi b- adkah saya berpeluang untuk ambil kos ekonomi di u ..dimanakah u yang sesuai..mohon pencerahan

cikgu azhar said...

W.salam,

Anon feb 4: Wallahu a'lam. tiada manusia dapat meramalkan dengan tepat tentang masa depan. kalau ada kombinasi, pilih sains komputer sebagai major, ekonomi sebagai monor

anon mac 9: RU memang sukar. cuba uitm / uni. komprehensif lain

Wallahu a'lam ...

firdaus said...

salam cikgu...saya nak sambung stpm tapi subjek akaun tak ditawarkan di sekolah tersebut..cuma ekonomi dan sebagainya..ada kah saya nak sambung bidang perakaunan di degree tak dapat?

hahahahaha said...

Assalamualaikum cikgu....
sy lepasan stpm 2015, cgpa saya 3.25 dan kertas ekonomi sy A...masa spm math sy A dan add math B+ muet sy band 2 sahaja...sy isi upu dan meletakkan pilihan pertama saya sm ekonomi upm...cikgu rasa saya layak x...tp sy minat sgt ekonomi.. T0T

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

Firdaus: memang sukar sedikit sebab akaun tidak lagi di bawah fakulti ekonomi dan pentadbiran UM, sebaliknya fakulti perniagaan dan perakaunan. UKM bersekali di bawah fakulti ekonomi dan pengurusan, mungkin ada peluang. cara lain buat ijazah ekonomi / perniagaan, kemudian buat kelayakan profesional perakaunan (acca, ca, macpa dll)

insya-Allah layak. penempatan u mungkin tidak seperti yang dipohon atas sebab persaingan

Wallahu a'lam ...

Aril Said:

Anonymous said...

Salam cikgu,baru2 ni saya x dtg interview ukm utk ekonomi.Result upu dijangkakan keluar september ni.Saya nak tanya,ipts mana yg tawarkan ijazah dlm bidang ekonomi?Hrp maklum bls dari cikgu.

Anonymous said...

Bukan x dtg,tp x dpt.Saya lepasan diploma akaun uitm dgn cgpa 3.21.Muet saya band 4.

Noorshuhadah Binti Zolkafli said...

salam cg,,
saya ingin bertanya beberapa soalan

1. antara kos sastera pendidikan(USM) dengan ekonomi(UM),, yg manakah lebih bagus & mempunyai peluang pekerjaan yg luas.

2. saya ada mmbaca sebuah blog bekas penuntut UM ,, dan blognya berbunyi lbih kurang bgini "Yuran pengajian terlalu mahal mencecah RM 1300 setiap semester,kalau dibandingkan dengan universiti lain.. baru pra-pendaftaran, lepas pendaftaran subjek..tiba2 akan ada tambaahan 2-3 ratus..yang diberi nama "post-registration""... adakah betul apa yg dikatakn oleh bloger ini.

minta pencerahan cg,, --shu--

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

anon mei 18: mungkin sdra/i bakal ditawarkan tempat di uni lain misalnya umk (keusahawanan), ekonomi matematik (uum, uitm) dll UA. pngk 3.2 + & muet band 4 x perlu ke ipts melainkan kursus undang-undang atau kelayakan ikhtisas perakaunan (acca)

noor shuhadah: kedua-duanya bagus sebab uni bertaraf RU. jika x dapat jadi guru sekolah pun sambung sarjana dan Ph.D untuk melamar jawstan pensyarah dan bidang kerjaya lain.

2. tentang UM mungkin benar demikian. peruntukan kerajaan intuk UM memang terhad berbanding dengan USM (uni apex) dan UKM. namun, UM berada pada kedudukan 146 dunia dan nombor satu di Malaysia

istikharah mungkin oenyelesaian terbaik

Aril Said: TU mungkin sedikit tipis, namun ke uum, uitm, umk lebih cerah. terima dahulu mana-mana UA, kemudian sambung sarjana di RU ...

Wallahu a'lam

chikola said...

Assalamualaikum cikgu....sy sebelum ni pernah amik jurusan land survey engineering..tapi sb sy x boleh bawak kos ni sy berhenti study...time study ni sy amik ptptn jd bila nk masuk tmpt lain sy ada masaalah pinjaman sb sy dh pernah buat ptptn....sekarang sy dapat tawaran di kolej pertanian sy x perlu buat pinjaman dan semua ditangung ...masaalah sekarang sy dapat kos perladangan.soalan sy bila sy grad jurusan ni boleh ke sy amik degree dalam bidang yg berlainan ?

cikgu azhar said...

W.salam Cik yuyun,

boleh, dengan syarat pencapaian pngk terbaik. jika boleh minimum 3.5 +, serta muet band 3 @ band 4. contoh: kejuruteraan pertanian, sains pertanian (termasuk hotikultur & land scaping), keusahawanan, ekonomi dll ...

Wallahu a'lam

Unknown said...

salam cikgu azhar..salam aidilfitri.
Nama saya Afdhol..Saya ingin minta pandangan cikgu berkaitan pengajian saya skrg..saya bljar di USM dalam bidang bachelor in management.Saya akan ambil major dan minor tahun 2 next semester.Jadi saya brcadang ambil major international business and minor japanese..sya akan exchange program ke foreign university pada sem 5 tahun 3..Jadi ada apa2 pandangan yg cikgu boleh berikan brkenaan pngajian sya rancangkn ini??mohon cikgu azhar beri pencerahan kpd sy insan yg perlukan khidmat nasihat..saya doakan cikgu dmurahkn rezeki dan mndpt kberkatan dalam khidupan atas jasa yg cikgu sumbangkn..aminn..

cikgu azhar said...

Salam afdhol twinky twinkies,

perancangan terbaik. boleh meneroka peluang keusahawanan di jepun. boleh jelaskan pertanyaan sdra. insya-Allah saya cuba mendapatkan sumber jawapan yang berwibawa ...

Anonymous said...

Salam cikgu azhar..
Harap Cikgu dapat beri pencerahan tntg soalan sy ini..jika kita ambil kos bachelor in management major international business,saya student usm prlu pilih Multi National Company eg:Intel,Panasonic;etc for internship..Persoalannya,pluang mndpt tmpat bkrja dngn sektor kerajaan dlm bidang sy ini ada ke tidak??Soalan ke-2,degree in IB basic starting salary berapa (private or gvrnment sector)?saya ada buat research dimana lepasan degree salary average rm2.5k and above.TERIMA KASIH.

cikgu azhar said...

Salam,

peluang ada. syaratnya pngk terbaik, kemahiran insaniah dan kepimpinan terserlah.
contohnya masuk dulu sebagai pensyarah UA.

2 betul. gaji permulaan + elaun RM3k +

mengapa tidak berhasrat menjadi usahawan?

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu , anak saya dapat masuk ijazah ekonomo UM dan dapat juga Ijazah Pengurusan Bangunan USM...mana satu yang lebih baik... anak saya pandai matematik dan dia suka matematik cuma MUET hanya band 3..

Anonymous said...

hi cikgu sebenarnya saya ingin membuka firma pelaburan saya sendiri,so apa kursus yang harus saya ambik di universiti awam nanti?Terima kasih

Unknown said...

assalam cikgu . sy lpasan stpm 2015. alhamdulillah dpt tmpat kat unimas bidang ekonomi perkidmatan . boleh tlong jelaskan tak bidang ni berkaitan tentang apa ? pluang pekerjaan kat sektor awam ada tak ?

Anonymous said...

Salam cikgu,

Saya lepasan matrikulasi 2016, pointer 4ft..perakuanan..br2 ni sy dpt sambung belajar degree di um tp jurusan economi dan ukm pulak dpt business 2sem dan insyaallah sy akan sambung accounting 6 sem...masalahnya sekarang sy tak pasti nak ke bidang mana dan U mana..mohon bg pendapat cikgu

Mocha latte said...

Salam cikgu. Sy bakal menyambung pengajian peringkat ijazah. Sy bercadang nak ambil course business economic.tapi sy taktau dari segi skop pembelajaran dan bidang kerjaya. Boleh cikgu explain serba sedikit? Tqvm.

Muhammad said...

Assalamualaikum Cikgu Azhar.

Saya pelajar lulusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal UiTM dengan pointer akhir 3.30. Saya merancang untuk tukar bidang dari kejuruteraan ke bidang ekonomi. Alasan saya ialah saya tak ada "passion" dalam bidang kejuruteraan. Saya sejak sekolah menengah lagi minat dan ambil tahu sikit sikit tentang ilmu ekonomi. Tapi tak pernah belajar secara formal subjek berkait ekonomi. Saya tiada masalah dalam matematik. So, cikgu rasa saya akan diterima atau tidak jika saya memohon Ijazah dalam bidang ekonomi dengan kelulusan saya ni?

Fahmii said...

Salam .. saya nak tanya pendapat cikgu sekarang saya dapat tawaran masuk ijazah sarjana muda sains ekonomi di uum ...saya dari diploma perakaunan cgpa 3.68 muet band 2 dan tengah berkerja sebagai tax assistant di firma tax saya minat menjadi akauntan atau cikgu perakaunan ..sekiranya saya terima tawaran ijazah sains ekonomi adakah saya layak untuk menjadi cikgu ekonomi ? Masih wujud lagi ke program KPLI ? atau saya apply Ijazah sarjana muda perakaunan pendidikan di uum pulak? Sekian Terima Kasih ☺

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Nur Hidayah said...

Salam cikgu,
Saya pelajar lepasan stpm 2016.Pointer saya 4.0 (pengajian am, bm, ekonomi pergajian perniagaan) dan muet saya band 4.Saya mendapat matemik A-, matematik tambahan C+ serta ekonomi asas A+ dalam spm. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran dalam kos ekonomi tetapi tidak tahu universiti yang terbaik untuk saya menyambung pelajaran dalam bidang ini. Mohon penjelasan cikgu. Terima kasih ��

cikgu azhar said...

salam haziq,

Insya-Allah berpeluang. mungkin juga ditawarkan bidang pengajian lain. misalnya keusahawanan umk

Wallahu a'lam ...

ena said...

Salam cikgu. Saya masih dlm proses untuk memilih kos selepas stpm. Saya mmg minat ekonomi dari form 4 lg. Result eko spm saya A- dan eko stpm saya A. Muet saya band 3. Pointer saya 3.33 je. Ada peluang tk kalau saya mhon ijazah sarjana muda ekonomi di ukm? Tapi saya risau sebab add math saya mse spm D. Tapi math spm saya B+. Saya tkut saya tk dpt bawa course tu dgn baik sbb saya mmg tk minat add math. Harap ckgu dpt membantu saya.

cikgu azhar said...

W.salam ena,

tahniah. kelayakan memohon sudah lebih daripada mencukupi. RU letak ukm, usm o k.
mohon juga ekonomi uum, keusahawanan umk, sains pentadbiran uitm.

ekonomi dengan matematik tambahan tidakmungkin dapat dipisahkan. namun, lebih menekankan aplikasi, bukan matematik tulen seperti di fakulti sains dan matematik.
Insya-Allah, boleh lulus dengan cemerlang dalam kertas matematik dan statistik di fakulti ekonomi.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

Salam cg, sy merupakan pelajar pra u iaitu pelajar stpm 2018. Pada mulanya sy mahu mengambil matapelajaran ekonomi tetapi disebabkan sy mengikut kwn kwn jadi sy pun tak jadi ambil ekonomi utk tingkatan 6. Setelah mengikut kata hati sy telah membuat keputusan utk mengambil subjek ekonomi. Tetapi apa yg membimbangkan sy tentang subjek ini adalah sy mempunyai masalah dgn nombor, iaitu sy tidak pandai dan tidak suka akn subjek yg memerlukan pengiraan. Ditambah pula dgn kata kata org di sekeliling sy yg mengatakan bahawa tajuk makroekonomi sgt sukar. Sy sebenarnya berjaya memperoleh 3a dlm spm dan mendapat gred b bg subjek ekonomi. Sy tidak diterima masuk ke dlm mana mana ipta kerana sy memperoleh d dlm subjek matematik. Sy sgt minat akn subjek ekonomi. Jd sy mohon sgt pencerahan drpd cg mengenai masalah sy.tq

cikgu azhar said...

W.salam I Schah,

kukuhkan jati diri. ekonomi boleh ambil,tetapi bukan untuk ke fakulti ekonomi sebab syarat minimum gred C dalam matematik spm. namun, pencapaian ekonomi stpm boleh melayakkan sdra diterima masuk untuk pengajian keusahawanan, perniagaan dan sains pentadbiran.

yakin boleh.

Wallahu a'lam ...

Yana Zolkefly said...

Assalamualaikum
Saya ambil stpm sastera
Kos yg sy amik adalah pengajian perniagaan,ekonomi,sejarah,muet dn pngajiam am
Sy nak tau klau kos di atas apa pluang kerjaya yg boleh sy dpt?

Yana Zolkefly said...
This comment has been removed by the author.
cikgu azhar said...

W.salam Yana Zolkefly,

sangat luas jika pngk terbaik untuk memohon UA

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
Subjek-subjek Ijazah sarjana muda kewangan apa ye cikgu? saya puas cari di blog2 tapi tak ada. Tq cikgu

cikgu azhar said...

W.salam,

fakulti ekonomi atau pengurusan?
semester 1 biasanya pengenalan sejarah wang, teori asas kewangan (klasik, neoklasik, moden), kewangan domestik / antarabangsa,
kegiatan margin / abritraj dll. semuanya menarik untuk pelajar memahami kompleksiti mekanisme kewangan moden.

ada banyak lagi kursus elektif yang menjawab tanda tanya orang awam, tetapi secara konseptual.

Wallahu a'lam ...

Farid said...

Assalammualaikum

Saya pelajar STPM(BAHASA MELAYU,PENGAJIAN PERNIAGAAN DAN GEOGRAFI) masih belajar sem 1 berminat nak memilih sambung belajar dalam 1.ijazah sains politik UKM
2.ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI DI UKM
3.SAINS PENTADBIRAN AWAM DI UITM
Dan syaratnya saya layak merujuk pada laman UPU

TAPI
bila saya baca dia punya subjek ada ekonomi dalam semester pengajian
Macam mana yea,layak ke saya ni.
Mampu ke saya tanggung
Dan itu sebenarnya syarat minimum je
Adakah permohonan saya akan dilayan sebab x pernah ambik ekonomi
Buat the say math SPM saya A-
English SPM is B
Science SPM is A-
So ,please answers,it is about me future

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
Saya ada 2 soalan. Soalan pertama apakah pekerjaan yg boleh didapati dengan kelulusan ekonomi?Adakah gajinya berpatutan?
Soalan kedua.Saya masih bersekolah fan mengambil kos eko.Adakah jika saya hendak memasuki universiti dan terus menyambung pelajaran sya dlam bidang eko ni saya perlu ambil subjek add math?

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam

Farid,

pelajar kejuruteraan, sains pertanian & ukur bahan pun kena ambil elektif wajib ekonomi & undang2. x de masalah sebenarnya. belajar ikut keperluan pengkhususan pengajian. sekadar contoh. insya-Allah, farid bukan saja boleh lepas, tapi boleh cemerlang. sementelah ekonomi bukan kertas yang sukar asal sahaja beri tumpuan semasa kuliah & tutorial kelak.

anon dis 10: pekerjaan bergantung kepada rezeki. ketua setiausaha negara, ketua setiausaha perbendaharaan, ketua pengarah penjara malaysia semuanya siswazah ekonomi. pm & timbalan pm pun ekonomi.

syarat masuk matematik spm kepujian (C ke atas). add math suatu kelebihan

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

SALAM CIKGU, SAYA PELAJAR LEPASAN STPM 2017, DAN ALHAMDULILLAH SAYA TELAH BERJAYA MEMPEROLEHI 3.88 DALM STPM IAITU PA=A-, BM=A, SEJARAH=A DAN EKONOMI=A-. DAN MUET BAND 3, KETIKA SPM SAYA ADALAH PELAJAR ALIRAN SAINS TULEN, SO UNTUK PERINGKAT DEGREE NI SAYA SANGAT SANGAT MINAT UNTUK MENYAMBUNG KOS EKONOMI DI UM. APA PANDANGAN CIKGU, AGAK AGAK SAYA BERPELUANG TAK UNTUK MNYAMBUNG DEGREE DI UM ? PELUANG UNTUK SAYA DAPAT UM TU CERAH DAK ?

cikgu azhar said...

W.salam,

kena tunggu keputusan keseluruhan. peluang memang ada, tetapi atas faktor persaingan harap pngk nanti melepasi 3.9

Wallahu a'lam

Unknown said...

Salam

Sy lepasan diploma engineer civil...blh ke sy nk memohon ijazah pengurusan perniagaan UKM

Unknown said...

Salam

Sy lepasan diploma engineer civil...blh ke sy nk memohon ijazah pengurusan perniagaan UKM

Khairun Adlin said...

Salam cikgu. Says lepasan STPM 2017. Alhamdulillah, saya mendapat pointer 3.33 tapi ekonomi saya B. Saya juga dapat muet band 3. Masalahnya, result spm addmath saya gagal tapi matematik says dapat A. Persoalannya, layak ke saya nak mohon Kos ekonomi di UKM atau UUM? Sebab saya agak minat dengan ekonomi. Mohon beri penjelasan cikgu.

Anonymous said...

Samaa . So awak ambik kos apa sekarang ?

cikgu azhar said...

W.salam,

unknown feb 28: boleh, asalkan memenuhi syarat am dan syarat khas permohonan

khairun adlin: ukm sukar sikit sebab RU. UUM unimas mungkin lebih mudah

pilihannya, direct intake (yuran tanpa subsidi), RU pun boleh

Miss Syamsinar said...

Assalamualaikum, sy nak tnya.. kalau stpm sy ambil subjek ekonomi , sejarah n bahasa melayu, layak atau tak sy sambung dlm bidang pendidikan ekonomi? Uni mana yang ad tawarkan course ni ye? N berapa pointer sy perlu dapat utk stpm

cikgu azhar said...

W.salam haziq mj,

jika memenuhi syarat am dan syarat khas kemasukan, memang ada peluang. namun, mungkin ditawarkan bidang pengajian lain. gred kertas perakaunan stpm?

Wallahu a'lam ...

Farhana said...

Salam cikgu. saya ingin bertanya tentang perbezaan antara ekonomi perancangan dan pembangunan, ekonomi kewangan dan ekonomi sumber manusia. serta apakah peluang-peluang pekerjaan untuk ketiga-tiga course ini.. adakah ianya berbeza?

cikgu azhar said...

W.salam Farhana,

Pada tahun pertama masih sama,iaitu mikro, makro, matematik, statistik dan kursus elektif. Tahun kedua mula fokus kepada pengkhususan seperti yang disebutkan. Perbezaannya dari segi pilihan kursus antara jabatan yang berbeza. misalnya, isu dan dasar pembangunan, penilaian projek, ekonomi industri, perancangan guna tenaga dan banyak lagi. peluang pekerjaan bergantung kepada pencapaian pngk dan kesesuaian dengan kehendak bakal majkan.

Wallahu a'lam ...

Izzy easy said...

Assalam saya nk tnya.Saya berminat untuk mengambil course tersebut..tapi diploma ekonomi tidak ditawarkan di universiti awam...Disebkan itu saya nk ambik course apa yg berkaitan dgn ekonomi..Untuk diploma mungkin saya boleh smbung ijazah di UKM atau UPSI

cikgu azhar said...

W.salam Nurizzati Izzy,

diploma sumber manusia UM, upsi, diploma sains pentadbiran uitm, diploma pengajian perniagaan politeknik, uitm dan banyak lagi. buat carian atas talian.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

assalamualaikum...saya ni pelajar lepasan stam 2017,semasa spm eko sye dpt a-,tpi semasa di stam saya dh lame x mengulang kaji pelajaran saya sbb stam ni ialah sijil yg brkaitan dgn agama sahaja,saya ditawarkn ijazah sarjana muda sains ekonomi di uum,saya risau yg saya dh lame x belajar eko..huhu,dan saya juga risau sbb saya ni lmah dlm english walaupun muet saya dpt band 3 sbb nnti di uum belajar dlam bi,saya juga risau sbb semase di spm saya x mengambil add math,saya dgr bahawa nnti semase blajar akan ada add math dlm ekonomi ..jdi mampukah saya?mohon cikgu beri nasihat:)

kurius said...

Salam cikgu.
Nak tanye, ade cara tak saye yg bru dapat tawaran bisnes math di uum nak tukar dengan kos setara mcm decision science kat uum jugak.

Mohon pencerahan, sbb aritu saye ade denga yg pelajar bole tuka kos yg setara di um dr (math/math applied/statistik) then sye aspect seme uni mcm tu~

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu. saya pelajar STPM 2017. saya akan melanjutkan pelajaran ke UPSI dalam jurusan ISM Ekonomi (Kewangan) dengan Kepujian. boleh tak cikgu terangkan subjek-subjek yang akan saya ambil dalam kos ni daripada sem 1 hgga last sem? sbb saya cuba cari dan ada yg saya jumpa. tapi masih tak berapa jelas. terima kasih.

Anonymous said...

SALAM CIKGU, KWN SY PELAJAR LEPASAN IJAZAH SAINS TERNKAN BERHASRAT MNYMABUNG MASTER IN BUSINESS ECONOMY DI UITM MELALUI COURSEWORK. ADAKAH BELIAU LAYAK DAN ADAKAH SUKAR UNTUK BELIAU BELAJAR DLM BIDANG TERSEBUT SHGGA GRADUATE.

farahain said...

assalamualaikum cikgu, saya lepasan stpm 2018 and dpt pointer 3.58. eko pula dpt A, muet band 4. so ada peluang x utk ambik ism eko ukm ? thankyou :)

FAFAH said...

Assalamualaikum bro nak tnya ni
saya baru habeh matrik tpi kat matrik amik sc so acc tak belaja ekonomi tak belaja then nnti nak masuk degree ni saya nak amik course yg relate to business that is pengurusan perniagaan dlm kewangan. So bro nak tnya pendapat laa bole ke saya as full sc studnt nak lari bidng ke management in finance ni dgn takde nya basic acc...mampu kee

Buntu😓 said...

Assalamualaikum cikgu
Sy dlm dilema untuk memilih kusus pengajian master..tetapi sy berminat dgn pengajian ekonomi

Sy lulusan spm dgn matematik A Dan addmath c sahaja
Diploma Poli pemasaran dgn himpunan pointer 3.6
Tanpa perancangan yg rapi sy sambg degree d uitm dgn jurusan yg sama pemasaran ..tapi sy xberjaya sbb hanya dpt pointer 3.10 sahaja..dgn pointer sebegini Dan muet band 3,cikgu rasa Ada ke potensi untuk diterima bg pengajian master in economy..

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu..
Sy berminat untuk mnyambung master dlm eko..sewaktu d Poli sy berminat dgn subject ni...tapi sy lulusan Poli diploma marketing dgn pointer 3.5,
Tanpa fikir panjang d waktu tu sy buntu pilih course sy hanya apply d uitm degree marketing ..tapi gagal score ..pointer hanya 3.10..dgn muet band 3..layak le sy memohon master dlm ekonomi..atau jurusan apa yg patut sy pilih..��

Jannah said...

Assalamualaikum cikgu, saya lepasan stpm, saya rasa macam nak teruskan dalam bidang ekonomi, tapi lepas dapat result A- saya takut la saya tak boleh bawak. Ada apa apa nasihat tak? Atau suggestions nak amik bidang ekonomi yang mana?

BUNGA said...

assalamualaikum, saya lepasan stpm 2019 saya dpat pointer 3.92 tapi merit rendah 95.57% sebab sukan kurang, saya nak mohon kos ekonomi dekat um dengan pentadbiran perniagaan , cg rasa saya lepas tak ? saya dpat muet band 3, tapi sangkut dekat result BI masa spm sbb cukup makan je , hehehe masa spm bi ke laut sikit, macam mana yee cg boleh tak sya nak apply kos ni, kemungkinan nak dpat tu tinggi tak cg, okey terima kasih

Anonymous said...

Salam cg, sy stpm pointer 3 above dan ekonomi 4flat. tapi sarjana muda ekonomi di um letak syarat kelayakan dia nak math B+ masa spm tapi sy dpt B math dlm spm. Adakah sy dpt kalau sy letak sarjana muda ekonomi um di senarai upu? tq

Anonymous said...

salam cikgu,

saya ingin menjadi guru ekonomi..Bagaimana cara pilih kursus jika dalam choice pemilihan kursus tiada ekonomi dlm temuduga (pendidikan)

Anonymous said...

Salam cikgu, saya nak tanya, apa beza ekonomi di bawah sarjana muda sains kemasyarakatan dengan ekonomi di bawah fakulti ekonomi? Saya mmg minat sgt dengan subjek ekonomi dan saya dapat A dalam subjek tersebut semasa STPM. Saya ada memilih degree dalam sains kemasyarakatan di USM ( ekonomi / sains politik / antropologi & sosiologi). Adakah ekonomi di bawah sains kemasyarakatan akan belajar benda yg sama dgn ekonomi di bawah fakulti ekonomi? Saya harap saya tak salah pilih cg 😭

cikgu azhatr said...

W.salam anon sep 5, 2022

Sama. Hampir semua ua sudah tiada fakulti ekonomi (tunggal). UM fakulti perniagaan & eko, UKM eko & pengurusan, dll

Anonymous said...

Cikgu bagaimana kalau tiada asas dalam matematik tambahan...namun mndapat tawaran smbung pelajaran dlm bidang ekonomi adakah mustahil utk skor?

«Oldest ‹Older   201 – 302 of 302   Newer› Newest»