SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, June 24, 2012

PERSEKITARAN DAKWAH YANG BERKESAN (INVITATION TO THE FAITH)

Secara mudah, dakwah bererti seruan ke arah kebenaran aqidah, syariat dan akhlak. Dakwah ialah hak setiap insan supaya mereka memiliki kesempatan untuk sebuah kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Tanpa dakwah, insan menghadapi risiko besar untuk hidup dalam kegelapan dan kesesatan, lalu terjerumus dalam kebinasaan, kehancuran dan nestapa yang berkekalan.

Dakwah ialah tugas asasi para rasul dan nabi, serta tanggungjawab umat yang beriman. Sebuah hadith yang masyhur mengungkapkan ballighu anni walau ayah (au kama qala), sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat. Seseorang yang berhasrat untuk menyampaikan mesej dakwah hendaklah memiliki ilmu pengetahuan, hikmah (kebijaksanaan) dan cermat dalam tindakan.

Pembelajaran dakwah secara formal boleh dijalani sehingga peringkat doktor falsafah, misalnya di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Selain itu, terdapat kursus pendek yang ditawarkan oleh pelbagai organisasi seperti Yayasan dakwah Islam Malaysia (Yadim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan jabatan-jabatan agama Islam negeri. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah, asas-asas dakwah juga didedahkan kepada semua murid.

Dahulu, kegiatan usrah dicurigai sebagai gerakan bahaya oleh kumpulan orang muda yang tidak memiliki latar belakang formal pengajian Islam. Namun, pada hari ini, istilah usrah sudah menjadi biasa dan dijadikan program rasmi di sekolah dan sebagai jenama program televisyen. Tesis Ph.D oleh Profesor Datuk Dr Sidek Baba di Universiti Illinois, Amerika Syarikat tentang usrah (study circle) telah memberi perspektif tentang kelebihan usrah sebagai kaedah perancangan dakwah (uslub'ud-da'wah) yang strategik.

Pada zaman baginda Junjungan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, fasa dakwah secara tertutup atau tersembunyi dilakukan menerusi kumpulan 'usrah' di rumah Arqam ibn Abi Arqam di Bukit Safa. Bertitik tolak dari situ, bermula perancangan dakwah yang lebih tersusun dan terbuka untuk berhadapan dengan segala cabaran dan halangan yang getir oleh golongan status quo Quraisy yang berkepentingan. Natijahnya, Islam tersebar dengan cepat di seluruh pelosok alam atas kebijaksanaan dan ketaatan generasi awal, al-jil qur'anniyun farid (generasi al-Qur'an yang unik), atau al-jil rabbaniyyul multazim (generasi hamba Tuhan yang unggul).

Dakwah juga bertunjang kepada konsep peluasan, iaitu meramaikan bilangan umat, bukan sebaliknya sepertimana konsep reductionism dalam kelompok taksub dan melulu. Maka, segmen dakwah tidak bersifat terhad atau eksklusif kepada golongan tertentu sahaja. Setiap kesempatan yang muncul akan disambar sebagai misi dakwah, sama ada secara lisan, tulisan, mahu pun pencapaian kecemerlangan dan tindakan yang menguntungkan dakwah.

...

...

...

...

...

...

9 comments:

fahda said...

assalam ckg azhar....
sy nak mta pandangan ckg.... sy sudah mendapat tawaran sarjana pendidikan ekonomi upsi.... tp masalah nye macam tak yakin jer nk sambung master ekonomi.... masa 1st degree saya buat kewangan... tp dpt kpli major geografi.... sesuai ke sy mymbung master dalam ekonomi? susah ke ekonomi di peringkat master? mohon ckg beri pandangan .... tkasih

cikgu azhar said...

W.salam

jika upsi telah memberi tawaran, maknanya upsi yakin dengan keupayaan seseorang calon ijazah tinggi.

program sarjana pendidikan ekonomi (M.Ed) berbeza dengan sarjana ekonomi (M.Ec, MA @ M.Sc), terutama dari segi fokus pengajian. kursus pendidikan lebih kepada kaedah, sementara pengajian ekonomi tulen lebih kepada 'content'.

Insya-Allah, pasti boleh dilalui dengan jayanya. amin ...

Unknown said...

assalamualaikum cikgu azhar..
saya farhana lepasan matrikulasi.saya ingin bertnya kepada cikgu mengenai jurusan matematik pengurusan itu bagaimana?apakah peluang pekerjaan yang ad selepas tamat pengajian?.say ingin sekali penjelasan dari cikgu.terima kasih cikgu..

cikgu azhar said...

W.salam farhana luthfi,

lebih menjurus kepada proses membuat keputusan dalam organisasi menerusi kaedah kuantitatif. cuba dapatkan pencapaian pngk terbaik di samping mengukuhkan b i. berdoalah apabila time grad nanti peluang kerja melambak2. pilihan lain ialah jadi usahawan, buka syarikat sendiri.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Nur Hidayah said...

Salam cikgu,
Saya pelajar lepasan stpm 2016.Pointer saya 4.0 (pengajian am, bm, ekonomi pergajian perniagaan) dan muet saya band 4.Saya mendapat matematik A-, matematik tambahan C+ serta ekonomi asas A+ dalam spm. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran dalam kursus ekonomi tetapi tidak tahu universiti yang terbaik dalam bidang ini. Mohon penjelasan cikgu kerana saya ingin mengisi upu. Terima kasih

Anonymous said...

W.salam Nur Hidayah,

tahniah atas pencapaian terbaik 4.0

universiti malaya sangat sesuai
walaupun dewan kuliahnya agak usang, tetapi alumni ekonomi u m memang hebat belaka. contohnya timbalan pm dan ketua setiausaha negara

ukm & usm juga o k

tidak mahu cuba undang-undan

Anonymous said...

Salam cikgu.. Saya bercita-cita untuk menjadi cikgu ekonomi.. Saya berhasrat untuk menyambung pelajaran dlam ijazah pendidikan ekonomi tetapi kursus ini tiada di universiti termasuk upsi.. Bagaimanakah cara untuk saya mencapai cita-cita saya ini..Saya mendapat 4.0 dalam stpm.. Mohon perjelasan cikgu kerana saya kebuntuan.. Terima kasih..

cikgu azhar said...

W.salam,

mohon fakulti ekonomi dan pentadbiran UM atau fakulti ekonomi (ukm, usm, uum, dll). nanti teruskan usaha mencapai pngk tertinggi. mohon dipoloma pendidikan, atau sambung ijazah tinggi sarjana dan Ph.D untuk menceburi kerjaya pensyarah.

usah hadkan sekadar guru ekonomi, tetapi buka hingga ke profesor ekonomi suatu hari nanti

Wallahu a'lam ...