SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, March 22, 2014

APAKAH KESUDAHAN NASIB MH 370? (WAITING FOR OUR BLESSED HOPE)

Misi mencari dan menyelamat (search and rescue, SAR) pesawat Boeing 777-200ER milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang membabitkan 25 buah  negara masih belum menemui jawapan. Walaupun terdapat larangan supaya andaian, spekulasi dan teori pakar tidak dibincangkan secara terbuka, orang awam masih tidak putus-putus berbuat demikian secara lisan menandakan betapa mereka sangat prihatin tentang peristiwa malang berkenaan. Segala aset SAR telah digerakkan ke Laut Cina Selatan, Laut Andaman, koridor utara (Asia Tengah) dan koridor selatan (kawasan terpencil lautan di selatan Australia), namun kunci jawapan muktamad masih belum disahkan.

Kemampuan radar dan satelit tercanggih belum mampu merungkai misteri kehilangan pesawat MH 370 sejak 8 Mac yang lalu. Pesawat peninjau dan kapal selam pelbagai negara juga digerakkan ke kawasan yang mempunyai petunjuk kemungkinan lokasi terakhir pesawat kehabisan bahan bakar. Walaupun wujud kerjasama yang membabitkan negara berlainan sistem politik dan ideologi, sikap berhati-hati terhadap isu keselamatan jangka panjang dan maklumat perisikan masih ketara.

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments: