Saturday, March 8, 2014
PENGALAMAN TUNTUTAN INSURANS KENDERAAN (THIRD PARTY CLAIM PROCESS)
Kes kemalangan kenderaan yag tidak membabitkan kerosakan yang teruk, serta tiada kecederaan boleh diselesaikan menerusi persetujuan sesama sendiri tanpa dipanjangkan kepada pihak polis. Jika kes dilaporkan kepada polis, siasatan akan dilakukan dan pihak yang didapati cuai dan bersalah akan dikenakan kompaun RM300. Sebarang tuntutan insurans boleh dimulakan, biasanya untuk kos baik pulih kenderaan, tidak dapat menggunakan kenderaan (loss of use, maksimum RM50 sehari), susut nilai dan lain-lain.
Andai kata pemilik kenderaan bertegas mahukan alat ganti yang tulen, mereka perlu membawa kenderaan berkenaan ke pusat servis sebenar, misalnya Proton, UMW Toyota dan Honda. Pegawai yang dirujuk akan mentaksirkan kos baik pulih dan menganggarkan masa menunggu sehingga kenderaan siap. Pemilik kenderaan perlu memohon kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila alat ganti yang dikehendaki itu ada kaitan dengan bahagian penting kenderaan seperti nombor siri chasis dan struktur asas kenderaan.
...
...
...
...
...
...
...
...A
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment