SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, March 16, 2014

PARIT, PERAK BAKAL MENDAPAT JALAN YANG LURUS (UPGRADING RURAL WELFARE)

Reka bentuk kejuruteraan jalan raya lama kuat dipengaruhi bentuk muka bumi dan keratan rentas (kontur dan topografi) sesuatu kawasan. Maka, tidak hairanlah jalan-jalan lama banyak yang berliku-liku dan tidak rata. Apabila melewati kawasan laluan air, jambatan yang terdapat di situ semakin sempit dan berbahaya kepada kenderaan yang bertentangan arah untuk berselisih.

Teknologi kejuruteraan awam termaju telah membawa anjakan paradigma bahawa jalan raya lebih selamat jika dibina dalam jajaran yang lurus dan mengambil kira jumlah serta kepelbagaian kenderaan yang menggunakannya. Isu pengambilan tanah dapat diatasi menerusi pindaan kanun tanah negara yang mengehadkan tindakan mahkamah terhadap jumlah pampasan yang ditawarkan kepada pemilik tanah yang terbabit dengan proses berkenaan. Prinsip bahawa kepentingan umum lebih diutamakan daripada kepentingan individu ialah justifikasi yang wajar.
Paparan gambar di atas ialah laluan jalan raya ke pekan Parit yang terletak di bawah pentadbiran daerah Perak Tengah. Pembinaan jalan raya Lahat - Batu Gajah - Lumut menjimatkan masa perjalanan dari arah Ipoh ke Parit. Namun, susur keluar ke Parit sejauh 12 kilometer masih menggunakan jalan lama.

Jalan lama tersebut memang sempit, berliku-liku dan berbahaya, terutama kepada pemandu yang datang dari luar Parit. Jangan kata hendak memotong kereta yang bergerak macam siput, motosikal pun terpaksa diekori sahaja hingga ke pekan Parit, kecuali 100 peratus pasti tiada kenderaan dari arah bertentangan. Penduduk tempatan yang tiada urusan segera memandu kenderaan seperti bersantai dengan kelajuan di bawah 50 kilometer satu jam.

Risiko terbabit dengan nahas lebih banyak berpunca daripada kenderaan yang dipandu sangat perlahan berbanding dengan kenderaan yang dipandu secara biasa, iaitu antara 70 hingga 80 kilometer satu jam. Memang benar di negara seperti New Zealand, kenderaan bergerakdengan kelajuan purata 50 kilometer satu jam. Namun, jalan raya mereka luas dan pengguna yang berurusan segera boleh memilih lorong memecut.

Barangkali pergerakan kenderaan yang begitu perlahan di parit berhubung kait dengan faktor usia pengguna jalan raya di sana. Anak muda Parit banyak di perantauan, sama ada belajar mahupun bekerja. Tiada kegiatan rempit di laluan ke Parit, malah tiada kelihatan bonggol sepertimana bandar yang lain.

Tempias kemajuan bandar Tronoh, Bota dan Seri Iskandar kelak sampai juga ke pekan Parit. Khabarnya, Parit bakal menerima jalan raya baharu yang lurus, bersambung dengan jalan raya (bertaraf lebuh raya percuma) Lahat - Batu Gajah - Lumut. Proses pengambilan tanah sudah muktamad, manakala keputusan pemilihan tender dan kontraktor sudah di peringkat akhir.

Sumber memaklumkan bahawa memandangkan jarak jalan berkenaan di bawah 10 kilometer, pembinaan boleh selesai dalam tempoh kurang daripada enam bulan. Setelah itu, proses pewartaan untuk dibuka kepada orang awam mungkin mengambil sedikit masa lagi. Pekan Parit dengan jolokan Paris bakal menandingi Bota (Boston) dan Tronoh (Toronto) dari segi jumlah pengunjung dan kegiatan perniagaan ...

No comments: