SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, March 27, 2014

SUATU PETANG DI KAMPUNG TOK KAH ( ONCE REMOTE AREA, BUT NOW CLOSE TO TOWN )

Ketika mula diteroka beberapa dekad yang lalu, orang Terengganu sendiri enggan berpindah ke situ. Kanun tanah Terengganu membenarkan orang luar memiliki tanah di negeri tersebut, berbanding dengan Kelantan yang menetapkan hanya penduduk sah Kelantan sahaja yang boleh berbuat demikian. Jumlah penduduk Terengganu baru menghampiri angka satu juta jiwa, sedangkan Kelantan tiga kali ganda daripada jumlah itu.

Walaupun jika di kampus universiti, orang Kelantan kelihatan lebih cenderung bergaul sesama sendiri, membentuk klik dan berbangga dengan loghat Kelantan, tetapi orang Kelantan juga terkenal dengan sikap suka merantau ke tempat orang. Buktinya, di mana-mana pasar malam dan pasar tani seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, terdapat makanan Kelantan seperti nasi kerabu, laksam dan nasi dagang beras hitam yang dijual oleh peniaga yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Demikian juga restoran yang menyajikan masakan tom yam, lakna dan paprik yang dikuasai oleh orang Kelantan keturunan Patani.

Kampung Tok Kah terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Kuala Dungun. Disebabkan sambutan masyarakat setempat begitu dingin, akhirnya Kampung Tok Kah diterokai sepenuhnya oleh masyarakat Kelantan. Pendek kata, Kampung Tok Kah dan beberapa petempatan yang luas di rancangan tanah Terengganu Tengah (Ketengah) mirip demografi  Beserah, Kuantan yang didominasi oleh masyarakat Kelantan.

Seorang mantan guru besar di sekolah kebangsaan di situ memaklumkan bahawa saiz tanah yang dimiliki oleh penduduk Kampung Tok Kah bergantung kepada tanda batu sempadan yang disahkan ketika penetapan saiz lot terokaan terawal. Generasi pertama Kampung Tok Kah memiliki tanah dengan keluasan anggaran antara satu hingga 10 ekar. Mereka menikmati balasan hasil kesanggupan membuka kawasan yang dahulunya dianggap sebagai tempat ‘jin bertendang’ atau ‘hutan banat’.

Kegiatan asas penduduk Kampung Tok Kah ialah pertanian dan perniagaan kecil-kecilan. Berkat kegigihan mencari rezeki di perantauan, mereka kini telah memiliki kehidupan yang selesa. Rumah pun sudah moden dan memiliki kelengkapan seperti masyarakat bandar. Hanya gangguan bekalan elektrik masih berlarutan apabila bekalan akan terputus mulai pukul sembilan malam dan hanya pulih pukul lapan pagi keesokan harinya.

Seorang penduduk Kampung Tok Kah yang lebih mesra disapa sebagai Pak De sangat dikenali kerana perkhidmatannya sebagai tukang urut lelaki. Pelanggan beliau datang dari merata termpat termasuk negeri lain. Rumah Pak De boleh dikenal pasti berdasarkan nombor siri tiang elektrik, iaitu 7. Maka, sebaik melepasi Kampung Bemban yang berhampiran jalan utama Kuala Terengganu – Kuantan, terdapat sebuah jambatan bersaiz sekadar menyeberangi parit menandakan kiraan tiang elektrik bermula dengan angka yang lebih besar terlebih dahulu, misalnya 30.

KiniKampung Tok Kah terbabit dengn kebakaran belukar akibat cuaca panas terik yang membahang. Sesetengah kawasan belukar masih kelihatan api dan asap. Tiada perbuatan khianat dilaporkan memandangkan fenomena kebakaran merebak hingga di beberapa buah bukitdi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

...

...

...

No comments: