SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, March 30, 2014

PENGALAMAN SEBAGAI CALON PENGAWAL TRAFIK UDARA ( SHORT LISTED UNTIL FINAL PHASE )

Usai pengajian ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, penulis blog (PB) menerima surat panggilan temu duga untuk mengisi jawatan pengawal trafik udara bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Walaupun tidak membuat permohonan, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menaja pengajian PB dengan menganugerahkan dermasiswa selama empat tahun telah membuat pencalonan tersebut. PB pun terus berangkat ke pulau mutiara tanpa membuat persiapan rapi.

Maklumlah bahan rujukan tentang kawalan trafik udara sukar dicari justeru bukan sahaja perkhidmatan internet masih belum meluas, bahkan ketika itu  memori komputer masih sekitar 32 megabait sahaja.  Kerja menaip menggunakan perisian Wordstar dan Lotus yang kini sudah pun pupus. Cakera liut yang mudah rosak pula berfungsi sebagai pamacu memori luaran dengan kegunaan yang terhad.

Setiba di lapangan terbang Bayan Lepas, di bilik ujian, semua calon menduduki ujian IQ dan aptiud terlebih dahulu. PB mendapat maklumat bahawa ujian di lapangan terbang diadakan di seluruh negara dengan bilangan calon yang berjumlah dua ribu orang siswazah. Calon yang lepas ujian bertulis itu kemudian dipanggil untuk sesi ujian suara yang dikendalikan oleh pegawai kawalan trafik udara yang berpengalaman walaupun kelihatan masih muda, dalam lingkungan 30-an.

PB tidak menghadapi masalah membacakan arahan lalu lintas udara dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dengan penggunaan kod seperti bravo, charlie dan lain-lain. Tanpa disangka, pegawai ujian itu mengatakan suara PB sesuai untuk dicalonkan sebagai pegawai kawalan trafik udara, tetapi perlu melepasi senarai pendek terakhir sejumlah 100 orang sahaja. Pegawai berkenaan turut memberitahu bahawa hanya sejumlah 30 orang calon yang bakal terpilih bagi menjalani latihan di kolej penerbangan selama tiga tahun dengan elaun yang lumayan.

Jawatan pengawal trafik udara telah dinaik taraf daripada lulusan Malaysian Certificate of Education, MCE, kepada lulusan ijazah sarjana muda. Hasrat JPA dan juga Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ialah menyediakan pengawal trafik udara sehingga mencapai kelayakan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) untuk lantikan sebagai pengurus lapangan terbang dalam jangka masa panjang. Maksudnya, kalau terpilih, belum dapat kerja tetap kerana perlu bergelar pelatih terlebih dahulu.

Lagi

Dan lagi

seterusnya

catatan hujung


iktibar

No comments: