SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, October 18, 2014

ASIA DILANDA ANGIN KENCANG, CUACA LEMBAP DAN PUTING BELIUNG (ERROR IN WEATHER FORECAST)

Amaran tentang bencana kemarau dan el-nino tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, benua Asia mengalami musim basah yang berterusan sejak beberapa bulan. Negara kepulauan seperti Filipina, Indonesia dan Jepun memang terdedah kepada ancaman, badai, ribut dan taufan.

Di Malaysia sendiri, fenemona pusaran angin yang mampu menerbangkan objek yang berada di laluannya, iaitu puting beliung telah memakan korban jiwa seperti yang berlaku di sebuah balai polis di ibu negara. Selain itu, kerosakan harta benda juga berlaku, misalannya di Pendang, Kedah dan sebuah sekolah berasrama penuh elit, Kolej Tunku Kurshiah di Nilai, Negeri Sembilan. Dentuman petir secara tiba-tiba juga sangat berbahaya kepada orang ramai yang berada di kawasan lapang dan di dalam bangunan yang bertindak balas dengan pemindahan cas elektron yang dihasilkan oleh kilat, sehingga mencapai tahap halilintar (klik di sini).
sumber ambilan gambar di sini

Di Bintulu pula, berlaku kejadian belalai air yang berlanjutan selama 20 minit dalam keadaan cuaca gelap seperti gambar di atas. Pusaran angin mampu menjulang air dari permukaannya begitu tinggi. Pengalaman cuaca yang baharu dan pelik kepada rakyat tempatan menandakan pengetahuan geografi (ilmu alam) tidak boleh diketepikan daripada sistem pendidikan di sekolah dan media.

Sistem pengairan dan saliran di kawasan bandar yang padat dengan binaan konkrit yang tidak dapat menampung muatan air yang berlebihan mungkin sekali membawa kepada banjir kilat. Pengalaman warga Kuala Lumpur kini sudah melarat ke Kajang dan Rawang. Maknanya, penduduk bandar besar yang lain juga perlu membuat persediaan yang perlu jika hujan turun mencurah-curah dalam tempoh yang panjang.

Suhu lembap dan dingin juga mungkin mendatangkan risiko kepada orang ramai yang tidak memiliki sistem daya tahan badan untuk menghadapi serangan bakteria dan virus tertentu. Peruntukan wang untuk urusan rawatan tidak dapat dielakkan. Keluarga yang berada mungkin boleh menggunakan kad kesihatan insurans dan takaful untuk rawatan pakar, manakala golongan kurang berada harus bergantung kepada pengamal perubatan am untuk pesakit luar di hospital dan klinik awam.

Hanya jika seseorang pesakit ditahan untuk rawatan lanjut di wad, baharulah mereka diletakkan di bawah pengawasan pakar dari segi preskripsi ubat-ubatan dan keputusan untuk kebenaran keluar dari hospital. Urusan harian masih dilakukan oleh doktor am dan jururawat. Petugas hospital mengalami kesibukan berganda dan tekanan kerja justeru terpaksa melayan pelbagai kerenah pesakit dan keluarga mereka.

Jalan raya pula menjadi licin dan di sana sini terbentuk lopak serta takungan air yang boleh mengakibatkan tayar kenderaan gagal mencecah permukaan jalan. Jarak pemandangan di jalan raya juga menjadi terhad, manakala pantulan cahaya daripada lampu kenderaan arah bertentangan boleh mengganggu tumpuan pemanduan. Kenderaan yang tidak disenggara dengan baik mungkin mengakibatkan sistem pendingin hawa dan bilah pengelap cermin tidak mampu menghalang pembentukan kabus yang memburukkan kawalan pemanduan.

Femomena cuaca basah dan lembap juga berpotensi menjejaskan bekalan tenaga elektrik. Andai kata berlaku air bah berhampiran kawasan pencawang atau talian voltan tinggi, arus air yang terbentuk mungkin sekali mengandungi cas elektrik yang mendatangkan risiko renjatan. Maka, bekalan elektrik mungkin terpaksa diputuskan buat sementara sehingga segala bahaya berjaya dialihkan.

Langkah berjaga-jaga ketika cuaca basah, lembap dan gelap tidak bermakna bahawa kita terperangkap dengan fikiran negatif dan pesimis, sebaliknya sebagai ikhtiar untuk menghindari bahaya. Banyak sekali bacaan doa yang disyorkan supaya pergantungan insan secara mutlak semata-mata kepada Yang Maha Esa. Mudah-mudahan kita bisa menitip hikmah yang tersembunyi ...

No comments: