Namun, bantahan pasti datang daripada industri berasaskan plastik yang mendakwa mereka telah menghasilkan keluaran yang bebas toksik, serta mesra alam sekitar. Penyelidikan kimia polimer juga mungkin menjadi sandaran, justeru bahan plastik bermutu tinggi lebih mudah dikitar semula dan tidak memudaratkan kesihatan. Kebimbangan tentang pengangguran dalam kalangan pekerja industri plastik juga dibangkitkan.
Di Australia, kempen mengurangkan penggunaan beg plastik disambut baik oleh masyarakat dan industri. Dalam tempoh lima tahun (200 - 2007) penggunaan beg plastik berjaya dikurangkan daripada enam juta unit kepada 3.9 juta unit (klik di sini). Sepetimana yang disebut oleh Alvin Toffler lewat karya beliau, Future Shock, masyarakat pascamoden menjurus kepada kecenderungan serba membuang (disposable society).
Pengharaman beg plastik di California diwartakan menerusi proses undang-undang menerusi penguatkuasaan tertentu. Dengan pengecualian terhadap pembelian daging, buah-buahan dan sayuran, pengharaman berperingkat itu wajib dipatuhi sepenuhnya pada tahun 2016. Denda sehingga USD5,000 (RM16,264.47) akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar.
Pakar kaji iklim bandar dari UKM, Profesor Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad menyokong supaya Malaysia mula mengambil langkah mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengancam ekosistem dan kehidupan ekologi tertentu. Bahan plastik yang dibakar pula akan membebaskan gas beracun yang sagat berbahaya. Walaupun demikian, Profesor Dr. Hanafi Ismail, dekan fakulti kejuruteraan bahan dan mineral USM berpendapat sudah ada teknologi terkini yang membolehkan plasik terurai secara semula menerusi campuran polimer tulen seperti kanji dan protien.
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment