Dengan memiliki bangunan sendiri, anggota pasukan pengakap dengan sendirinya perlu mempelajari hal-ehwal pengurusan lojistik. Kebersihan kawasan, susun atur gajet dan peralatan, serta aktiviti yang dirancang mesti diberi perhatian yang berterusan. Anggota pasukan yang dijadualkan bertugas harus akur dan mematuhi segala keputusan pasukan. Peraturan tetap penggunaan premis bangunan wajib dihormati.
Di samping rutin kawat kaki sebagai asas disiplin pasukan, aktiviti lain yang boleh dilaksanakan dalam kawasan wisma pengakap SMI termasuklah ikhtiar hidup dan perkhemahan dalaman. Dalam aktiviti mingguan Rabu (7 Ogos 2009), antara lain pasukan pengakap kelana telah bersama-sama mengaplikasikan kemahiran ikhtiar hidup bagi menghidupkan api dengan bahan dan peralatan daripada alam persekitaran, teknik memanggang ikan dan menyediakan pemanis mulut secara kreatif. Tunjuk cara dibuat oleh oleh guru pemimpin dan pengerusi pasukan.
Peralatan tersimpan kemas dalam bilik stor wisma pengakap SMI
Hormat Jalur Gemilang
No comments:
Post a Comment