SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, January 15, 2010

KEGIATAN KOKURIKULUM ST MICHAEL 2010 DISAMBUT BAHANG MENTARI (CO-CURRICULAR OF THE MICHAELIANS GET SET AND GO)

Ipoh, Sabtu: 16 Januari 2010 / 30 Muharam 1431

Seperti yang dijadualkan, aktiviti luar bilik darjah dimulakan secara rasmi di SMK St Michael, Ipoh (SMI) melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga 5. Pelajar prauniversiti tingkatan enam menjalani aktiviti berkenaan pada setiap petang Rabu. Setiap murid dan pelajar dikehendaki mencukupkan 18 jam kredit kegiatan kokurikulum dalam setahun.

Walaupun telah menjadi tradisi di SMI bahawa murid mampu berdikari dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum, kehadiran guru penasihat dapat memastikan bahawa keselamatan dan keakuran terhadap garis panduan kokurikulum dipatuhi. Selain itu, guru dapat mengesan bakat dan potensi murid yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Sesuai dengan konsep aksesibiliti dan ekuiti dalam pendidikan, peluang penyertaan murid untuk menggilap daya imaginasi dan kepimpinan dibuka kepada semua murid.

Aktiviti bermula seawal pukul 7.30 pagi. Setengah jam kemudian, sang suria muncul bersama-sama bahang kepanasan, lalu menebarkan bayang-bayang umpama lukisan yang artistik. Teori sains mengatakan bahawa sinaran cahaya sebelah pagi kaya dengan vitamin D. Maka, guru dan murid sanggup menahan terik sang mentari sekitar 32 darjah celcius.

SMI menawarkan 15 pasukan unit beruniform, 33 buah persatuan dan kelab, serta 22 jenis permainan. Semua murid dikehendaki mendaftar dalam ketiga-tiga jenis kegiatan. Kehadiran, penglibatan dan pencapaian dalam setiap kegiatan akan dicatat untuk pemarkahan purata kumulatif (CGPA) apabila menamatkan persekolahan. Markah kokurikulum diberi pemberatan atau wajaran tertentu untuk permohonan masuk ke IPTA dan kelayakan biasiswa.

Perubahan kriteria kemasukan ke IPTA dan syarat biasiswa mutakhir ini dianggap penting dalam merancakkan semula kegiatan kokurikulum, khususnya dalam kalangan murid bandar. Tarikan permainan video dan kafe siber yang kuat mengakibatkan minat terhadap kokurikulum menurun. Apatah lagi dengan sikap ibu bapa yang lebih mementingkan tuisyen anak mereka.

Tidak dinafikan bahawa ada ibu bapa yang sanggup berbelanja besar menghantar anak mereka menyertai kelab persendirian dalam sukan lumba basikal, memanah, menembak, renang dan ekuin hingga dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Namun, murid sedemikian masih perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah. Kehadiran mereka boleh membakar semangat rakan yang lain.


Pada tahun ini, peruntukan Kementerian Pelajaran dipotong hampir RM 10 bilion. Sebahagian besar aktiviti kokurikulum perlu ditanggung sendiri oleh pihak sekolah. Maka, elemen kreativiti dalam pengurusan kokurikulum mestilah diberi keutamaan supaya dengan sumber yang terhad, aktiviti kokurikulum tetap tidak terjejas... 

No comments: