SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, January 13, 2010

MEMUDAHKAN KERJA PENYELIDIKAN (HOW TO ENJOY YOUR RESEARCH WORKS)

Guru A: Tak sangka dah tua-tua ni kena buat penyelidikan. Ingatkan datang sekolah buat kerja
               macam biasa sahaja.

Guru B: Dah nasib badan. Dulu masa mintak jadi cikgu macam orang bercinta. Ke lautan api
              direnangi, ke puncak gunung yang tinggi akan didaki. Ke lurah dalam sanggup dituruni.

Guru A:  Yang itu ayat memancing. Kan teori mengatakan apabila jumlah upah tinggi, kita lebih
               mementingkan masa rehat. Kalau tak, bila duit yang bertapuk-tapuk tu nak
               diperabih?

Guru B:  Wah, falsafah nampak! Maklumlah, cikgu ekonomi. Tapi, aku rasa itu alasan je kan?
               Helah bela diri. Defence mechanism! Hehehe... jangan mare!

Guru A:  Habis, engkau tu relalah konon.

Guru B:  Belasah jer. Jika untuk kebaikan murid, aku sedia berkorban. Dapat pahala, tau!

Guru A:  Yalah tu. Aku pun hairan, orang atasan Kementerian banyak sangat idea. Yang tak 
               sedap, semua idea akhirnya dihalakan kepada kita.

Guru B:  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun nampak susah, jika kita
               pakat-pakat buat, tentu ada jalannya. Macam di Victoria, Australia. Kajian tindakan
               dibuat secara beramai-ramai walaupun berbentuk kajian individu.

Guru A:  Aku dah mula terpengaruh dengan kau. Dahsyat engkau, ya. Macam orang politik.

Guru B:  Tak de lah. Kita lakukan setakat yang terdaya. Banyak pihak boleh membantu kita.

Guru A:  Nasib baik aku mendengar cakap orang positif macam kau. Kalau tidak, aku masuk
               kumpulan seberang sana, kumpulan rutin.

Guru B:  Kumpulan rutin pun ada kelebihan mereka. Mungkin tugasan lain lebih sesuai.

Guru A:  Betul, kita sangka baik sahaja... 

(Nota: Perkataan berhuruf tebal telah dilemahkan dengan ejaan singkat, sinkof, atau bahasa
            basahan. Dalam tulisan rasmi, gunakan perkataan yang gramatis).

No comments: