SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, January 16, 2010

PENGGUNAAN ETIMOLOGI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA DAN KEMANUSIAAN (THE ETYMOLOGICAL APPROACH IN TEACHING)

"Mungkin hanya Tuhan yang tahu segalanya..."

Lirik lagu "Kaulah Segalanya" dendangan Ruth Sahanaya dari seberang pernah mengundang kontroversi. Timbul tuntutan supaya lagu berkenaan diharamkan terus. Alasan kumpulan yang menuntut ialah baris lirik permulaan lagu itu bercanggah dengan akidah.

Mereka berhujah bahawa perkataan mungkin tidak layak dinisbahkan dengan Tuhan. Namun, hingga ke hari ini lagu bertaraf malar hijau (evergreen) berkenaan masih ke udara di corong-corong radio dan skrin televisyen. Maksud asal penulis lirik mungkin bahawa rahsia yang disimpan hanya diketahui oleh Tuhan, selain dipendamkan sahaja oleh yang empunya diri.

Penulis blog (PB) tidak berhasrat memanjangkan perdebatan. PB hanya ingin menarik perhatian tentang berkuasanya kosa kata, perkataan, istilah, atau leksikon dalam mempengaruhi tindak-tanduk manusia yang menggunakannya, serta tindak balas pihak yang mendengar atau membacanya. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.

Dipendekkan cerita, PB ingin berkongsi pengalaman tentang pendedahan asal usul istilah (etimologi) bagi memudahkan pembelajaran. Contohnya perkataan agama berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu gabungan perkataan a yang bererti tidak, dan gama yang bererti kacau. Agama bermakna tidak kacau (tidak bercelaru).

"yang" dalam perkataan sembahyang bererti "tuhan". Atas sebab tertentu, perkataan solat kini digunakan secara lebih meluas. Mungkin untuk mengelakkan kekeliruan konotasi "tuhan" daripada sumber asal perkataan "yang".

Selanjutnya izinkan PB mengkhususkan perbincangan terhadap mata pelajaran ekonomi di bawah tajuk monopoli. Istilah berkenaan diambil daripada bahasa Inggeris, monopoly. Sepertimana "agama" dan "sembahyang", monopoli asalnya gabuangan dua perkataan.

Mono bererti satu, atau tunggal. Poli bererti banyak. Jika dicantumkan akan lebih sedap berbunyi satu dalam banyak.

Satu merujuk kepada firma. Banyak merujuk kepada pembeli. Ringkasnya, wujud firma tunggal dalam sebuah pasaran (pembeli) yang banyak.

Setelah pelajar dapat mengungkapkan semula aspek etimologi, guru beralih kepada soalan mengapa. Bunyi pertanyaan: Mengapa jadi begitu? Satu dalam banyak!

Kebiasaannya pelajar akan mengemukakan pelbagai pendapat, termasuk yang merepek. Guru harus bersabar sambil mengawal keadaan dengan membimbing pelajar menjurus kepada jawapan yang dikehendaki. Apabila terpacul sahaja perkataan yang dekat dengan sekatan, atau halangan, cepat-cepat kaitkan dengan sekatan monopoli terhadap firma berpotensi daripada memasuki pasaran.

Selanjutnya buat provokasi: tentu ada sebab monopoli berasa tidak selamat daripada kemungkinan muncul pesaing berpotensi. Kali ini juruskan proses sumbang saran atau soal tubi kepada perkataan kawalan. Firma monopoli hanya boleh mengawal salah satu sahaja: harga atau kuantiti (keluaran). Tidak boleh serentak kedua-duanya sekali.

Setelah berpuas hati bahawa pelajar dapat mengeksploitasi asal usul istilah monopoli, baharulah guru bergerak kepada konsep yang lebih tinggi, dan analisis menggunakan gambar rajah. Dalam bab-bab gambar rajah juga, guru mesti sentiasa mengingatkan pelajar tentang arah dan saiz perubahan. Pastikan pelajar peka tentang kedua-duanya.

Jika guru mendapati pelajar terbabas dengan konsep anjal misalnya, gunakan etimologi semula. Anjal itu macam melantunkan bola. Bola tidak anjal akan jatuh di tempat hentaman. Maknanya, tindak balas lemah. Kaitkan dengan perubahan harga yang banyak hanya mengakibatkan perubahan kuantiti yang sedikit.

Penggunaan etimologi sebenarnya bersekali dengan pendekatan kecerdasan pelbagai, akses kendiri dan kontekstual. Kepuasan akan terpancar di wajah pelajar setelah mereka berjaya merungkai sebab-musabab sesuatu istilah digunakan. Selamat mencuba...

No comments: