SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, March 1, 2010

GURU SMI DILANTIK PESURUHJAYA PENGAKAP KINTA (MR SHAHRUZZAMAN APPOINTED DISTRICT SCOUT COMMISIONER)

SMK St Michael, Ipoh (SMI) menerima satu lagi penghormatan menjelang perayaan 100 tahun penubuhan sekolah (2012) apabila Encik Shahruzzaman, seorang guru akademik tingkatan enam dilantik menerajui Pengakap daerah Kinta selaku pesuruhjaya yang baru. Beliau menggantikan Encik Mohd Ramli bin Baki, yang kini penyelia kokurikulum PPD Kinta Utara. Tidak syak lagi bahawa pelantikan Encik Shahruzzaman akan meningkatkan motivasi pasukan pengakap SMI, khususnya Pengakap Kelana tingkatan 6 seliaan beliau sendiri.
Encik Shahruzzaman telah berkecimpung dalam dunia pengakap sejak di bangku sekolah rendah, serta menyertai saf kepimpinan selama 24 tahun. Berbekalkan pengalaman luas itu, beliau telah ditauliahkan sebagai pesuruhjaya dalam satu majlis yang berlangsung Sabtu lalu. Watikah pelantikan disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara.
Majlis Pemimpin Pengakap Kinta 2009
Mantan Pesuruhjaya duduk di barisan hadapan tengah.

Dengan pelantikan itu,  secara automatis, Encik Sahruzzaman akan menganggotai Majlis Pesuruhjaya Pasukan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak. Hal itu bermakna skop penglibatan beliau akan lebih ketara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. SMI juga akan beroleh sumbangan kepimpinan dan kepakaran beliau untuk semua unit pakaian seragam.

Encik Shahruzzaman memiliki kelayakan ikhtisas perguruan opsyen Sejarah, di samping ijazah sarjana muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPM. Tanggungjawab besar beliau yang lain ialah sebagai Pengerusi Teknik Kokurikulum Kinta Utara, dengan tumpuan terhadap Unit  Kelab dan Persatuan. Beliau menyelaraskan semua program daerah, selain membuat pemantauan tentang pelaksanaan bidang kokurikulum berkenaan di sekolah-sekolah daerah Kinta Utara.

Walaupun sibuk dengan urusan kepimpinan, Encik Shahruzzaman tidak melupakan aspek kecergasan. Beliau menganggotai Kelab Kilas Tangkis dan turun bermain badminton di gelanggang MBI setiap petang Jumaat. Minat beliau yang lain ialah blog, boling dan memancing... 

2 comments:

Anonymous said...

Askm, Blog ini byk imfomasi dan mmberi byk faedah dabn berita terkini.Utk makluman semua, Tentang Cikgu shahruzaman itu,memang ia telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah Kinta pd tahun 201. Beliau menjawat jawatan tersebut HANYA SETAHUN SAHAJA. Mulai 2011,beliau bukan lagi pesuruhjaya. Psurhjaya yg baharu telahpon dijawat oleh org lain. sekian utk maklumat semua.

Anonymous said...

Beliau hanya menjawat jawatan pada tahun 2010 sahaja.