SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, March 28, 2010

MISTERI BUKIT BAUK (THE UNSEEN COMMUNITY)

Sebuah keluarga datang dari Johor untuk menziarahi sahabat lama yang sudah bertukar ke kampung halamannya di Dungun. Perjalanan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam, bergantung kepada keadaan perjalanan dan kekerapan berhenti rehat. Kira-kira pukul 12 tengah malam, keluarga berkenaan sudah menghampiri destinasi yang ditujui, iaitu kira-kira lima kilometer lagi.

Ketika itu mereka melewati Rimba Bukit Bauk yang telah mula dimajukan sebagai kawasan rekreasi. Tiba-tiba kelihatan kawasan terang-benderang di tepi jalan. Apabila dihampiri, rupa-rupanya terdapat sebuah restoran besar dan cantik dengan begitu ramai pelanggan sedang menjamu selera.

Perut pun sudah berkeroncong. Tuan rumah tidak elok disusahkan dengan penyediaan makanan pada waktu larut malam begitu. Akhirnya, mereka sepakat untuk menikmati hidangan di restoran di hadapan mata.

Setelah meletakkan kereta, mereka menuju ke sebuah meja yang baru sahaja dikosongkan. Seperti biasa makanan dipesan dan tanpa menunggu lama siap pula dihidangkan. Mereka makan dengan begitu berselera sekali.

Siapa sangka di tengah-tengah kawasan rimba dan di tengah-tengah malam yang hening itu terdapat sebuah restoran yang menyajikan hidangan yang demikian enak. Pelanggan lain tidak banyak berbual. Masing-masing menikmati makanan sepenuh hati dan tertib.

Melihat suasana itu, keluarga dari selatan semenanjung itu juga hanya memberi tumpuan terhadap makanan. Tiada perbualan atau usik-mengusik seperti lazimnya. Maklumlah untuk menghormati pelanggan yang lain. Kalau pun bertentang mata dan berpandang-pandangan secara tidak sengaja, hanya senyuman yang dilemparkan.

Hidangan enam orang  anak-beranak itu hanya dicaj RM30. Sungguh berbaloi dengan keenakan makanan dan variasi hidangan yang disediakan. Pendek kata, mereka sudah boleh tidur lena sebaik tiba di rumah sahabat lama ketua keluarga berkenaan sebentar lagi.

Tuan rumah dihubungi dengan makluman bahawa mereka sudah siap makan minum. Perkara yang diperlukan ialah ruang untuk melayan mata yang kian memberat. Tuan rumah mengiyakan sahaja kehendak tetamu.

Cerita tetamu dari Johor tentang restoran membuatkan tuan ruma berasa kaget. Sebagai orang tempatan, tidak pernah pula dia mengetahui tentang kewujudan mana-mana restoran di sepanjang jalan Bukit Bauk. Kalau ada pun hanya sebuah wakaf (tempat menunggu bas) dan sebuah surau yang sederhana.

Memandangkan tetamu beriya-iya mempertahankan kebenaran ceritanya, tuan rumah mendiamkan diri. Namun, perasaan curiga menyebabkan dia sukar melelapkan mata walaupun sepicing. Dia mahukan kepastian.

Usai sarapan pagi keesokan harinya, tuan rumah mengajak tetamunya ke lokasi restoran yang dinyatakan. Tiba di tempat yang dimaksudkan, giliran tetamu pula terdiam. Ke mana pula lenyapnya restoran tempat dia sekeluarga menikmati hidangan lazat tengah malam semalam?
Dia hanya mampu mengangkat bahu dan berpandangan dengan sahabatnya. Maka, dicadangkan supaya duit RM30 dicari semula. Dalam tempoh beberapa minit, sahaja duit yang tidak berusik itu ditemui di kawasan surau.

Si tetamu tergamam dan kelu. Siapa tuan punya restoran dan pelanggan yang dilihatnya tengah malam semalam? Apa pula makanan dan minuman yang sebenarnya dihidangkan?...

(seperti yang diceritakan oleh sahabat kepada tuan rumah)

10 comments:

William Yaw said...

is this true story?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Wallahu a'lam (God knows the truth).

The story based on hearsay (third party).

No further research being conducted to verify the data.

Cerita tentang alam ghaib dan masyarakat bunian sukar untuk dijelaskan, melainkan dialami sendiri...

William Yaw said...

I totally agree with you. Only God know and the person who experienced it knew what had happened but this kind of story can be real as I believe if someone who always do good things will be blessed with good things so for the opposite of it.

God Bless,
William

CIKGU AZHAR RODZI said...

the spiritual dimension and the transcendance experience closely related to what you just said...

in our daily life, we know the existance of the unseen electrical power, analog an digital wave, the wind, so on..

we feel, but we can't see

could anyone very pretty sure to answer a philosophical question such as "who are really you? show me the specific part of your physical being to be considered so..."

William Yaw said...

but there again, i knew some people who can see spirit and communicate with them. they are normal human but with those special power that were give by God. anyway this story is really interesting... good luck and all the best in the coming sport day and badminton events.

Anonymous said...

Salam Cg Azhar,

Saya pernah bertugas (mengajar) di Sek berdekatan kawasan tersebut (kira-kira 1km dgn tempat kejadian) dan kejadian seperti ini pernah berlaku. Saya tidak pasti samada versi berlainan atau tajuk berlainan. Saya anak jati Dungun, jd tak gerun dgn cerita seperti ini.Dikhabarkan seorang pensyarah Politeknik Dungun pun pernah terkena mainan orang buanian versi yang hampir sama dgn cerita Cg Azhar. Natijahnya Rimba Bukit Bauk penuh misteri, samada sebagai tempat ujian pertapaan ahli mistik atau pemburu harta karun!

Jimbi said...

Rumah sy kt bukit bauk hari2 ulang alik tiap2 malam pukul 3 pg.. Ok je

Jimbi said...

Rumah sy kt bukit bauk hari2 ulang alik tiap2 malam pukul 3 pg.. Ok je

Anonymous said...

Maaf bertanya, pernah berulang alik tak kul 3 pg melalui jalan lama yang berliku2 (sebelum ada jalan sekarang)?

Unknown said...

Org tempatan semua dh tahu.bnyk lagi kisah yg dilalui oleh pakcik dan kawan ayah saya.sebabtulah nama tempat tu dinamakan rimba 'bandar' bukit bauk.bandar bunian tu