SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, June 2, 2010

KEAJAIBAN PANJANG AKAL (THE SCOUT GADGET THAT MAKES SENSE)

Allah mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir bagi memakmurkan muka bumi dengan kebajikan. Hari ini umat manusia menikmati keselesaan dan kesenangan hasil sumbangan akal fikiran manusia kreatif yang tidak pernah kedekut untuk berkongsi magis yang ditemui sebagai anugerah kehidupan. Sumbangan generasi dahulu dipelajari dan diberi sentuhan penambahbaikan terkini supaya lebih ramai orang memiliki akses kepada keajaiban berkenaan.
Pasukan unit pakaian seragam seperti pengakap juga mengaplikasikan konsep panjang akal dari generasi ke  generasi. Mereka memanfaatkan sumber murah yang diperoleh daripada persekitaran bagi mereka bentuk gajet yang sungguh menakjubkan. Gabungan unit kayu dengan tali dieksploitasi hingga terdirilah menara yang kukuh.
Budak pengakap SMK St Michael, Ipoh (SMI) telah mula membina menara kayu sempena perkhemahan dalaman yang dijangka bermula Sabtu ini, iaitu hari pertama cuti pertengahan tahun. Di samping mengaplikasikan konsep perancangan, kemunculan gajet menara di kawasan tapak perhimpunan mingguan merupakan promosi kegiatan pengakap yang diuar-uarkan tanpa memerlukan publisiti konservatif seperti pengumuman dan sepanduk. Warga SMI, serta pelawat luar pasti mengkagumi komitmen budak pengakap SMI.
Sebagai pasukan yang banyak memenangi anugerah peringkat daerah dan negeri, budak pengakap SMI sentiasa mahu membuktikan bahawa aktiviti kokurikulum tetap diberi perhatian serius sebagai pelengkap kepada kecemerlangan kurikulum, disiplin dan sahsiah. Pasukan unit seragam yang lain pula mempunyai sumbangan cara mereka sendiri. Sama ada secara terang-terangan, atau secara tertutup, semua akvititi pasukan pakaian seragam yang akur kepada garis panduan pihak berkuasa pendidikan menjurus kepada peningkatan nilai modal insan, selain menerapkan amalan mulia, kebajikan dan perkhidmatan...

No comments: