SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Sunday, June 6, 2010

TUGASAN CUTI (HOLIDAY ASSIGNMENT)

Sepatutnya cuti ialah masa rehat bagi melepaskan lelah rutin harian persekolahan, sambil melakukan aktiviti yang bersifat kekeluargaan dan kemasyarakatan. Mungkin ada murid yang mengambil peluang cuti untuk mengganti masa tidur, atau "membalas dendam" dengan menonton televisyen semahu-mahunya. Ada juga yang harus akur untuk menemani ibu bapa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, atau menziarahi saudara mara jauh dan dekat.

Bagi murid yang datang daripada keluarga yang berkemampuan untuk melancong, mereka mungkin berpeluang terbang ke destinasi pelancongan ternama dunia. Beg sekolah dan buku diletak ke tepi seketika. Kalau ada tugasan pun masih sempat disiapkan dua tiga hari sebelum tanggal 21 Jun menjelma. 

Namun, kesempatan yang sama tidak dinikmati oleh murid yang bakal menghadapi peperiksaan awam, dan juga jika ibu bapa murid terlalu obses untuk menghantar anak mereka menyertai pelbagai kem dan seminar anjuran pihak perunding swasta. Ibu bapa yang bekerja pula mungkin khuatir akan keselamatan anak mereka di rumah, lalu memasukkan anak mereka mengikuti program intensif sama ada berbentuk kemahiran belajar atau jati diri. Akhirnya, nikmat cuti telah dirampas begitu sahaja.

Atas permintaan ibu bapa, pihak sekolah harus membekalkan tugasan cuti kepada semua murid. Jika semua sembilan mata pelajaran mesti dibuat, maka konsep cuti telah berubah menjadi hari-hari yang lebih sibuk. Mungkin bagi sebahagian murid, mereka tidak kisah. Sebahagian lagi pula akan bersungut dan berasa terseksa.

Jalan tengah bagi menangani dilema cuti ialah kebijaksanaan. Murid yang cekap akan dapat menikmati cuti dan menyiapkan segala tugasan secara serentak. Murid sebegini berpegang kepada konsep bahawa tiada sehari pun yang dibenarkan berlalu tanpa berlakunya peningkatan ilmu. Saidina Ali (karamallahu wajhah) pernah mengungkapkan (maksudnya), hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini!

Kepada murid tingkatan 4 yang bakal menjalani ujian lisan berasaskan sekolah (ULBS), persediaan masa cuti akan membantu mereka mencatat pencapaian terbaik. Giliran ULBS, sama ada berasaskan ketetapan guru, atau melalui proses undian, hendaklah dipatuhi. Kebiasaannya, bidang liputan ULBS boleh merangkumi kemahiran mengupas isu-isu semasa dan umum, di samping kebolehan menyampaikan semula analisis bacaan bahan komsas, dan juga umum.

Contoh udian giliran dan tajuk untuk kelas 4S5:

1   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 7: Kerenah Laili (muka surat 70 - 80);

2   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 8: Tertanya-tanya (muka surat 81 - 92);

3   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 9: Ekran  (muka surat 93 - 103);

4   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 10: Meluah Rasa (muka surat 104 - 113);

5   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 11: Bukan Dirancang (muka surat 114 - 125);

6   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 12: Melulu  (muka surat 126 - 137);

7   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 13: Hadiah Bererti (muka surat 138 - 149);

8   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 14: Misteri yang Tersimpan (muka surat 150 - 159);

9   Kajian Novel Azfa Hanani, bab 15: Kunjungan Mengejut (muka surat 160 - 171);

10  Kajian Novel Azfa Hanani, bab 16: Hari Sumbangsih (muka surat 172 - 182);

11  Kajian Novel Azfa Hanani, bab 17: Terusir (muka surat 183 - 192);

12  Kajian Novel Azfa Hanani, bab 18:  Hakikat (muka surat 193 - 204); dan  

13  Kajian Novel Azfa Hanani, bab 19 : Segala-galanya Berakhir (muka surat 205 - 213).

(Komponen persediaan kajian novel: 4 peristiwa menarik, watak dan perwatakan, latar 
 masyarakat, latar masa, latar tempat, nilai, persoalan, pengajaran)

14  Kajian Cerpen "Israk"  (antologi Harga Remaja: 131 - 142);

15  Kajian Cerpen "Pemain Catur"  (antologi Harga Remaja: 143 - 152);

16  Kajian Cerpen "Mellisa"  (antologi Harga Remaja: 153 - 172);

17  Kajian Cerpen "Biarkan Samudera"  (antologi Harga Remaja: 173 - 182);

(Komponen persediaan cerpen: sinopsis, watak dan perwatakan, nilai, persoalan);

18   Kajian Prosa Klasik: Merah Silu (antologi Harga Remaja: 51 - 54);

19   Kajian Prosa Klasik: Merah Silu (antologi Harga Remaja: 55 - 58);

20   Kajian Prosa Klasik: Hikayat Indera Nata (antologi Harga Remaja: 59 - 63);

21   Kajian Prosa Klasik: Hikayat Indera Nata (antologi Harga Remaja: 64 - 68);

22   Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 1 (antologi Harga Remaja: 69 - 76);

23   Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 2 (antologi Harga Remaja: 76 - 80);

24   Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 3 (antologi Harga Remaja: 80 - 84);

25   Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 4 (antologi Harga Remaja: 84 - 89);

26   Kajian Prosa Klasik: Hikayat Khoja Maimun Bab 1 (antologi Harga Remaja: 89 - 94);

(Komponen persediaan prosa klasik: 4 rangkai kata sukar, 3 peristiwa penting, 2 soalan
 kbkk yang mungkin ditanya)

27   Kajian Puisi Moden:  Mengintai Ruang Insaf (antologi Harga Remaja: 20);

28  Kajian Puisi Moden:  Mahsuri (antologi Harga Remaja: 21 - 22);

29  Kajian Puisi Moden:  Adat Sezaman (antologi Harga Remaja: 23);

30  Kajian Puisi Moden:  Tiba Waktunya (antologi Harga Remaja: 24 - 25);

(Komponen persediaan puisi moden: mesej yang hendak disampaikan, kaitan dengan 
  keadaan sebenar, nilai murni)

31  Kajian Puisi Tradisional:  Gurindam 12 Fasal yang Keenam (antologi Harga Remaja: 11);

32  Kajian Puisi Tradisional:  Seloka Emak Si Randang (antologi Harga Remaja: 12);

33  Kajian Puisi Tradisional:  Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
       (antologi Harga Remaja: 6);

34  Kajian Puisi Tradisional:  Syair Definisi Orang Berakal (antologi Harga Remaja: 7 - 8);

35  Kajian Puisi Tradisional:  Syair Siti Sianah (antologi Harga Remaja: 9 - 10).

(Komponen persediaan puisi tradisional: mesej yang hendak disampaikan, kaitan  
  dengan tingkah laku manusia, pengajaran)

Selamat bercuti dan jumpa lagi...

2 comments:

Anonymous said...

buat dalam bentuk power point atau dalam kertas majhong?

CIKGU AZHAR RODZI said...

Kalau boleh kedua-duanya. Lebih elok kalau disediakan juga nota edaran ringkas untuk rujukan kelas.