SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, June 11, 2010

MEMPERKASA INSTITUSI ZAKAT (CARING THE HAVE-NOTS)

Ipoh, Jumaat: 11 Jun 2010 / 28 Jamadil Akhir 2010

"Semasa berkunjung ke negara China saya tidak melihat seekor anjing pun berkeliaran di kawasan bandar. 
 Saya juga tidak menemui seorang pun pengemis jalanan. Kemungkinan besar itu kejayaan sistem"

Demikian antara ucapan Dato' Mohd Noor Mansor al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak selaku ahli panel forum zakat di Masjid Solatiah selepas Maghrib sebentar tadi. Fokus ucapan beliau ialah supaya umat Islam mengetepikan perasaan terlalu mementingkan diri sendiri sahaja, sebaliknya berfikir dalam kerangka kekuatan umah. Jika tidak, mereka sekadar menjadi pendusta agama (yang panjang angan-angan, rujuk surah al-Ma'un).

Berkenaan pengutip derma yang kelihatan semakin banyak di kawasan tumpuan awam seperti bank dan pasar malam, Dato' Mohd Noor menegaskan bahawa majoriti mereka adalah tulen. Kalau ada pun yang menyeleweng, bilangannya sangat kecil. Keadaan itu berlaku justeru dana dan tabung khusus untuk tujuan infaq seperti pembinaan masjid dan sekolah rakyat, khususnya bagi masyarakat Kemboja, Khasmir dan Pattani tidak ada.

bersambung...

No comments: