SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, April 1, 2011

SAJAK "HARI AKHIR PERSEKOLAHAN" KOMSAS TINGKATAN 1 (THE WAY OF EXPRESSING GOODBYE)

Pendahuluan


Sajak ringkas dengan hanya 32 patah perkataan dan 12 baris ini ditulis oleh Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib termuat pada muka surat 21 antologi Kasut Kelopak Jantung. Tema sajak ialah jati diri murid untuk mencintai buku dan menghargai ilmu (pengenalan sajak, muka surat 18). Walaupun ringkas, penggunaan metafora dan perlambangan memerlukan murid berfikir sejenak tentang maksud sebenar bait-bait sajak.

Perbincangan

          Ada suara hati
          yang tersisip
          di celah buku-buku
          ada mata batin
          yang mengintip
          pesan para guru
          ada air jernih
          yang tumpah
          dalam dakapan perpisahan
          ada tangan nakal
          yang mengukir;
          merdeka, kita ke takah dewasa!

Jika diperhatikan ada empat bahagian sajak yang ketara, yang dimulai dengan perkataan ada:

          1   Ada suara hati

          2   ada mata batin

          3   ada air jernih

          4   ada tangan nakal

"Ada suara hati yang tersisip di celah buku-buku" bermakna bahawa di sebalik buku yang tersusun, terselit keinginan dan minat yang tinggi untuk membaca, serta menerokai ilmu.

"Ada mata batin yang mengintip pesan para guru bermakna di sebalik tingkah laku luaran murid yang bermacam-macam tingkah laku itu, mereka secara tidak sedar menitip nasihat dan pesanan yang disampaikan oleh guru. Dalam ilmu pendidikan, proses itu dinamai "kurikulum tersembunyi". Seringkali murid mempelajari perkara yang tidak disebut oleh guru, kerana kajian mendapati sebahagian besar komunikasi berlaku secara bukan lisan (non-verbal).

"Ada air jernih yang tumpah dalam dakapan perpisahan" bermakna air mata yang bergenangan atau menitis kerana sebak menghadapi detik perpisahan pada hari akhir persekolahan.

"Ada tangan nakal yang mengukir; merdeka, kita ke takah dewasa", iaitu terdapat murid yang meluahkan perasaan gembira kerana telah bebas daripada imej budak sekolah, dan sudah bersedia ke alam orang muda.

Persoalan

1   Kecintaan terhadap pembacaan buku

2   Menghargai nasihat dan pesanan guru

3   Kesedihan menghadapi detik perpisahan / keakraban (kasih sayang) dalam persahbatan

4   Persediaan ke alam dewasa

Nilai

1   Kerajinan / ketekunan / kesungguhan

2   Kepatuhan / ketaatan / hormat-menghormati

3   Kasih sayang

4   Berterus terang 

Pengajaran

1   Kita hendaklah rajin membaca buku

2   Kita hendaklah mematuhi / mentaati / menghormati guru

3   Kita hendaklah menghargai jalinan persahabatan

4   Kita hendaklah bersederhana dalam berterus terang

1 comment:

Cikgu Kalsom said...

saya mohon share bahan ye cikgu. tq