SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, February 11, 2012

KELAHIRAN KEMBAR 6 MENAKJUBKAN (THE AMAZING MOTHER)


Pasangan rumah tangga yang normal akan berdebar-debar menunggu kelahiran bayi sulung mereka. Dalam sejarah manusia, dianggarkan terdapat 30 peratus pasangan bakal berhadapan dengan masalah mendapat zuriat kerana faktor genetik, kesihatan dan ketiadaan rezeki untuk mereka. Sebahagian kes kemandulan dapat diatasi, manakala sebahagian yang lain harus akur akan hakikat bahawa mereka belum dikurniakan nikmat memiliki cahaya mata sendiri.

Antara masalah biasa yang dihadapi ialah mutu benih suami dan isteri yang rendah. Dalam 10 milimeter padu air mani yang normal, dianggarkan terdapat antara 60 - 280 juta sperma yang akan berjuang untuk terpilih sebagai cantuman telur dalam ovari. Jika bilangan sperma kurang daripada 60 juta, kemungkinan besar bahawa peluang kehamilan menjadi tipis.

Di pihak isteri pula, masalah yang biasa seperti lebihan asid dalam perut boleh menghalang perjalanan sperma untuk bercantum dengan telur. Bahkan asid bersifat pembunuh kepada semua sperma. Maka, rejim rawatan dan dos ubatan tertentu akan diberikan oleh pakar perbidanan dan sakit puan.

Dengan kemajuan perubatan moden, terdapat pilihan teknologi untuk proses kehamilan walaupun bilangan sperma sangat sedikit. Misalnya, kaedah IUI dilakukan dengan mengambil sperma yang telah dibersihkan (sperm wash), lalu dimasukkan terus ke dalam rahim tanpa melalui saluran falopian. Jika serasi dan ada rezeki, kehamilan bakal berlaku dengan segera.

Peluang kehamilan menerusi kaedah IUI dikatakan sangat tinggi, hingga mencapai tahap peluang kehamilan melebihi 90 peratus. Sudah tentu pasangan yang memilih kaedah IUI akan menjalani beberapa siri ujian bagi memastikan kesesuaian. Jika didapati sebaliknya, pakar akan mencadangkan kaedah lain seperti IVF atau bayi tabung uji yang memiliki peluang kehamilan antara 10 hingga 30 peratus.


Dalam kes yang sangat ekstrem, sperma boleh diambil daripada tisu bahagian tubuh lelaki yang dikenal pasti. Namun, teknologi berkenaan sangat mahal dan kepakaran berkenaan hanya terdapat di beberapa buah negara. Ketiadaan atau kelewatan memperoleh zuriat sendiri ialah ujian yang sangat berat kepada pasangan suami isteri yang menghadapi tekanan emosi dan cercaan sosial.


Kaedah teknologi IUI dan IVF bagaimanapun boleh mendatangkan keajaiban yang lain. Peluang kehamilan kembar akan menjadi makin tinggi, dengan rekod maksimum kembar lapan. Maka, kisah penantian 10 tahun pasangan suami isteri menjadi berbaloi apabila dikurniakan beberapa orang anak secara sekali gus!


Berlainan pula hal dengan kisah pasangan Boboi dan Putih yang menerima kelahiran kembar enam sekali gus. Tanpa tanda pecah ketuban atau kesakitan yang ketara, Putih melahirkan enam anak tanpa bantuan bidan dan doktor. Semua bayi selamat dilahirkan dengan sifat yang sempurna.
Boboi dan Putih sebenarnya ialah sepasang arnab peliharaan rumah. Tempoh kehamilan Putih ialah sebulan dan jika dibiarkan, Putih boleh hamil semula dalam tempoh beberapa jam sahaja. Maka, tidak hairanlah bahawa arnab disebut sebagai baka haiwan biak...

No comments: