SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 8, 2012

'PERPISAHAN SEMENTARA" BAB 7 NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUKMU (THE SMART NANNY)

Pengarang novel;  Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 44 - 50

Watak utama:  "aku" (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / Tini / murid tingkatan 3
Watak pembantu:  Satiah / saudara angkat Tini / rakan sekelas Tini / murid orang Asli
                          :  nenek Tini / "Kak Nah" (seperti yang disapa oleh Mak Leha)
                          :  Mak Leha / kawan nenek Tini / usia sebaya nenek Tini

Latar tempat:  rumah Tini (ketika Tini pamit dengan Satiah)
                   :  rumah nenek (di Pontian, Johor)
                   :  perhentian teksi di bandar Pontian (perbualan antara nenek Tini dengan Mak Leha)

Latar masa:  musim cuti sekolah

Ringkasan bab

Peperiksaan PMR selesai dan Satiah berjaya hadir sepenuhnya. Satiah masih menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan dirinya. Tini mengisi cuti dua bulan untuk belajar komputer di Pontian, berdekatan rumah neneknya. Satiah pula harus menjalani rawatan dukun sebagaimana kehendak Pak Morit. Tini meminta Satiah sering menjenguk mama dan menjaga bilik mereka bersama. Perpisahan diiringi dengan linangan air mata.

Lamunan Tini terhenti apabila ditegur oleh nenek. Tini memberi alasan mam kesunyian tanpa dia dan Satiah. Nenek berjanji untuk menghantar Tini pulang lebih awal walaupun dia sendiri sunyi kerana anak bongsunya (Mak Usu, panggilan Tini) dihantar ke rumah Pak Long di Ipoh bagi menghalang pergaulan bebasnya dengan budak penagih dadah dan samseng hingga pernah ditangkap oleh polis. Nenek tidak pernah berhenti berdoa agar Mak Usu berubah sikap. Nenek sempat memuji papa dan mama sebagai anak dan menantu yang baik.

Ketika di hentian teksi setelah selesai mendaftar di kelas komputer, nenek terserempak dengan Mak Leha. Mulanya Mak Leha ketawa kerana menyangka nenek hendak belajar komputer, tetapi kemudian muram apabila bercerita tentang anaknya yang terbabit dengan ketagihan dadah. Dia sudah serik untuk menjamin anaknya, sebaliknya bersetuju supaya anaknya itu dihantar ke pusat serenti sahaja. Mereka berkongsi pengalaman pahit tentang kerenah anak masing-masing yang tidak tahu mengenang budi, tetapi sanggup bikin malu keluarga. Tini berasa kesal seolah-olah dia juga ikut bertanggungjawab.

Nenek bercerita bahawa remaja zamannya membesar dalam suasana susah. Maka. tiada masa untuk mereka berfoya-foya, sebaliknya harus belajar sambil membantu ibu bapa. Nenek kesal dengan sikap remaja sekarang yang lebih mementingkan cakap kawan dan sering menyalahkan ibu bapa sendiri apabila berlaku perkara buruk. Kini, Tini faham kekecewaan Pak Morit. 

Hari dan minggu berlalu. Tini agak hampa kerana dia hanya menerima dua pucuk surat yang begitu ringkas daripada Satiah, tetapi dia harus bersabar. Pengetahuan sedia ada Tini tentang komputer membolehkan dia menamatkan kursus komputer lebih awal. Tini sudah boleh mengendalikan komputer tanpa mengharapkan bantuan, selain teruja untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan...

Perwatakan:  rajin / bersungguh-sungguh (Tini)
                  :  tegas (nenek Tini)
                  :  penyayang / peka / prihatin (nenek Tini)
                  :  mesra / ramah (nenek Tini, Mak Leha) 

 Latar masyarakat:  masyarakat warga emas (nenek Tini, Mak leha)
                           :  masyarakat remaja (tini, Mak Usu, anak Mak Leha)
                           :  masyarakat yang rajin / bersungguh-sungguh
                           :  masyarakat yang tegas
                           :  masyarakat yang penyayang / peka / prihatin
                           :  masyarakat yang mudah mesra / ramah

Nilai murni:  kerajinan / kesungguhan, ketegasan, kasih sayang / kepekaan / keprihatinan, kemesraan / keramahan

Persoalan:  kerajinan / kesungguhan dalam pembelajaran
               :  ketegasan dalam membuat keputusan / mengambil tindakan
               :  kasih sayang / kepekaan / keprihatinan terhadap sesama keluarga
               :  kemesraan / keramahan dalam komunikasi

Pengajaran:  kita hendaklah rajin / bersungguh-sungguh dalam pembelajaran
                :  kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan / mengambil tindakan
                :  kita hendaklah mengasihi / meyayangi / peka / prihatian terhadap sesama keluarga
                :  kita hendaklah mesra / ramah dalam komunikasi

kbkk:  kemahiran keibubapaan (dalam pendidikan generasi Y)
        :  jurang generasi (perbezaan cara berfikir / pengalaman generasi lama - baharu)
        :  rakan sebaya yang berkesan
        :  cara membalas budi ibu bapa
        :  kesan buruk ketagihan dadah       

No comments: