SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, February 10, 2012

"MENCARI NAFAS BAHARU" CERPEN KOMSAS TINGKATAN 3 (A DEDICATED TEACHER)

Genre sastera:  prosa moden / cerita pendek
Penulis:  Ayusari MJ
Sumber ambilan:  Antologi Harga Remaja, muka surat 102 - 106

Watak utama:  Ana / Cikgu Ana / guru SMK Kampung Chat, Hulu Pahang / siswazah universiti tempatan
Watak pembantu:  Milah (murid tingkatan 3 / anak sulung / tinggal di kampung Lenjun / pesakit leukimia imfoblastik)
                           :  emak Milah / pekedai runcit
                           :  Dr. Izah  / pegawai perubatan Hospital Daerah Kuala Lipis

Teknik penceritaan:  Imbas kembali

Tema:  Dedikasi / kecekalan / kegigihan seorang guru / pendidik

Latar tempat: Kampung Chat, Hulu Pahang
                   :  Sungai Kuah
                   :  Kampung Lenjun / tempat tinggal keluarga Milah
                   :  Hospital Daerah Kuala Lipis
                   :  utara Semenanjung / tempat lahir Cikgu Ana

Latar masa:  7.00 pagi (Cikgu Ana mengadakan kelas tambahan / ketika berbual dengan Milah)
                 :  hujung minggu (Cikgu Ana ke Kampung Lenjun, rumah Milah)
                 :  petang (Cikgu Ana menumpang bot muridnya untuk menjenguk Milah yang 3 hari tidak hadir)
                 :  hari Jumaat (Cikgu Ana bergegas ke hospital untuk melawat Milah)
                 :  tempoh rawatan kemoterapi Milah selama 6 minggu
                 :  9.45 pagi (Milah menghembus nafas terakhir)

Sinopsis cerpen

Walaupun kenangan bersama Milah dan Kampung Chat masih melekat dalam fikiran Cikgu Ana, dia tidak mahu kenangan itu menyebabkan perasaannya menjadi lemah. Maka, dia mengambil keputusan memohon bertukar ke kampung halamannya dan telah diluluskan. Walaupun telah meninggalkan Kampung Chat, kenangan Ana masih di sana dan dia berharap agar tugasnya diteruskan oleh guru yang lain pula.

Ana sudah jatuh hati dengan Kampung Chat sejak melaksanakan penyelidikan sastera rakyat, dan hasrat untuk bertugas di situ termakbul. Ana ialah guru tingkatan Milah. Walaupun agak pendiam, Milah memiliki daya tarikan tersendiri sebagai murid yang lincah. Setiap hujung minggu, Cikgu Ana akan ke rumah Milah menaiki bot bersama Milah. Cikgu Ana bahagia dapat membantu ibu Milah berniaga runcit. Cikgu Ana membantu murid tidak kira masa dan mengalu-alukan murid belajar di rumah guru yang dihuninya. Pencapaian akademik dan kokurikulum SMK Kampung Chat mula menunjukkan peningkatan.

Apabila 3 hari berturut-turut Milah tidak hadir ke sekolah, Cikgu Ana segera menumpang bot untuk menjenguk Milah yang dikatakan demam. Milah pucat lesi, lesu dan gusinya sering berdarah, manakal lengannya lebam. Rawatan kampung tidak berkesan, lalu ayah Milah bersetuju ke hospital. Dr. Izah mengesahkan Milah menghidap leukimia. Pelbagai ujian dan suntikan dilakukan bagi memastikan tahap penyakit, terutama jika melarat ke sistem urat saraf dan otak. Cikgu Ana tahu bahawa ayah Milah menderita walaupun pada zahirnya nampak tenang, manakala ibu Milah harus berada di rumah.

Rawatan kemoterapi selama 6 minggu gagal memulihkan Milah. Pilihan yang ada bagi menyelamatkan Milah daripada serangan barah darah itu ialah pemindahan tulang sum-sum. Kebetulan tulang sum-sum Cikgu Anan sesuai, tetapi takdir menentukan bahawa hal itu tidak sempat dilakukan. Walaupun terkilan,Cikgu Ana tetap pasrah (berserah / reda) dengan ketentuan Ilahi yang sudah pasti ada hikmah (blessing in disguise) di sebaliknya. Ana meninggalkan Kampung Chat dengan sayu dengan diiringi oleh laungan azan oleh tuan imam.

Perwatakan:  cekal / gigih / dedikasi / bersungguh-sungguh
                  :  mesra / ramah
                  :  ambil berat / peka / prihatin
                  :  pasrah / berserah / reda

Latar masyarakat:  masyarakat di kawasan pedalaman
                          :  masyarakat warga sekolah / masyarakat murid sekolah / masyarakat guru sekolah
                          :  masyarakat yang cekal / gigih / dedikasi / bersungguh-sungguh
                          :  masyarakat yang mesra / ramah
                          :  masyarakat yang ambil berat / peka / prihatin
                          :  masyarakat yang pasrah / berserah / reda dengan ketentuan Ilahi

Nilai murni:  kecekalan / kegigihan / kesungguhan, kemesraan / keramahan, kepekaan / keprihatinan / kepasrahan

Persoalan:   kecekalan / kegigihan / kesungguhan dalam menjalankan tugas / dalam pembelajaran
               :   kemesraan / keramahan dalam komunikasi
               :   kepekaan / keprihatinan terhadap nasib orang lain
               :  kepasrahan / keredaan terhadap ketentuan Ilahi

Pengajaran:  kita hendaklah cekal / gigih / bersungguh-sungguh / berdedikasi dalam menjalankan tugas / pembelajaran
                 :  kita hendaklah mesra / ramah dalam komunikasi / pergaulan
                 :  kita hendaklah peka / prihatin terhadap nasib orang lain
                 :  kita hendaklah pasrah / berserah / reda terhadap ketentuan Ilahi

kbkk:  kemudahan rawatan di kawasan pedalaman
        :  pengorbanan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman
        :  pergantungan kepada perubatan tradisional

3 comments:

Anonymous said...

tq for this information it is very help full but can u gv me and example of the pembentangan for watak perwatakan TQ

Anonymous said...

tq for this information it is very help full but can u gv me and example of the pembentangan for watak perwatakan TQ

Anonymous said...

Citer Cerpen yg sedih paling Sedih pernah aku bace ... Haaah, sedihnye ..