SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, February 9, 2012

SISTEM MODULAR PRAUNIVERSITI STPM BERMULA (SEMESTER SYSTEM FOR LOWER SIX)

Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memuat naik sukatan pelajaran dan contoh kertas soalan peperiksaan untuk sistem modular yang akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada. Perincian secara rasmi akan diterima oleh pihak sekolah pada bulan Mac, iaitu hampir serentak dengan pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2011. Jika menjadi kenyataan, kohort pelajar tingkatan 6 Atas sekarang ialah kumpulan terakhir yang menggunakan sistem lama.

Antara perubahan yang utama ialah sistem semester yang membabitkan jam kredit kuliah dan komponen pentaksiran. Sebagai contoh, pelajar akan mengikuti kuliah sesuatu kursus selama 14 minggu dan diikuti dengan peperiksaan secara berpusat, iaitu kertas soalan disediakan oleh MPM. Namun, markah peperiksaan berpusat dijangka bernilai 70 - 80 peratus kerana baki markah seterusnya dikira berdasarkan kerja kursus yang akan dinilai di peringkat sekolah.

Keistimewaan sistem modular ialah semua pelajar akan dibantu dan dibimbing supaya mencapai markah terbaik bagi tugasan berasaskan sekolah, di samping setiap kursus berakhir dalam satu semester sahaja. Dalam kata lain, sebaik selesai menduduki peperiksaan, pelajar akan mendaftar untuk kursus yang lain pada semester berikutnya. Tiada keperluan untuk menghimpun semua teori dan diuji secara sekali gus seperti sistem STPM selama ini.

Penjenamaan semula dan penambahbaikan sistem pembelajaran serta pentaksiran prauniversiti tingkatan 6 secara modular ini melonjakkan semula martabat pengajian tingkatan 6 sebagai laluan utama untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Bahkan, dengan reka bentuk kurikulum dan pentaksiran modular ini, pengecualian jam kredit boleh dipindahkan untuk beberapa kursus asas tahun pertama ijazah sarjana muda. Pelajar tidak lagi perlu mengulang kursus asas yang sama, tetapi pengajian sarjana muda boleh dinaik taraf ke arah mod penyelidikan.

Setiap perubahan tidak akan sunyi dengan cabaran dan kesukaran. Bukan mudah untuk melepaskan kebiasaan atau status quo. Guru akademik atau pensyarah prauniversiti tingkatan mesti bersikap terbuka dan akur kepada transformasi yang berlaku.

Pusat tuisyen persendirian tidak akan mati kerana sistem modular. Barangkali dari segi peranan sahaja yang perlu diubah suai. Contohnya, kalau selama ini pusat tuisyen hanya sibuk dengan set kertas ramalan atau "soalan bocor", kini mereka boleh mereka bentuk modul bagi membimbing pelajar menyediakan tugasan berasaskan sekolah, serta latih tubi peperiksaan ala semester. Namun, penyakit mengambil upah menyediakan tugasan hendaklah dijauhi kerana perbuatan itu bersifat jenayah intelektual dan boleh didakwa di mahkamah... 

1 comment:

mahaninoordin said...

ya, cabaran menanti guru2 pra U sbb kita perlu ubah minda pelajar kohort 1 utk memulakan transformasi kpd sistem modular sbb persekitaran sekolah yang bercampur dengan pelajar aliran perdana, juga kekangan bahan rujukan yang banyak perlu disediakan oleh PSS sekolah