SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, May 16, 2012

PENGENALAN MIKROEKONOMI: STPM MODULAR (THE ORIGIN OF ECONOMICS)

Pendahuluan

Masyarakat primitif mengamalkan ekonomi sara diri dan kegiatan mereka berlegar dalam kalangan rumah tangga sendiri. Setelah masyarakat berkembang, sistem tukar barang (barter) pula mendapat tempat. Apabila sistem mata wang diperkenalkan, kegiatan ekonomi mula lebih rencam (sofistikated).

Secara asas, kegiatan ekonomi hanya ada tiga bentuk, iaitu penggunaan, pengeluaran dan pertukaran. Pelaku ekonomi juga ada tiga, iaitu isi rumah, firma dan kerajaan. Matlamat isi rumah ialah untuk memaksimumkan kepuasan, firma memaksimumkan untung, dan kerajaan memaksimumkan kebajikan.

Bidang pembelajaran Mikroekonomi

Pengenalan:
definisi, jenis barang, masalah asas ekonomi (keluk kemungkinan pengeluaran), penyelesaian masalah asas (sistem ekonomi)

Pasaran barang dan sistem harga:
Permintaan, penawaran, keseimbangan pasaran
Kawalan harga
Keanjalan

Teori pengeluaran:
Fungsi pengeluaran
Kos pengeluaran
Ekonomi bidangan, tak ekonomi bidangan

Struktur Pasaran:
Persaingan sempurna
Monopoli
Persaingan Monopolistik

Pasaran faktor:
buruh = upah
modal = bunga
tanah = sewa
usahawan = untung

Asal usul istilah ekonomi

berpunca dari oikonomia, iaitu cantuman perkataan oikos nomos daripada istilah Greek purba, yang membawa maksud peraturan rumah tangga.

Definisi ekonomi

Terdapat pelbagai takrif. Paling ringkas, ekonomi ialah sains kekurangan.

Sains bermaksud bidang ilmu yang berasaskan kajian.

Kekurangan merujuk kepada sumber yang terhad tidak dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad.

Maka, ekonomi ialah kajian tentang cara pelaku ekonomi memperuntukkan sumber yang terhad antara pelbagai pilihan untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad dengan cekap.


Istilah-istilah penting

sumber = faktor pengeluaran  (buruh, modal, tanah, usahawan)

pilihan = proses membuat keputusan ekonomi berdasarkan matlamat pelaku

kehendak  =  keinginan memperoleh barang dan perkhidmatan

cekap =  penggunaan sumber yang terhad (secara optimum) untuk hasil (keluaran) yang maksimum

masalah ekonomi:  kekurangan, pilihan, kos lepas

kos lepas = pilihan kedua terbaik yang dikorbankan untuk penggunaan pilihan pertama

masalah asas ekonomi:
apakah dan berapa banyakkah hendak dikeluarkan? (mekanisme pasaran)
bagaimanakah hendak dikeluarkan? (teknik intensif modal, intensif buruh)
untuk siapakah dikeluarkan? (agihan)

Buku rujukan yang dicadangkan:

1  Md Zyadi Md Tahir, HY Fong: Mikroekonomi Penggal 1, Longman, 2012

2  Sabariah Ali:  Mikroekonomi, AceAhead (Fajar Bakti), 2012

2 comments:

amirul ilham said...

cikgu saya ingin ambil eko pada stpm ney macam wawas je nak bawa eko ni.apa pendapatat cikgu

cikgu azhar said...

ekonomi ialah mata pelajaran elektif (pilihan), terpulang kepada calon. kalau tanya guru ekonomi, tentulah mereka akan kata senang. pokok pangkalnya ialah keyakinan diri dan kerja kuat.

kalau seseorang pelajar memiliki pemikiran kuantitatif (boleh menghubung kait antar pemboleh ubah) ekonomi akan lebih mudah daripada mana-mana subjek lain.

Wallahu a'lam.