SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, May 13, 2012

SAMBUTAN HARI IBU DI MALAYSIA (FOR THE LOVE AND PRAY)

Malaysia menyertai 79 buah negara lain menjadikan hari Ahad kedua bulan Mei sebagai sambutan hari ibu. Berbeza dengan Indonesia yang merayakan hari ibu sempena gerakan politik dan intelektual kaum wanita mereka, Malaysia menerima versi Anna Jarvis, yang berjaya dalam kempen beliau untuk menuntut cuti umum di Amerika Syarikat pada tahun 1914. Anna bagaimanapun kecewa kerana sambutan hari ibu bertukar menjadi aktiviti komersial.

Negara paling awal menyambut hari ibu ialah Norway, iaiatu pada hari Ahad, minggu kedua bulan Februari. Indonesia pula negara paling lewat menyambut hari ibu, iaitu pada 22 Disember. Di Iran, sambutan hari ibu dikaitkan dengan tarikh kelahiran Fatimah (anakanda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) dan bonda kepada kembar Hasan dan Husin. 

Menjelang sambutan hari ibu, media elektronik akan menyiarkan slot drama dan filem yang berkaitan dengan pengorbanan kaum ibu. Di corong radio pula berkumandang lagu-lagu seperti "Syurga di bawah telapak kaki ibu" oleh Aishah, "Ibu Ratu Hatiku" dendangan Tan Sri (Dr.) P. Ramlee, "ayah dan ibu" (Sudirman) dan banyak lagi.

Kedai-kedai kek dan cenderamata tidak ketinggalan menyediakan pelbagai bentuk hadiah untuk dijual kepada anak-anak yang teruja untuk menghargai ibu mereka. Walaupun perhatian kepada ibu tidak boleh hanya sehari atau bermusim, tetapi sambutan hari ibu dianggap istimewa justeru anak-anak menyediakan kejutan untuk si ibu, di samping membiarkan ibu berehat sepanjang hari bagaikan permaisuri.

Bukan semua wanita berpeluang menjadi ibu. Terdapat banyak wanita yang tidak bertemu jodoh, atau setelah berumah tangga, mereka tidak dikurniakan zuriat. Namun, semua wanita memiliki naluri keibuan.

Walaupun terdapat hari khusus untuk wanita, tidak salah untuk menujukan dedikasi hari ibu kepada semua wanita merentas sempadan geografi dan kumpulan. Mereka mungkin bukan ibu secara biologi, tetapi hampir semua wanita menyandang status sebagai ibu saudara dan sebahagian lagi ibu angkat. Selagi ibu masih ada dan bertenaga, hargai mereka kerana banyak juga insan yang tidak pernah memiliki pengalaman memanggil ibu,emak, mama, nyokap, ama, ma, umi dan seumpamanya sejak mereka lahir ke dunia...

No comments: