SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, June 23, 2012

PENGAJIAN EKONOMI PERINGKAT IJAZAH (PREPARING LEADERS)

Pelajar ekonomi prauniversiti selalu tertanya-tanya kaitan antara teori-teori ekonomi dengan kehidupan sebenar dan aplikasi alam pekerjaan. Adakah analisis ekonomi yang banyak andaian masih relevan dengan tingkah laku masyarkat yang rencam itu? Adakah lulusan ekonomi akan memanfaatkan segala teori yang dipelajari untuk memimpin sesuatu jabatan kerajaan atau perniagaan?

Di Malaysia, antara lulusan ekonomi yang mendaki puncak kepimpinan ialah perdana menteri, ketua setiausaha negara, gabenor bank negara, serta menteri besar Johor, Perak dan Selangor. Demikian juga sebahagian pegawai tinggi kerajaan seperti datuk bandar, ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah perkhidmatan ikhtisas dan tokoh korporat ialah lulusan ekonomi. Pendek kata, lulusan ekonomi telah menjalani disiplin kepimpinan dan proses membuat keputusan yang autentik.

Semasa tingkatan enam dan matrikulasi, pelajar ekonomi didedahkan dengan asas mikroekonomi, makroekonomi dan ekonomi Malaysia. Mereka dilatih mengungkapkan analisis dan aplikasi teori ekonomi menerusi sejumlah konsep, prinsip, model grafikal dan kuantitatif, serta penyelesaian masalah dan kemahiran insaniah. Budak prauniversiti telah dapat menjelaskan perkaitan dan akibat sejumlah fenomena ekonomi yang demikian rencam menerusi pemboleh ubah tertentu.

Apabila melangkah masuk ke fakulti ekonomi, pengkhususan disiplin ekonomi secara lebih mendalam bakal dipelajari. Jika di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar ekonomi boleh memilih sekolah analisis ekonomi dan dasar awam, perancangan dan pembangunan ekonomi, pertanian dan sumber alam, ekonomi statistik dan ekonomi Islam. Di Universiti Malaya (UM), pelajar boleh mengkhusus dalam ekonomi analisis, gunaan, perangkaan dan pentadbiran awam.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menawarkan kursus ekonomi dan pengurusan, serta ekonomi perniagaan tani. Pelajar ekonomi sumber dan perniagaan tani akan dianugerahkan ijazah sarjana muda sains dengan kepujian, justeru mereka disyaratkan lulus dalam kursus matematik, statistik, fizik, kimia dan biologi. Sekolah ekonomi juga terdapat di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Disiplin ekonomi dan matematik (aplikasi) seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Namun, pelajar yang fobia dengan pembezaan (diffrentiation), matriks, persamaan serentak, kebarangkalian, korelasi, regresi, analisis faktoral, janjang geometri dan lain-lain tidak perlu khuatir. Asalkan pelajar rajin menyiapkan tugasan dan mengambil bahagian aktif dalam tutorial, peperiksaan akhir yang lazimnya hanya memperuntukkan 40 peratus daripada keseluruhan markah tidak akan mendatangkan masalah.

Pelajar yang cenderung untuk menjadi ahli akademik (pensyarah dan profesor), pakar runding dan penyelidik hendaklah sekurang-kurangnya menyambung pengajian di peringkat sarjana yang memakan masa minimum setahun. Terdapat mod kerja kursus sepenuhnya, iaitu wajib hadir kuliah dan peperiksaan, mod disertasi (separuh kerja kursus dan separuh penyelidikan) dan mod penyelidikan sepenuhnya. Keadaan yang sama juga ditawarkan di peringkat doktor falsafah, tetapi tempoh pengajian lebih panjang, iaitu minimum dua tahun setengah.

Dr. Hamzaid Yahya (bekas profesor ekonomi dan tenaga penting Majlis Peperiksaan Malaysia) pernah mendakwa bahawa belajar ekonomi sepatutnya lebih mudah daripada mata pelajaran sejarah. Beliau membuat saranan supaya ekonomi diajar secara kontekstual, iaitu sentiasa dikaitkan dengan pengalaman sebenar pelajar. Cara berkenaan boleh dicuba, tetapi pada akhirnya pelajar perlu membiasakan diri dengan penggunaan sejumlah konsep, prinsip dan model analisis yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran...

302 comments:

1 – 200 of 302   Newer›   Newest»
muhammad Zareq said...

salam cikgu... saya ingin bertanya... pada asalnya di tingkatan 5 saya merupakan aliran sains tulen, tetapi disebabkan terlalu banyak main, saya kecundang ketika SPM, biologi saya hanya B dan subjek sains lain semuanya E, BM dan agama A. Math, BI, sejarah semuanya B... saya akhirnya layak ke STPM... cuma saya ditakdirkan mengambil sains kemanusiaan iaitu ekonomi, sejarah, PA, dan BM... selepas tamat STPM, CGPA saya 3.67...alhamdulilah... akhirnya saya macam sudah jumpa minat saya iaitu belajar ekonomi... tetapi baru2 ini keputusan UPU saya keluar... saya dapat sains politik di UKM.... saya rasa agak terkilan kerana saya meletakkan first n second choice saya iaitu ekonomi di UKM dan UPM... saya tahu saya hanya mendapat B+ sahaja untuk ekonomi... tetapi saya rasa saya macam boleh usaha lagi untuk ekonomi kerana sudah minat... Walau bagaimanapun, saya terdengar kawan saya kata boleh tukar jurusan ketika di U nanti... cuma apa yang saya mahu minta pendapat cikgu ialah
(a) adakah saya mampu membawa jurusan ekonomi ini sekiranya rayuan pertukaran kos saya berjaya? kerana saya hanya B+ untuk ekonomi
(b) adakah sains politik dan ekonomi berbeza, saya sudah baca berkaitan sains politik... macam PA dan sejarah aje... sejarah saya agak kurang sedikit...hehe( sejarah B+ time STPM)...
(C) adakah ekonomi perlu add-math dalam calculation... (add-math saya dapat E dalam SPM)...saya bukan x boleh bawak add-math cuma cikgu consider saya hanya terlalu banyak main time SPM aje dulu... saya banyak menyesal ketika SPM...

Anonymous said...

bro,jgn bmbang la,aku dulu budak sains tulen gak,pahtue matrik aku amek aliran perakaunan,lastly dapat ijazah ekonomi,aku bkn minat pn ekonomi ni,tu pn sbb dapat...duk kat u sng nk skor,rajin pegi kls n asaimen,konfirm B setiap sbjek dalam tangan...duk kat u bkn mcm sekolah,sume nota cikgu suap,duk kat u nie kna rjin la cari sumber rujukan,bese yg gagal nie sbb culture shock,jauh dari family,tu yg jdi bebas,..duk kat u ni,nak g kls terpulang kat diri sendiri,klu byk x pegi,xleh masuk final,tue yg result jdi teruk,aku nasihat duk kat u nti pndai cari kawan n pandai jga diri jea...blja ekonomi nie best sbb ko akn tau ekonomi negara luar.. masa ko blaja ekonomi nati ko mesti akan rase,nape kat sekolah menengah x wajibkan amek sbjek ekonomi...hahahahaha...

zareq said...

thanks bro... banyak membantu saya.. harap2 saya mampu berjaya di U nanti dgn pandai membawa diri, rajin belajar, dan perkara yg negetif saya pernah buat dahulu akan saya perbaiki...InsyaAllah

anishahuda said...

assalamualaikum, sy sorg pljr dlm bdg B.eko. sy nak tanya pendapat ckgu tentang ekonomi sumber alam. kalau boleh saya nak minta tolong ckgu explain dgn lebih detail tentang skop pembelajaran ekonomi sumber alam sbb sy masih kabur nak pilih major dlm ekonomi.tq

cikgu azhar said...

salam,

eko. sumber alam masih dalam skop aktiviti asas ekonomi iaitu penggunaan, pengeluaran dan pertukaran (agihan). misalnya, ekonomi sumber air, pertanian, galian dan perniagaan tani.

kalau di sekolah, pemebalajaran eko. lebih kepada eko.positif, tetapi di uni. teori eko. sedia ada sentiasa dibahas semula berdasarkan dapat penyelidikan terkini.

maka, sama ada sdri. memilih eko. perangkaan (statistik), analisis dan dasar awam, perancangan dan pembangunan (gunaan), atau eko. sumber, kaedah kuantitatif aras aplikasi masih diperlukan.

mungkin ada major yang dianggap glamor seperti eko. statistik dan eko. analisis. namun, yang lebih penting ialah pencapain pngk yang tinggi, iaitu tidak kurang 3.5...

Anonymous said...

Salam cikgu.. Bagaimana mahu menanam sikap seronok dlm belajar ekonomi ni. Saya student matrikulasi dan sekarang saya sedang mempelajari makroekonomi. Saya tak berapa faham makroekonomi dan rasa susah utk menguasai..

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Cikgu, saya nak tanya ni berkenaan dengan syarat untuk masuk Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya bagi lepasan diploma UiTM. Kalau kita dapat GPA 3.70 every sem dan MUET Band 3 comfirm ke tak UM terima kita... sekarang ni saya berada di semester 2 diploma in banking UiTM.. Result for the fisrt semester is GPA 4.00. Kalau kita maintain jangan kurang GPA 3.70 every sem jaminan dia cerah tak?. saya masuk diploma ni semata-mata nak pergi Econs UM nak ambil B.Econs(Monetary and Financial Econs). Umur 21 (2012). Cikgu! tolonglah bagi pandangan.

cikgu azhar said...

salam

tahniah kerana dapat 4 flat, teruskan kecemerlangan itu.

persaingan masuk U M memang sengit, kalau stpm kena dapat A, di samping pencapaian yang baik dalam matematik, kalau boleh matematik tambahan spm.

muet band 3 memang o k, tetapi kalau band 4 lagi baik untuk kursus ikhtisas seperti perancangan kewangan (pengecualian kredit 8 kursus untuk kelayakan profesional u k) di fakulti perniagaan dan perakaunan.

kursus yang disebutkan memang di fakulti ekonomi dan pentadbiran.

3.7 = A-; cuba capai 3.8 ke atas, jaga gred kursus kuantitatif, i.e. matematik dan statistik semasa di UiTM.

Mudah-mudahan berjaya hendaknya. Amin...

Anonymous said...

Waalaikumusalam.
Terima kasih atas ucapan cikgu.

Syarat dia nak CGPA 3.80 (A)(GURANTEE PLACE for YOU) dan MUET Band 3 dan jaga kursus quantitative.

Ada 2 je kursus quantitative UiTM syaratkan :-
1- SEM 1, Business Mathematics
2- SEM 3, Introduction to Statistics

Maksudnya, tiap sem la kena score GPA 3.78 (SUSAHNYA UM) or above tuk maintain CGPA 3.80(A).

Terima Kasih Cikgu sebab dah terjawab persoalan saya, GPA 3.70 (A-) for every semester is not guarantee tuk masuk UM sebab CGPA akan menjadi A-. Mungkin DAPAT dan mungkin TIDAK.


FADZLI

cikgu azhar said...

salam fadzli

belum cuba belum tahu

where there is a will, there is a way

Insya-Allah, usaha dan doa seiringan...

Anonymous said...

salam cikgu,
saya mohon pencerahan daripada cikgu berkaitan peluang kerjaya bagi pemegang ijazah sarjana muda ekonomi dengan kepujian. major dalam pertanian.

terima kasih dan harap dapat membantu.

cikgu azhar said...

Salam

bidang pekerjaan banyak, tetapi persaingan juga banyak. misalnya pensyarah (kena buat sarjana dan Ph.D), guru (kena buat diploma pendidikan), ptd (ujian kompetensi dan latihan fizikal), swasta (kena risik kriteria majikan), pegawai tadbir ipta, atau mengikuti skim latihan keusahawanan oleh pelbagai agensi awam, dan banyak lagi.

cuba dapatkan pngk tertinggi semasa tahun akhir.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam

apakah perbezaan IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN (EKONOMI PERKHIDMATAN) ,
IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN (EKONOMI PERNIAGAAN) & IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN (EKONOMI INDUSTRI) ?

cikgu azhar said...

salam

Beza dari segi pengkhususan pengajian (major). bidang perkhidmatan semakin berkembang dan berkait rapat dengan k-ekonomi dan e-dagang. eko. perniagaan fokus kepada isu harga, kecekapan, kos, analisis input-output dan isu-isu keusahawan serta teknologi. eko. industri lebih kepada dasar kawalan firma (indeks monopoli), galakan pelaburan, inovasi, dll.

cuba rujuk kandungan kursus pengajian yang berkenaan.

walaupun demikian, semua calon B.Ec wajib mengambil kertas mikro, makro, matematik, statistik(teknik kuantitatif) dan perakaunan asas.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Azhar.

Keputusan peperiksaan PSPM2 matrikulasi 2013 baru-baru ini saya mendapat pointer 3.09 sahaja. Saya pelajar akaun. Saya ingin minta pandangan dan cadangan cikgu, jurusan ijazah sarjana muda apa yang patut saya ambil bersesuaian dengan pointer saya? Sebab bidang perakaunan terlalu banyak dan saingan untuk mendapatkan sesuatu jurusan itu terlalu sengit. Mohon cikgu dapat membantu saya. Tarikh tutup kemaskini 9 Jun ini.

permohonan UPU untuk fasa ke-2 saya :

Pilihan 1 SARJANA MUDA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN UUM
Pilihan 2 SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DENGAN KEPUJIAN UUM
Pilihan 3 SARJANA MUDA KEWANGAN DENGAN KEPUJIAN UUM
Pilihan 4 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PERBANKAN ISLAM) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) UiTM
Pilihan 5 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (EKONOMI PERNIAGAAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) UiTM
Pilihan 6 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (KEWANGAN) (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) UiTM
Pilihan 7 IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN) UNIMAS
Pilihan 8 IJAZAH SARJANA MUDA EKONOMI DENGAN KEPUJIAN (EKONOMI INDUSTRI) UNIMAS

cikgu azhar said...

W.salam

Insya-Allah berjaya.

Pelajar saya (2011) dapat 2.4+ pun berjaya ke unimap (pengurusan kejuruteraan).

utm, ums juga menawarkan perakaunan. syarat 3.0, minimum B- dalam perakaunan STPM / matriks / setara

boleh masuk dalam senarai pilihan.

moga berjaya hendaknya, amin...

Anonymous said...

Kalau pelajar lepasan asasi sains uitm boleh tak memohon untuk jurusan ekonomi?

cikgu azhar said...

Salam

Ambil dahulu B.Sc untuk ijazah pertama, kemudian boleh sambung buat ekonomi atau MBA di peringkat ijazah tinggi (setahun setengah sahaja). Banyak siswazah sains berbuat demikian dan mereka serba boleh.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam

cikgu saya pelajar stpm 2012,saya mendapat pointer 3.0 Dan muet saya adlah band 3..berpeluangkah saya untuk mengambil subjek ekonomi Di ukm sedangkan saya mendapat 3.3 dalam subjek ekonomi Dan pengajian am?

Anonymous said...

Salam Cikgu, saya baru sahaja mendapat tawaran daripada UPU Engineering ( electrical & electronic ) di UKM. Saya nak tanya apakah bidang yg boleh di ceburi melalui kos ini? Dan pada masa yg sama, what should I be expecting from this course? Terima kasih.

Anonymous said...

salam...
cikgu.. saya nak tanye..
salam...
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (STATISTIK INDUSTRI)
tu macam mane yer?
peluang kerjaya die?
ape yang akan belajar...?

terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu..sy ingin meminta pandangan serta pendpt drpd cikgu mengenai kursus yg harus sy pilih untuk rayuan kerana sy tidak berjaya ditawarkan tempat di IPTA..sy lepasan STPM dan hanya memperoleh pngk 2.75 sahaja..iaitu P.Am=B, BM=A, Sej=C-, Eko=C+..sy harap, cikgu dpt membantu sy..

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu..
saya bru mndpt tawaran u utk ijazah sarjana muda ekonomi( sumber alam) di umt..
boleh x cg trang kn kos ni mcm mne..
sy try google pn tp xbnyk mklumat yg jmpe..
harap dpt mmbantu..

cikgu azhar said...

Salam

Anony Jul 3: bagaimana dengan keputusan upu. maaf kerana tidak sempat respons lebih awal.

Anony Jul 11: 8.15

Tahniah kerana berjaya diterima dalam bidang pengajian kritikal yang menjadi rebutan pelajar terbaik. tidak perlu gusar tentang peluang kerjaya kerana bidang kejuruteraan memang sentiasa mendapat perhatian. kejuruteraan ialah jawapan terhadap kemajuan teknologi, inovasi dan kesenangan manusia zaman-berzaman...

Anony Jul 11, i:02

Sudah tentu berkaitan dengan industri dan menjurus kepada proses membuat keputusan tentang kemajuan dan perkembangan sektor pembuatan. boleh juga menyertai sektor awam sebagai anggota pasukan penggubalan, pelaksana dan penguat kuasa industri.

Anony 7:03

Sudah jawab menerusi e-mel

Anony 7:26

Ekonomi sumber alam berkaitan dengan isu-isu ekonomi pertanian, galian, air dan banyak lagi. antara isu yang dikaji ialah dari segi pengeluaran, pemasaran, pengurusan, kewangan, penyelidikan dan dasar. kursus asas matematik, statistik, prinsip mikro dan makro serta perakaunan dan undang-undang berkaitan sumber alam mungkin juga ditawarkan.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Anony JUL 11: 8.15

Terima kasih Cikgu. Lega sedikit dpt respond Cikgu. Sebab bidang Kejuruteraan E&E langsung tiada dlm senarai pilihan sewaktu mengisi UPU. Sebab tu saya agak risau kerana sy tdk tahu bnyk pun ttg bidang E&E walaupun mmg minat Physics dan Maths. Satu lagi Cikgu, saya nak minta pandangan Cikgu ttg penukaran bidang yang saya dapat ini. Adakah ia wajar atau adakah saya patut kekal dengan E&E?

cikgu azhar said...

Salam

Hendak tukar kursus apa? kejuruteraan kimia? mekanikal? aeroangkasa? industri? pelajar cemerlang memang banyak pilihan, tetapi mungkin boleh dipertimbangkan apabila sambung pengajian ijazah tinggi. boleh terus Ph.D selepas B.Eng jika cadangan kajian diperakukan oleh senat uni.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Salam Cikgu,

Kalau diizinkan, mungkin mekanikal. Walaubagaimanapun, sekirannya saya mendapat lebih maklumat serta pandangan mengenai E&E maka saya akan lebih menerima course ini. Saya masih dalam keraguan kerana tidak mempunyai pendedadah terhadap course ini.
Cikgu, selepas mendapat degree E&E, dalam bidang apa yang boleh saya lanjutkan pada peringkat Masters? Adakah peluang terhad kepada bidang elektrik&elektronik sahaja ?

cikgu azhar said...

Salam

o k, selamat maju jaya.

bidang E & E sendiri sudah terlalu banyak cabangnya. nanti keraplah ke luar negara untuk membawa inovasi dan teknologi terkini, insya-Allah...

Unknown said...


Assalamualaikum cikgu..sy ingin meminta pandangan serta pendpt drpd cikgu mengenai kursus yg harus sy pilih untuk rayuan kerana sy tidak berjaya ditawarkan tempat di IPTA..sy lepasan STPM dan hanya memperoleh pngk 2.93 sahaja..iaitu P.Am=B, BM=B+, geo=B-, PP=B-..sy harap, cikgu dpt membantu sy.Sesuai ke course pengurusan awam dan pengurusan sistem pejabat?

Anonymous said...

assalam cikgu
saya x berjaye ditwarkn tmpt d ipta..sye lepasn stpm 2012..dn plajr cmerlang spm akaun agama..11subjek..
result stpm..bm c+, pa b+, syariah b-, sj c- dan pp c+..
(a)ape kursus sesuai untuk sye..sye mnat akaun..tp stpm x de akaun..result spm akaun A+,+mth A-,bi c+..hri itu isi upu upsi dpt kos akaun so kne ujian medsi ngn interview..last2 x dpt gak..hmm

(b) u pew yg sengit(x lyak dngn result stpm nieh) tuk sye msok yg hnye pngk 2.67..nk bik alrn agame pon x lpas sbb x dak arab..uum, upm boleh kew..??kew msok uitm je..

(c) kew memng sye x de dh hrpn dlm bidng akaun OR Kewangn islam tuk bik degree gune result stpm..T_T..muet bnd 2 je..u pew yg lyak tuk sye bik smbong degree..

(d)nie sye buh upu ryuan
pilihn 1 upsi pndidikn awal knk2
pilihn 2 uitm seni kulinari..
pew bdng kerjaya masa hdpn kos nieh..tolong bg jwpn sblum 21 julai 2013..mak x kasi blajor jauh3..sye owng perak..

Anonymous said...

assalam cikgu
saya x berjaye ditwarkn tmpt d ipta..sye lepasn stpm 2012..dn plajr cmerlang spm akaun agama..11subjek..
result stpm..bm c+, pa b+, syariah b-, sj c- dan pp c+..
(a)ape kursus sesuai untuk sye..sye mnat akaun..tp stpm x de akaun..result spm akaun A+,+mth A-,bi c+..hri itu isi upu upsi dpt kos akaun so kne ujian medsi ngn interview..last2 x dpt gak..hmm

(b) u pew yg sengit(x lyak dngn result stpm nieh) tuk sye msok yg hnye pngk 2.67..nk bik alrn agame pon x lpas sbb x dak arab..uum, upm boleh kew..??kew msok uitm je..

(c) kew memng sye x de dh hrpn dlm bidng akaun OR Kewangn islam tuk bik degree gune result stpm..T_T..muet bnd 2 je..u pew yg lyak tuk sye bik smbong degree..

(d)klu sye bik upsi pendidikn islam d upsi ok x..sye mnat agame n akaun..hri tuh sye ltak upu pilihn 4 perbnkan islam di uum..x dpt pon..tngokkn imascu layak tuk mohon..so kos pew nk smbong degree nieh..?

(e)nie sye buh upu ryuan
pilihn 1 upsi pndidikn awal knk2
pilihn 2 uitm seni kulinari..
pew bdng kerjaya masa hdpn kos nieh..tolong bg jwpn sblum 21 julai 2013..mak x kasi blajor jauh3..sye owng perak..

cikgu azhar said...

Salam

ghad pinky emo

tahun lepas 2.8 dijamin tempat. diharap tahun ini pun demikian. pilih dua kursus daripada senarai asal permohonan. tiada masalah dengan dua kursus pengurusan yang dinyakan. semoga berjaya hendaknya, amin.

Anony July 16

Sudah dijawab dalam 'posting' rayuan upu

Unknown said...

salam cikgu azhar..
seperti yang cikgu azhar ckap "pilih dua kursus daripada senarai asal permohonan? perlu ke saya pilh kursus yg sya pilh sblum ini?

cikgu azhar said...

Salam,

kira-kira begitulah, tetapi mungkin ditawarkan kursus yang tidak dimohon.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

salam. cikgu, mcm mana nak sukakan subjek ekonomi dan seterusnya nak score dlm subjek tersebut. saya rasa economics susah maybe krn tiada basic time SPM. saya skrg berada di matrikulasi semester 1

cikgu azhar said...

Salam

Perlu fokus dalam bilik kuliah. catatkan semua langkah huraian pensyarah dengan sistem nombor. demikian juga ketika membaca teks. sebenarnya setiap konsep mewakili sejumlah peristiwa yang rencam. maka, ekonomi cuba memberi penjelasan secara lebih cekap dan cepat. untuk minat, kena pujuk diri dan latih minda supaya sentiasa bersedia menongkah cabaran.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...saya merupakan lepasan diploma politeknik dalam bidang perancang bandar dan wilayah dengan PGNK 3.26...sye berminat untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda ekonomi...adakah saya layak mendapat tempat di ukm,upm dalam bidang tersebut,,dan adakah keputusan spm juga (seperti matematik)di ambil kira sebagai syarat khas bagi calon lepasan diploma untuk memohon program tersebut

cikgu azhar said...

W.salam

kenapa tidak teruskanpengajian dalam bidang yang sama? atau kelayakan chartered seperti pengangkutan, perancangan kewangan dan kursus profesional lain?

kelayakan minimum ke fakulti ekonomi ialah 3.00 (RU) dan 2.00 (u komprehensif). ekonomi memang banyak elemen kuantitatif, maka kelulusan matematik tambahan spm ialah suatu kelebihan.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Assalamualaikum ..
Saya pelajar FEP UM . Target asal adalah bidang perakaunan di UM tapi gagal .. September 2013 merupakan tahun kedua sy . Saya mulai risau dengan skop pekerjaan , praktikal kelak , and minor yang sesuai dang sedikit sebanyak berkisar ttg accounting, financial and banking .. Any suggestion or nasihat .. thank you

cikgu azhar said...

W.salam

Kelebihan fakulti ekonomi dan pentadbiran UM ialah alumni yang memiliki kedudukan kukuh dalam sektor awam dan korporat. Fakulti perakaunan dan perniagaan asalnya ialah jabatan di bawah FEP. Sdra/i masih boleh mengejar cita-cita sebagai akuantan bertauliah dengan cara mengambil kursus ACCA, CA, @ MACPA setelah bekerja kelak. Atau sdra/i beralih dalam bidang perancangan kewangan (financial planning) di UM dengan pengecualian kredit sepenuhnya untuk berdaftar (chartered) di peringkat antarabangsa.

Siswazah ekonomi UM (dan juga UKM) boleh dikatakan 'berjenama' juga. Pastikan sdra/i mempamerkan kemahiran insaniah, jati diri, kepimpinan dan ciri interpersonal serta bahasa yang mantap.

Wallahu a'lam...

Anonymous said...

Saya pelajar asasi sains Uitm..boleh tak saya ambil degree dalam bidang ekonomi?

cikgu azhar said...

Salam,

Lebih baik kalau ambil B.Sc untuk ijazah asas. Pengajian ekonomi atau perniagaan boleh diambil untuk ijazah tinggi (sarjana dan Ph.D). Banyak pensyarah ekonomi memiliki ijazah asas dalam bidang sains atau kejuruteraan. Contohnya bekas dekan ekonomi UM, Dr. Fong Chan Onn (juga bekas menteri) lulusan ijazah asas kejuruteraan. Dr. Awang Adek, bekas pensyarah ekonomi USM (juga bekas timbalan menteri)asalnya lulusan matematik sebelum mengkhusus dalam ekonomi di luar negara.

Sekarang ini terdapat kursus matematik ekonomi UUM, pengurusan kejuruteraan (Unimap) dan pengurusan matematik (UiTM Arau). Mungkin juga boleh mohon kursus berkenaan untuk ijazah asas.

Unknown said...

assalamualaikum,sebenarnya saye nak luahkan sikit hidup kat um nie tambah2 lagi ambik sarjana muda(degreee ekonomi)...sebnarnya saye x pena dpt pointer yg paling rendah sebelum nie..pngk saye 2.88 dan daa nak masuk semester ketiga kat um...boleh x bagi pandangan cikgu pasal kes saye nie..terima kasih

cikgu azhar said...

W.salam

Pertamanya tahniah kerana berada dalam sebuah fakulti yang sangat berprestij, serta universiti terbaik negara. pngk 2.88 masih o k, iaitu pada tahap kepujian kelas dua tinggi (B.Ec. Hons 2nd class upper), iaitu julat 2.75 - 3.67. Untuk ijazah kelas pertama (sarjana muda ekonomi kepujian dengan cemerlang) kena dapat pngk 3.7 +.

Kalau boleh kembali ke 3.0+ sangat baik, tetapi paling tidak jangan turun di bawah 2.8 itu. kalau ada kenalan senior yang sudah bergraduat, cuba dapatkan pandangan mereka tentang kursus dan pensyarah yang berkemungkinan boleh mwmbawa sdra. Roslan ke arah pngk yang dihajati.

Moga cemerlang, amin...

Muhammad said...

Assalamualaikum cikgu. Sy skrg berada dlm tahun pertama (ijazah statistik)dan kecenderungan saya untuk later year course adalah terhadap financial statistik dan econometric. dan pertanyaan saya, sejauh mana prospek pekerjaan saya di masa hadapan tidak mengira bidang swasta atau kerajaan? dan satu lg pertanyaan cukup atau tidak dgn sekadar mengambil microecons 1 dan macro 1 untuk memahami intrepetasi terutama dalam econometric untuk later year course? Terima kasih cikgu :)

Unknown said...

salam cikgu, saya sdg mengambil aliran sastera di stpm iaitu dr subjek ekonomi,business studies n bahasa melayu.sy pening untuk memilih cos yang akan diambil di degree nanti.apakah cos yng boleh menbantu sy untuk trus mndpt prospek pekrjaan sekarang. lagi satu adakah perbankan memerlukan pekerja skrg?

Unknown said...

Sye nie stdnt engineering dan bkal grad xlme lg..sye brmnt nk bwat double dgree dlm ekonomi sbb sye mnat dgn bidang ekonomi plak..any tips please?university mne yg ok sbb skrg nie blajar kt japan..

cikgu azhar said...

Salam,

Tidak perlu 'double degree', terus buat sarjana (Masters of Economics, M.Ec atau MBA) yang mengambil masa antara satu tahun setengah hingga dua tahun. Boleh pilih fakulti ekonomi dan pentadbiran UM, fakulti ekonomidan perniagaan UKM, atau di UPM, UUM, UIAM dan UiTM. Kalau ada peluang, ambil sahaja sarjana di U. Waseda. Sekarang ini terdapat pengajian ekonomi kejuruteraan dan pengurusan kejuteraan.

Jika mahu 'double degree' ambil kursus profesional seperti perakaunan dan undang-undang.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam cikgu, sy nak minta pendapat cikgu , sy msih buntu untuk mmbuat pilihan sama ada tunggu sesi 2 untuk ke upsi dan uitm atau pun ke kolej swasta. untuk pengetahuan cikgu, sy lepasan asasi undang-2 di uitm shah alam dan sy gagal mndptkn tmpt di univsti.Pointer sy 2.92 .Jadi apa yg sy prlu lakukan, sy bercadang untuk mengambil ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan di kuim, adakah pilihan sy tepat? harap cikgu dapat membantu . terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam,

jika maksudnya sesi 2 ialah disember ini, elok tunggu sahaja. mungkin semasa ambilan september tempoh hari, kursus pilihan tidak tepat. masuk ipts bila-bila masa pun boleh, asal sahaja sanggup menanggung kos pengajian yang lebih tinggi.

keputusan akhir di tangan sdra/i sendiri. moga berjaya, amin ...

cikgu azhar said...

Salam

muhammad,

pengkhususan ekonometrik kena ada asas yang kuat dalam matematik ekonomi dan statistik ekonomi. mikro dan makro pula ialah kursus asas untuk semua pelajar ekonomi. namun, semua kursus pun kena capai gred tertinggi.

siti zaleha,

kalau pngk baik, banyak pilihan. nanti kita cerita, o k. tentang perbankan, bergantung kepada rezeki juga. walaupun ada yang kena berhenti suka rela (VSS), ada juga 'fresh graduate' yang diterima masuk sebagai pegawai baharu. pendek kata keserasian dan rezeki menjadi penentu. banyaklah berdoa. amin ...

Anonymous said...

Salam cikgu azhar...

Saya mahu bertanya, saya baru sahaja tamat pengajian diploma pengurusan perniagaan di IPTS dgn cgpa 3.08. Saya berhajat mengambil degree ekonomi di IPTA, bolehkah saya dapat sambung degree jika saya dari IPTS? Sekian terima kasih. -khairul

cikgu azhar said...

Salam

Boleh dan layak memohon, namun keputusan tertakluk kepada persaingan dan syarat khusus setiap ipta. RU memang sukar, 3.6 +, tetapi masih boleh mencuba uni. komprehensif.

jika masih tidak berhasil, tamatkan pengajian ijazah di ipts, kemudian sambung sarjana di ipta. yang ini lebih mudah, insya-Allah ...

nizza said...

Assalamualaikum, saya nak minta pendapat atau cadangan daripada cikgu boleh?

saya pelajar tahun akhir (last sem) degree Accounting di UIA. Dulu masa lepas SPM saya tak apply maktab perguruan kerana kononnya tak berminat menjadi guru dan tolak tawaran kolej matrikulasi penang sebab nak masuk UIA.

Mak sering membandingkan saya dengan kawan2 yg belajar di maktab perguruan sudah mendapat kerja sebagai guru begitu juga kawan yang dahulu belajar di kolej matrikulasi (sambung U dalam degree pendidikan)pun sudah bekerja.

Sekarang ini saya dalam dilema kerana minat mengajar untuk menjadi guru datang. Jadi, saya terfikir untuk sambung master pendidikan di UPSI 2014 nanti. Apakah keputusan yg saya buat ni betul? boleh tak cikgu berikan pendapat atau nasihat memandangkan saya nak sangat jadi guru.

Sekian, terima kasih.

cikgu azhar said...

W.salam nizza

persaingan menjadi guru sekolah memang sengit, kena dapat pngk tertinggi. kalau boleh 3.5 +. selepas ijazah kena ambil diploma pendidikan (sepenuh masa atau secara kursus dalam cuti bagi pensyarah politeknik dan MRSM).

cuba mohon menjadi guru / pensyarah di mrsm atau politeknik, kemudian berpeluang memperoleh kelayakan pendidikan. kelayakan sarjana pendidikan tidak banyak membantu untuk memasuki kerjaya keguruan.

satu cara lagi, nizza memohon untuk jawatan tutor di mana-mana ipta / ipts, kemudian sambung ijazah tinggi dan / atau kelayakan ikhtisas perakaunan (ACCA, CA, MACPA, ICSA, dll).

Insya-Allah rezeki ada di mana-mana. Semoga nizza mencapai kejayaan dalam mengejar impian peribadi, ibu bapa dan ummah. Amin ...

Anonymous said...

Salam..cikgu nak tnya apa peluang pkerjaan lepasan ijazah sarjana muda sains matematik selain drpd cikgu dan pnsyarah..bole jadi pegawai bank x? Kalau sambung master dalam ekonomi boleh x?

Anonymous said...

Salam..lepasan sarjana muda sains matematik, boleh sambung master dalam ekonomi tak?

cikgu azhar said...

Salam,

Sudah tentu boleh. Sebahagian ahli ekonomi memiliki ijazah asas matematik / sains sebelum beroleh M.Ec, MS (Econs), MBA dan yang setara. boleh tumpu kepada ekonomi kuantitatif ...

Unknown said...

Salam cikgu..saya nk tnya.kalau degree kita ambil ekonomi then master.kita ambil akaun blh tak?

Anonymous said...

salam.. cikgu saya tahun akhir degree pengurusan sumber manusia. saya berminat untuk sambung master. saya berminat untuk buat master dalam kaunseling/psikologi..boleh cikgu bagi pencerahan kos yang sesuai untuk saya buat dan dimana?

cikgu azhar said...

Salam

Rafi Muhd:

Lebih baik ambil kelayakan profesional perakaunan (ACCA, MACPA, CA, dll). Calon sarjana perakaunan mesti ada ijazah asas perakaunan @ kelayakan profesional yang dinyatakan.

Anony nov 17:

Boleh, dan semua uni. boleh. sebab hrm memang berkait rapat dengan psikologi industri. di ipta tempatan MA (Psy) ditawarkan di fakulti sains kemanusiaan / sosial (UM, UKM, USM, UPM, dll). selamat mencuba ...

Anonymous said...

Salam..lepasan diploma sains kuantitatif boleh sambung degree dalam sains matematik tak? Lepas tu kalau nak sambung master dalam ekonomi boleh tak?

Anonymous said...

Salam..cikgu lepasan diploma sains kuantitatif boleh sambung sarjana muda dlm sains matematik tak? Lepas tu sambung master dlm ekonomi boleh x?

cikgu azhar said...

Salam,

Boleh, tetapi tertakluk kepada syarat khas kemasukan oleh pihak fakulti dan kelulusan senat.

tiada masalah untuk program sarjana ekonomi.

Wallahu a'lam ...

nani said...

Assalam cikgu, saya memiliki diploma dalam perakaunan di politeknik, saya benar2 berminat den subjek ekonomi, ini kerana semasa di sem 1 & 2 saya telah belajar makro & mikro.
jadi saya tekad nak sambung ijazah dalam ekonomi, pointer keseluruhan saya hanya 3.22 dan muet saya band 2. layak kan saya untuk sambung belajar dalam ekonomi? di universiti manakah yg bersesuaian dgn result saya? dan jenis program ekonomi yg mana sepayutnya saya pilih? saya betul2 tak begitu didedahkan, tapi saya berminat dlm bidang ekonomi.

cikgu azhar said...

W.salam

RU susah sikit sebab banyak calon matrikulasi dapat 3.6 - 4.0 memohon ke fakulti ekonomi. peluang lebih cerah jika memohon UiTM @ uni. komprehensif yang lain.

kenapa tidak cuba sarjana muda perakaunan, misalnya di UMS, kemudian ijazah sarjana (masters) buat ekonomi? pengkhususan bidang ekonomi bergantung kepada pencapaian semester 1, 2 di U.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu azhar. sehat?
saya khairul, pelajar Politeknik Ungku Omar, jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Saya dapat CGPA 3.34 dalam bidang ni.
sejujurnya saya tidak minat dalam bidang ni. belajar ok je. cuma minat untuk sambung kerjaya dalam bidang kejuruteraan ni tak ade.
saya ade merancang untuk sambung sarjana muda ekonomi.
untuk senarai pilihan upu saya sudah buat susunan seperti berikut:
UIA - economics
UPM - economics
UTM - sains pendidikan (maths)
UPM - hr management
UITM - business economics
UITM - finance
UUM - economics
UITM - hr management
di sini saya ingin tanya pendapat cikgu, sama ade saya mempunyai peluang utk sambung bidang economics walaupun saya dr bidang kejuruteraan?
adakah susunan pilihan saya tu bersesuaian atau x?
saya tau saye tidak mempunyai basic dalam bidang ekonomi, tapi saya dapati saya mulai minat dalam bidang ekonomi ni.
lagipon, saya sentiasa mengekalkan gred A dalam subjek engineering mathematics dari semester 1 hingga semester akhir. adakah itu satu kelebihan untuk mendapat tempat dalam bidang ekonomi ni?
apa pandangan cikgu mengenai status kelayakan saya?

cikgu azhar said...

W.salaam

Alhamdulillah sihat wal afiat

Tahniah atas pencapaian cemerlang di PUO. Memang pun sebahagian siswazah ekonomi berasal daripada disiplin lain, termasuk sains tulen, sains gunaan dan kejuruteraan. Tiada masalah tentang perkara itu. Pilihan o k, apa kata kalau sdra terus ke UIA berjumpa dekan kuliyyah ekonomi, atau ke UiTM supaya dapat bersemuka dan menyatakan hasrat. memang matematik komponen penting pengajian ekonomi dan persediaan ijazah tinggi (sarjana, Ph.D).

kalau masih tersekat, tamatkan hingga ijazah kejuruteraan, kemudian sambung untuk sarjana ekonomi. cara ini lebih mantap dari segi kesinambungan pengajian ikhtisas dan kepakaran.

Semoga berjaya. Amin ...

Anonymous said...

terima kasih atas pandangan cikgu.
saya memang betol2 mahu tukar jurusan sarjana muda ekonomi.
sebab saya memang tiada minat langsung dalam bidang kejuruteraan.
saya takut saya akan tunggang langgang kalau saya sambung degree engineering sebab minat terhadap engineering sudah kosong cikgu.
cikgu rasa saya ade peluang tak dapat jurusan ekonomi tersebut?

Anonymous said...

Cikgu..sy brminat utk smbg degree ekonmi..u ape yg offer?skrg sy ambil dip in banking uitm..sem 4,cgpa 3.89

cikgu azhar said...

Salam,

Tahniah pngk cemerlang. semua RU ada fakulti / sekolah ekonomi. UiTM sendiri ada menawarkan pengajian ekonomi peringkat sarjana muda. Begitu juga dengan kebanyakan u komprehensif. Banyak pilihan. Mungkin paling mudah sambung di uitm.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum...cikgu, saya nak minta pandangan cikgu patut ke saya berhenti belajar dari bidang degree architecture dan mohon upu semula? saya pelajar sem 1 tp rasa tidak minat dalam bidang ni dan sangat tertekan ketika belajar..boleh ke pelajar umur 19 mohon kursus asasi ekonomi di uia guna result spm?

Anonymous said...

Assalamualaikum...cikgu, saya nak minta pandangan cikgu patut ke saya berhenti belajar dari bidang degree architecture dan mohon upu semula? saya pelajar sem 1 tp rasa tidak minat dalam bidang ni dan sangat tertekan ketika belajar..boleh ke pelajar umur 19 mohon kursus asasi ekonomi di uia guna result spm?

cikgu azhar said...

W.salam

bidang seni bina ada prospek cerah. untuk memperoleh tempat dalam pengajian seni bina sudah pasti melalui tapisan / saringan yang sangat ketat. sdra/i swmahumembuat satu keputusan besar berasaskan minat (yang dirasakan tiada).

jalan paling baik ialah buat janji temu dengan kaunselor UIAM, dan berjumpa dekan / syiekhul kuliyyah architecture untuk '2nd opinion' dan penerokaan potensi kendiri. elakkan daripada membuat keputusan secara mendadak @ dipengaruhi perasaan.

tentang had umur kelayakan program asasi tidak semestinya sama setiap tahun. jadi, kena tunggu iklan.

kesimpulannya, seringkali kejayaan tercapai setelah menempuh pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan. banyak kisah benar yang boleh diteladani.

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu. Saya nak minta pnedapat cikgu. Saya skrg pelajar semester akhir diploma perakaunan di UiTM. Saya delima untuk memilih sama ada nak teruskan ijazah perakauanan atau ijazah ekonomi. CGPA saya sekarang 3.65. Masa diploma, saya ada belajar subjek ekonomi. (micro & Macro) dan minat saya mula mndalam dalam subjek ekonomi. Sekarang saya delima sama ada nak teruskan dalam perakaunan atau ekonomi. :(

cikgu azhar said...

W.salam

Elok dapatkan B.Acc dahulu, kemudian ACCA, CA @ MACPA. Ekonomi boleh ambil secara sambilan apabila bekerja kelak (ijazah sarjana).

Keputusan akhir di tangan sdri.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

band 2 boleh sambung ekonomi ke cikgu?

cikgu azhar said...

boleh, insya-Allah.

namun, untuk syarat lulus ijazah kena dapat minimum band 3 sebelum tamat pengajian.

Anonymous said...

cikgu, cgpa 3.34 dan band 2 dari Politeknik Ungku Omar lulusan diploma kejuruteraan mekatronik ade peluang tak sambung ijazah sarjana muda ekonomi?

cikgu azhar said...

mengapa ekonomi?

lebih baik sambung ijazah B.Eng dahulu, kemudian buat MBA.

bidang pengurusan diasaskan oleh jurutera (frederick Taylor, Henry Fayol)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
cikgu azhar said...

W.salam Eny Klik:

insya-Allah masih layak. ukm mensyaratkan demikian kerana sekolah ekonomi bernaung di bawah fakulti ekonomi dan perniagaan. Di UM di bawah fakulti ekonomi dan pentadbiran. UPM: ekonomi sumber, USM: pusat pengajian sains sosial.

Masih boleh letak UKM, tetapi pilihan ke-2.

susah senang itu perkara relatif. namun, kalau asas matematik ada, insya-Allah ijazah ekonomi bukan masalah besar ...

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

assalamualaikum ckgu...
sy nk tnya skit pd ckgu..
sy ni tgh delima nk isi upu..
sy ni i.allah abis mtrik bln 5 ni...
sy nk thu pndgn ckgu bdang ap yg t'baik antra akaun dgn ekonomi..
dua sbjek ni mrupkn sbjek yg sy mnat n sbjek yg mdah nk skor..
mhon pncerhn drpd ckgu...

cikgu azhar said...

W.salam king zaki,

perakaunan tergong dalam pengajian ikhtisas kritikal, boleh ambil chartered accountant (ACCA, MACPA, CA). ekonomi lebih bersifat umum untuk tugasan perancangan, pentadbiran dan membuat keputusan.

dua-dua pun o k, tetapi kalau ambil akaun, kemudian sambung ACCA memang mantap sebab bilangan akauntan bertauliah di malaysiamasih di bawah 10,000 orang.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cg...kalau result stpm saya dpt 3.0 pointer
layak ke saya nk minta kos ekonomi di ukm...????

cikgu azhar said...

Salam,

Memohon layak, tetapi diterima masuk bergantung kepada persaingan tahun semasa kerana UKM ialah RU. Mohon juga u komprejhensif, termasuk UiTM.

Moga berjaya, amin ...

Anonymous said...

Salam cikgu,

Saya student yg masih menunggu keputusan spm.. saya pelajar aliran sains disekolah.. saya sekarang tgh buntu.. saya bercita2 ingin menjadi pakar ekonomi suatu hari nanti.. saya ingin minta pendapat diploma, asasi, matrikulasi ataupun stpm aliran ape yang perlu saya pilih.. tolong saya cikgu..

Hanis

cikgu azhar said...

Salam,

semua yang disebutkan ialah laluan ke ipt. untuk menjadi pakar ekonomi tidak semestinya kena buat ijazah asas ekonomi. boleh ambil matematik, sains dan kejuruteraan sebagai contoh, kemudian sambung ijazah tinggi(sarjana dan Ph.D) dalam ekonomi.

moga berjaya, amin ...

Anonymous said...

Salam cg,
Saya ada terbaca syarat2 nk mohon ukm dlm kos ekonomi utk tahun 2014...
Syarat2nya....
Gred yg diperlukn utk stpm ialah sekurang2nya B- dlm mana2 2 subjek berikut...
*ekonomi
*p.perniagaan
*perakaunan
*math/addmath
tp dlm stpm saya cuma mengambil subjek p.am, bm, sej dan ekonomi...
layak ke saya memohon ukm cuma subjek ekonomi je yg saya ambil berdsrkn syarat kelayakn yg dikehendaki itu.....????
Mohon pencerahn cg....
#pelajar tgh keliru#

Anonymous said...

Salam cg,
Saya ada terbaca syarat2 nk mohon ukm dlm kos ekonomi utk tahun 2014...
Syarat2nya....
Gred yg diperlukn utk stpm ialah sekurang2nya B- dlm mana2 2 subjek berikut...
*ekonomi
*p.perniagaan
*perakaunan
*math/addmath
tp dlm stpm saya cuma mengambil subjek p.am, bm, sej dan ekonomi...
layak ke saya memohon ukm cuma subjek ekonomi je yg saya ambil berdsrkn syarat kelayakn yg dikehendaki itu.....????
Mohon pencerahn cg....
#pelajar tgh keliru#

cikgu azhar said...

Salam,

Program ekonomi UKM ditawarkan di bawah fakulti ekonomi dan perniagaan. sebab itu syaratnya begitu. Kombinasi kertas sdra/i lebih cocok untuk fakulti ekonomi dan pentadbiran UM, cuma perlu kepujian matematik SPM dan pngk terbaik sebagai syarat ke RU.

Untuk ijazah asas, mana-mana U pun o k, termasuk UiTM, nanti boleh buat sarjana di UKM.

Moga berjaya hendaknya, amin ...

Anonymous said...

salam cikgu. saya student pasum. sem 1 saya banyak main and final hanya 2.35. Tapi still ada sem 2 utk saya berubah. saya ada tengok kalau syarat kelayakan ekonomi dekat UM hanya 2.00 bagi asasi/matrik. betul ke ni?

cikgu azhar said...

Salam,

Ya, benar. Namun 2.00 syarat minimum. Kalau berlaku persaingan sengit, 3.5 pun belum terjamin untuk RU seperti UM. Maka, kena cari jalan untuk sekurang-kurangnya 3.00.

Selamat berusaha dan majujaya hendaknya. Amin ...

Anonymous said...

salam cikgu,
saya pelajar politeknik dalam jurusan kwgn & perbankan islam. saya msih ragu2 untuk permohonan upu (degree) sama ada mahu meneruskan dlm kwgn dan perbankan islam atau mengambil jurusan lain seperti kewangan, atau business mnagement.mohon pendapat cikgu. -aliya

cikgu azhar said...

Salam Aliya,

Elok teruskan sahaja bidang pengajian sedia ada memandangkan sudah memiliki asas yang mencukupi. masih ada banyak kesempatan untuk bidang lain di peringkat ijazah tinggi: MBA dan PhD.

Mohon kedua-duanya (Islam, konvensional), tunggu bidang yang ditawarkan.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam Cikgu.
Saya student lepasan stpm. Baru baru ni saya saya dapat result stpm. Alhamdulillah, okay. 3.92 pointer. Masalah saya, saya apply upu di UM, ijazah sarjana muda ekonomi. Syarat khas ke nak masuk sana kena dapat MUET band 3. Tapi, saya dapat MUET band 2. Dan keempat empat subjek, semua A kecuali ekonomi A-. Mohon pencerahan cikgu, layak ke saya dapat di UM?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aslm. Sy lpsn stpm 2013, result sy 2A 2B+ n pointer sy 3.67. Sy ingin mohon ukm dlm bdg eko tpi sy baca syarat at least dpt 2.67 dlm mna2 mta pljarn berikut:
Eko
Akaun
P.perniagaan
Mat/mat T/futher mat
#masalahnya sy hnya ada sbjek eko sja n eko sy dpt B+. Boleh ka sy mohon sbb tk memenuhi syarat

cikgu azhar said...

Salam,

anony mac 20: wow, tahniah, pencapaian yang sangat cemerlang. UM dan UKM memang begitu. ekonomi kena dapat A, muet band 3, tetapi tidak dengan USM, UPM dan UUM. Ijazah asas dari U mana pun o k, nanti boleh sambung ijazah tinggi di UM. Apa-apa boleh cuba juga UM. pelajar saya dahulu ditawarkan pengajian media UM walaupun pilihan pertama fakulti ekonomi dan pentadbiran.

Anony April 26: program ekonomi UKM di bawah fakulti ekonomi dan perniagaan, sebab itu syaratnya begitu. Lebih baik mohon uni. yang bertepatan dengan kelayakan, kalau tidak mungkin ditawarkan fakulti lain di UKM.

wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Selain ukm, uni apa lagi yg tawar kos ekonomi yg bersesuain dgn result sy. Sy ada mohon upsi iaitu pndidikan ( eko ) . Sy ada jg mntk usm kos eko. Rasa result sy layak x apply usm?

Anonymous said...

Maaf, sy nk tnya apa syarat khas kos kewangan di UM. muet at least band brpa? Tma kasih

cikgu azhar said...

UUM, UiTM (ekonomi matematik), UIAM, dan uni.komprehensif lain seperti Unimap (pengurusan kejuruteraan). USM layak, cuma persaingan RU mungkin menyebabkan tawaran pengajian lain, atau ekonomi sebagai 'pengkhususan kedua' (double major). UM biasanya minimum band 3. boleh hubungi terus penolong pendaftar (ijazah asas) fakulti perniagaan dan perakaunan untuk pertanyaan tentang kursus perancangan kewangan, sebab permintaan sangat tinggi.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam.cikgu saya nak tnya psl kos sains ekonomi yg ditawarkan dekat uum.ape tu sains ekonomi?

mimi_sha said...

Salam cikgu.....sya nk tnye...adakah pointer stpm 2.5 layak ke ums??

cikgu azhar said...

Salam,

sains ekonomi upm ke arah penagugerahan B.Sc (Hons), berbeza dengan ekonomi UKM, UM --> B.Ec.(Hons). dahulu dikenali sebagai ekonomi sumber dan perniagaan tani. banyak menggunakanteknik kuantitatif (matematik tulen, statistik) dan kena ambil beberapa kertas asas sains tulen.

mimi_sha,

melebihi kelayakan minimum 2.0, tetapi tertakluk kepada merit persaingan dengan calon lain.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam ....cikgu...,adakah unimas n ums bnyak persaingan. ..?? Ramai org cakap jika mohon unimas n ums mudah dpt....mohon prtlongan...saya cnfius...

cikgu azhar said...

Salam,

semua ipta pun banyak persaingan. berdoalah semoga rezeki berpihak kepada sdra/i. Amin ...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu. sy nk tnya syarat khas kos ekonomi di UTM? n muet band bpa?

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Cikgu, saya merupakan lepasan asasi sains hayat di unimas. Hasrat ingin sambung dgree dlm bidang perubatan tapi CGPA tak menepati kelayakan. Saya ingin keluar drpd bidang sains kerana ingin belajar bidang baru selain drpd sains/biologi.

Berpeluangkah saya atau sempat ke utk tukar kpd bidang ekonomi? atau saya patut memilih biotech? Saya sgt suka subjek maths/ melibatkan calculation..boleh ke saya ambil kos ekonomi?

cikgu azhar said...

W.salam,

anony 6:58
kalau cakap tentang kelayakan minimum: ekonomi B (3.0), muet band 2; cakap tentang peluang, ekonomi A (4.0), muet band 3.
apa-apa pun buat permohonan dahulu.

anony 8:23
lebih baik teruskan ijazah sains (biotech) dahulu, ekonomi boleh buat untuk ijazah tinggi (sarjana, Ph.D). pengajian ekonomi matematik / statistik mungkin sekali sesuai.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

tq atas info ckgu. first choice sy letak bacelor eko at upm. second sy letak account at upm. pointer stpm sy 3.67. eko b+ n muet band 2. xtawu lah sy leh dpt ka tak

Anonymous said...

Salam cikgu, saya pelajar lepasan STPM 2013 dan alhamdulillah pointer saya untuk STPM 2013 ialah 3.58. baru-baru ni saya ada dpt tawaran untuk menghadiri interview sarjana muda ekonomi dan pentadbiran di UM pada 25/5/2014. Adakah interview tu nnti dah menjamin kemasukan saya ke UM? mohon cikgu beri penerangan.

cikgu azhar said...

Salam,

Anony may 15: didoakan berjaya, amin ...

Anony may 17: insya-Allah, sebelah kaki sudah ke UM. buat persiapan rapi dengan maklumat yang mencukupi tentang fakulti eko. & ptd. UM, sebab kukuh memilih UM, fakulti eko. dan bidang kerjaya berkaitan. seterusnya, berdoa sahajalah semoga rezeki berpihak kepada sdra/i, amin ...

Anonymous said...

baru2 ni sya pnggilan ujiian medsi upsi. maknanya sya dah tk dpat kos eko di upm

cikgu azhar said...

tidak semestinya begitu.

RU ada autonomi pengambilan pelajar, ada pelajarditawarkan 2 RU serentak.

wallahu a'lam ...

Anonymous said...

oh begitu. terima kasih ats info. Inshaa Allah kalau ada rezeki. amin. ckgu nk tnya. katakan lah kalo tak lulus tmuduga trsebut. adakah akn dtawar ke kos lain ? atau uni lain

cikgu azhar said...

doa bagi lulus. w.pun lulus, RU lain mungkin masih membuat tawaran.

Wallahu a'lam, semoga berita baik akhirnya, amin ...

Syahirah_S said...

Salam cikgu. saya lepasan matrik dalam bidang sains. saya dapat pointer 3.48. cikgu rasa boleh tak saya ambil degree dalm bidang ekonomi?

cikgu azhar said...

Salam,

Insya-Allah, tiada masalah. merit untuk pengajian ekonomi sumber UPM yang menganugerahkan B.Sc (Hons) @ dwipengkhususan Ekonomi dan Matematik, @ ekonomi matematik UiTM, @ ekonomi UKM, UM yang mensyaratkan kombinasi ekonomi dan matematik semasa prauniversiti.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam Cikgu,

Result Spm saya Math A-, addmath B+,
Result STPM saya 3.42 di mana ekonomi saya A-, b.m A, p.am B+, p.prniagaan B-....TApi MUET saya dapat Band 2 jer.. Markah 139 (1 markah lg band 3)
Saya ada mohon ekonomi perkhifmatan, eko pniagaan dan perakaunan di UNIMAS..
Rasa2 nya dapat tak Unimas terima saya..Krtiga tiga course ni sy letak d pilihan 1,2 dan 3.. Dan dalam UPU bidang keutamaan sy letak ekonomi dan prakaunan..
Minta jasa baik cikgu utk bagi pndapat katsaya secepat mungkin..
Terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam,

Insya-Allah, berjaya. 3.42 sudah cukup tinggi untuk u komprehensif seperti unimas, uitm,dll. malah, dalam banyak bidang pengajian RU pun boleh layak. band 2 muet tidak jadi halangan kecuali untuk beberapa kursus tertentu dan R U.

Tahniah atas pencapaian cemerlang stpm, didoakan berjaya seperi yang diimpikan, amin ...

Anonymous said...

Salam cikgu, dalam UPU, saya ada mohon jurusan sains politik di UKM.. Tetapi, dalam upu tu, 3 bidang keutamaan tu sy tak letak pun bidang sains sosial. Yg sy letak ialah yg pertama, bidang ekonomi perakaunan, kedua bdang pengurusan dan ktiga bdang bahasa. Adakah saya akan dapat jurusan sains politik ini? Agak risau rasanya Saya harap sgt sy x dapat jurusan ni sbb minat sy dah beralih kepada bdang ekonomi..

cikgu azhar said...

Salam,

Bergantung kepada keputusan mesyuarat sekretariat UPU yang dianggotai wakil ipta. Hanya mereka yang ada akses terhadap data permohonan, merit dan bilangan kemasukan. Pemohon hanya boleh berdoa dan berharap; atau usaha terakhir cuba hubungi UPU @ uni. yang berkenaan.

Pengajian sains politik pun ada komponen ekonomi.Peluang untuk belajar dan mengkhusus dalam sesuatu bidang pengajian tidak pernah tertutup, sama ada menerusi ijazah asas berganda (kali kedua) atau ijazah tinggi.

Wallahu a'lam ...

Razlan said...

Salam Cikgu Azhar,

Saya ingin minta pandangan Cikgu kerana sy sudah buntu. Skrg saya sedang berada di ipts semester 2 diploma administrative management (ianya seperti office management)(untuk degree, kursus ditawarkan lebih kepada bidang HR). Saya berfikir untuk tukar kepada course foundation for humanities and social science (yg ditawarkan oleh unirazak) dan kemudian terus mengambil bachelor of economics.

Adakah Cikgu rasa keputusan saya ini adalah kurang bijak dan buang masa? Ini adalah kerana saya ingin menggengam degree yang lebih luas prospek kerjayanya.

Tq Cikgu. Salam Ramadan.

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam Razlan,

Bidang kerjaya untuk ijazah bukan ikhtisas pada amnya setara. bakal majikan lebih berminat terhadap pencapaian pngk dan kemahiran insaniah pemohon pekerjaan.

kursus diploma razlan pun ada belajar ekonomi bukan? maka, boleh sambung sarjana muda ekonomi @ undang-undang tanpa menukar kursus. yang penting pencapaian pngk terbaik untuk permohonan ijazah. jika rajin, boleh ambil chartered accountant @ icsa selepas tamat pengajian kelak.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Slam sjhtera.. pointer 3 dan muet band 1 adakah mndpt pluang utk ke ums or unimas?

Anonymous said...

Salam Cikgu Azhar,

Saya ingin minta pdangan sikit dari cikgu, malu sy katakn stpm PNGK 3.00 dan Muet bgitu lah lemah band 1 . Adakah ada tmpat utk sy di ums atau unimas??

cikgu azhar said...

Salam,

pngk dah o k, muet bergantung kepada syarat khas uni. berkenaan. pada asasnya, layak sebab muet hanya perlu ambil sahaja. namun, untuk syarat pengijazahan mesti capai minimum band 3 semasa di uni.

cuba juga uitm, uni. komprehensif lain. jika sangkut, patah balik ke diploma terlebih dahulu.

Semoga berjaya, amin ...

Anonymous said...

Salam cikgu,
Amin,

Trlbih dahulu sy ucapkn terima kasih atas panduan yg dberi..
Cikgu,sy chinese mix iban xdpt msuk uitm.. PA-B, SEJ- B-, EKO- B, PP- B+.. sy btul2 buntu nk buat cm mne skrg..wluapapn trma ksih skli lagi cikgu.. sy akn tggu jk la kptsan upu kli ni..

cikgu azhar said...

Salam,


Etnik Iban dan Cina Sarawak masuk kategori bumiputera, maka tiada masalah masuk UiTM. Cuba buat semakan dengan cawangan UiTM terdekat. pngk 3.0 + biasanya berjaya ke ipta walaupun mungkin memperoleh bidang pengajian yang tidak dipohon ...

Anonymous said...

Salam cikgu azhar,

sy tringin mndpt tmpat di uni..Nma sy cina pn boleh ke? Sy tkut sy akn sngkut disni dgn rsult sy tu.. apa bleh sy lakukn.. adakh sy ptt lupa hsrat sy slma ni. Dan kmbali mmlih utk mngambil sjil di ILP? Dan brmula dr awl..adakh mmbuang bnyk msa?dan jminan pkrjaan slpas ILP? . Bleh ckgu kngsikn sdkit pndpat cgu atau mcm mna

cikgu azhar said...

Salam,

tiada masalah tentang nama / agama, yang penting status bumiputera.

ilp @ ipta semuanya tiada jaminan pekerjaan. namun, kelayakan lebih tinggi bermakna nilai modal insan juga meningkat ...

Anonymous said...

salam cg... Sy dpt 3.48 di pspm kt matrik baru2 ni.. N saya ad mntak ijazah ekonomi di ukm.. Sy dpt grad purata ekonomi a .. Alhamdulillah.. Cg.. Agak2 dpt tak dgn muet saya yg ckup2 mkn je (band 2) .. -Fadhil-

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam dan tahniah Fadhil,

Insya-Allah akan berjaya, walaupun mungkin ditawarkan ke uni. komprehensif, atau R U yang lain (USM sebagai contoh).

Isnin depan (12/8) sudah tahu ...

Anonymous said...

Salam cikgu.
Saya merupakan pelajar tahun 1 fakulti ekoomi dn pengurusan di UKM sesi 2013/2014 dan mengambil subjek ekonomi di sana. Pada tahun 2 nanti, saya ditawarkan kursus major iaitu ekonometrik. Ia merupakan pilihan pertama saya untuk bidang ekonomi ini mungkin kerana saya meminati matematik. Tapi Sebenarnya sejak dr sek sehingga matrikulasi saya meminati bidang perakaunan. Di ukm, bidang perakaunan hanya boleh diambil ketika tahun 2 dan ia lebih mengutamakan pelajar bisnes kerana kebnyakan subjek mereka berkaitan berbanding pelajar ekonomi. Namun kami, pelajar ekonomi masih ada kesempatan dengan membuat surat permohonan dan sebagainya sekiranya kami ingin menukar kepada bidang perakaunan. Jadi saya ingin minta pndpat cikgu sama ada saya patut meneruskan ambil bidang ekonomi ataupun perakaunan? Bidang mana satu yang lebih memberikan banyak peluang pada masa akan dtang? Kerana ini kali pertama saya mendengar major ekonometrik dan saya tidak mempunyai banyak info berkenaan bidang ini. Harap cikgu dpat membantu saya. terima kasih cikgu.

Anonymous said...

assalammualaikum warah matullah. cikgu, saya baru ditawarkan Ekonomi Industri di unimas. saya tak apply course nih dan semua course yg saya minta memang tak dapat. rasa lemah semangat pun ada. boleh cikgu explain course ni tentang apa dan apa keluasan pekerjaan untuk bidang ni?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum ckgu. Saya ingin bertanya. Ekonomi industri itu apa dan peluang pkerjaan utk course ini?

Anonymous said...

alhamdulillah cg.. dpt jgk uum bachelor sc. ekonomi .. :D thx bg support cg.. -Fadhil-

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu,saya nak tanya
1. apa itu ijazah sarjana muda pentadbiran pernigaan dengan kepujian (ekonomi perniagaan).mohon penerangan....
2.bidang kerjaya course ini????

Anonymous said...

Assalamualaikum,kos bachelor sains ekonomi tu mcm mne? Boleh bg pnerangan sikit

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu,
Mohon pencerahan Dari Cikgu..
1.apa itu jurusan ekonomi antarabangsa dgn kepujian
2.apakah kerjaya yang sesuai untuk bidang ini
3.adakah bidang ini menjamin mase hdpn yg cerah.

Terima kasih Cikgu.

cikgu azhar said...

Salam,

Anony Aug 11:
Boleh dapat kedua-duanya. Teruskan ekonometrik UKM, nantisetelah bekerja boleh ambil ACCA @ MACPA secara sambilan. Banyak yang berbuat demikian. Memang benar ekonometrik menjurus kepada analisis kuantitatif dan penyelidikan kendalian, tidak ramai yang mampu buat. Tahniah kerana terpilih dalam kursus kritikal dalam disiplin ekonomi ...

cikgu azhar said...

Eny Klik,

Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Namun, dengan peluang pembelajaran sepanjang hayat, sdri. masih boleh mengikuti pengajian dalam bidang yang didambakan pada masa hadapan (misalnya sambil bekerja). mula2 pujuk hati yang lara dahulu, kemudian kembali ke landasan realiti, tetapkan sasaran pngk terbaik. peluang pekerjaan terbuka luas dengan pencapaian terbaik, kemahiran insaniah dan kepimpinan, insya-Allah.


Tahniah Fadhil. B.Sc (Economics) ialah nama ijazah yang dianugerahkan setara dengan B.Econ dan Sm.Ekon. Pengkhususan disiplin ekonomi memang semakin berkembang, tetapi asasnya ialah ekonomi analisis, pengajian dasar awam, kuantitatif (matematik, statistik), gunaan (pembangunan dan perancangan), sumber (pertanian, air, galian), ekonomi Islam dan banyak lagi ...

Anony Aug12:
BBA (Hons) terbahagi kepada pengkhususan pengurusan, pemasaran, kewangan dan gunaan (kajian antarabangsa, pelancongan, hospitaliti) dan sesenarai panjang lagi. Prospek kerjaya banyak bergantung kepada pncapaian pngk, penguasaan bahasa antarabangsa, kemahiran insaniah dan kepimpinan.

Ekonomi antarabangsa lebih fokus terhadap kegiatan perdagangan, pembangunan, kewangan dan peranan pertubuhan serantau / dunia. peluang kerjaya sama seperti disiplin pengajian lain: pngk, kemahiran insaniah, kepimpinan, komunikasi bahasa antarabangsa.

Unknown said...

As salam cikgu.saya bru sahaja mendpat kputusan upu .saya mendapat usm jurusan perakaunan dan ukm jurusn ekonomi.saya minat kedua-dua subjek ini.yang mana lebih baik untuk dipilih ?

Anonymous said...

As salam cikgu.saya bru sahaja mendpat kputusan upu .saya mendapat usm jurusan perakaunan dan ukm jurusn ekonomi.saya minat kedua-dua subjek ini.yang mana lebih baik untuk dipilih ?

Anonymous said...

Salam cikgu. Saya nak tnya apa bidang pekerjaan untuk mereka yang mempunyai ijazah ekonomi terutamanya dlam statistik gunaan (ekonometrik) ?

Anonymous said...

Salam,
Cikgu Azhar,
Sye difahamkan pembelajaran dlm ekonomi Sgt meluas.pembelajaran ekonomi juga banyak pecahan spt ekonometrik, ekonomi sumber alam, industri, antarabangsa, perniagaan dll...jadi soalan sye
1)mengapakah jurusan ekonomi ini dicabangkan.
2)apekah perbezaan antara mereka yg ditawarkan program jurusan ijazah sarjana muda ekonomi dengan kepujian ( ekonomi sumber alam ) dengan ijazah sarjana muda ekonomi dgn kepujian.
2)adakah pembelajaran bg mereka yg ditawarkan jurusan pure economics lebih mendalam.
3)pada pendapat Cikgu cabangan ekonomi manakah yg lebih penting Dan cabangan ekonomi yg mana sering dipraktikkan dlm pembangunan dimalaysia..

Sye hrp Cikgu faham tulisan sye yg sedang menhadapi masalah kekeliruan + kecelaruan ini..sekian..terima kasih Cikgu harap Cikgu dpt membantu..wahai guru jasamu dikenang..

Dari ~NURIN~

Anonymous said...

salam cikgu, saya nak tanya. antara degree untuk ekonomi di ipta atau ipts yang lebih better ? sebab saya dapat tajaan utk ipts, n untuk ipta belum tentu lagi. lebih lebih lagi saya hanya dapat muet band 3. saya dapat bacelor ekonomi di upm, dan bacelor ekonomi di unirazak. dan, kenapa tempoh pengajian nya tak sama?

Anonymous said...

salam cikgu, saya nak tanya. antara degree untuk ekonomi di ipta atau ipts yang lebih better ? sebab saya dapat tajaan utk ipts, n untuk ipta belum tentu lagi. lebih lebih lagi saya hanya dapat muet band 3. saya dapat bacelor ekonomi di upm, dan bacelor ekonomi di unirazak. dan, kenapa tempoh pengajian nya tak sama?

Anonymous said...

Assalam cikgu, saya student sains di matrik dan baru baru ini result UPU saya mendapat Ijazah Ekonomi (Ekonomi Perkhidmatan. Pada pendapat cikgu boleh kah saya membawa subjek ini sebab saya memang tak pernah belajar subjek ekonomi sebelum ini. Saya risau saya tak dapat bawa subjek ini sebab saya tiada asas langsung tentang subjek ekonomi

cikgu azhar said...

Salam

Nurul Asyiqin: tahniah dapat 2 R U sekali gus. jika memilih bidang profesional pilih akaun, jika meminati disiplin ilmiah dan analisis kuantitatif pilih ekonomi. sudah istikharah?

Anony Aug 13: bab peluang kerja bergantung kepada pencapaian pngk, kemahiran insaniah, permintaan pasaran, dll. yang pasti, jadi orang bijaksana, insya-Allah.

Nurin: semua disiplin pengajian tinggi memiliki banyak pengkhususan. Ekonomi sumber UPM dianugerahkan B.Sc(Hons) justeru membabitkan beberapa kursus sains tulen dan matematik. Di USM: B.Soc.Sc (Hons), UKM, UUM: B.Econ (Hons), dll. Pengajian ekonomi tulen terangkum di bawah program analisis ekonomi (mendalami bidang teori mikro, makro), manakala yang lain semua gunaan. setiap bidang pengkhususan ada kelebihan tersendiri. setiap bidang juga ada sumbangan terhadap proses penggubalan dasar awam dan keputusan kajian kemungkinan (feasible study) tentang projek pembangunan yang berdaya maju.

Anony Aug 16: upm antara R U rebutan, unirazak uni. butik. tajaan apa? biasiswa hingga ijazah tinggi (skim pensyarah)? tahniah, bertuahnya! muet band 3 dah o k, syarat pengijazahan sudah lepas. pastikan jawapannya dengan menghubungi unirazak, serta telitikan terma yang mungkin tersembunyi. kalau o k, terpulang (boleh istikharah). tempoh pengajian tidak sama sebab ada uni. menggunakan sistem 3 semester setahun. ipta 2 semester. selamat membuat pilihan ...

Insya-Allah boleh. kursus asas ekonomi ialah kertas wajib fakulti. sebenarnya pelajarberlatar belakang sains memiliki kelebihan kerana ekonomi banyak aplikasi kuantitatif (matematik, statistik).

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cikgu azhar. Saya lepasan asasi sains dan cgpa saya 3.55. Baru2 ini saya telah menpt twaran di Uitm iaitu Ijazah Sarjana Muda Statistik. Apakah yg dipelajari dalam course ini dan bagaimana peluang bdang pekerjaan course ini. Terima kasih

cikgu azhar said...

Salam

tahniah. mana-mana kursus pengajian tinggi terlalu luas bidang pengkhususannya. stastik tulen tentang teori, asal usul sesuatu kaedah dan perkembangannya, manakala statistik gunaan merangkumi penyelidikan kendalian, analisis data, proses membuat keputusan (teknik kuantitatif) dan sebagainya. cuba capai pngk tertinggi, insya-Allah peluang pekerjaan lebih luas, sebab data statistik ialah bukti yang sangat signifikan dalam kebanyakan urusan kehidupan masyarakat maju.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Situasi kita sama

Anonymous said...

Assalamualaikum ckgu,
Saya ingin bertanya,
Saya masih confuse untk pilih ijazah account atau islamic finance utk ijazah sarjana muda sya yg prrtama..
Saya rasa saya minat kedua-duanya..
Tapi, bgaimana pendapat cikgu..?
Yg mana yg ckgu rasa lbih baik..
Sekarang saya masih istikharah lagi..
Tapi, saya masih cepat tukar2 pilihan..
Saya antra pelajar 'scorer' di dlm klas tp, saya masih buntu.... huhu..

Anonymous said...

Assalam Cikgu,sy sdg memikirkan utk pengajian sarjana thn dpn.sy graduan sm ekonomi,2001.ukm.
Sy dilema utk memilih bidang sama atau fssk,ukm.ini kerana bidang dlm fssk mempunyai kaitan dlm perkhidmatan sy DLM kerajaan.
Sy sbnrnya meminati ekonomi kerana kekuatan sy dlm subjek analitikal spt mikro,major,kemahiran bfikir dll.wpun sy kurang kemahiran dlm maths dan stats.sy bimbang subjek2 ini mgagalkan pngk sy.prospek ekonomi pulak mungkin penempatan di EPU,MOF Dan MAMPU.

Pohon pndgn.
yuslizakashmir@yahoo.com

S.O.F.I.Y.Y.A.H said...

Saya dpt study separuh masa di ukm dlm kos ekonomi dgn kpujian. Sy lpsn stpm. Cgpa 2.59 and muet band 2 je. Risau sngat ni. Program separuh masa di ukm mmg utk golongn bkerja je ke.?

Muet and cgpa saya mampu ke sy bertahan di ukm?

Slalunya ekonomi n kpujian di ukm study subjek ape ya.? Lbih kurang stpm dlu ke.?

Mohon emailkan pandangan di sofiyyah712@yahoo.com

cikgu azhar said...

W.salam,

anony aug 27: islamic finance lebih bersifat akademik dan gunaan, manakala acc. ialah pengajian ikhtisas. dua-dua pun o k kalau boleh capai pngk tertinggi.
barangkali sudah pun membuat keputusan hasil istikharah.

yusli: ijazah sarjana ekonomi bukan masalah bagi siswazah bidang yang sama, sedangkan siswazah bidang lain (misalnya sains, kejuruteraan) pun o k. Insya-Allah, math, stat bukan halangan, malah mungkin melonjakkan pula pngk. selamat maju jaya.

sofiyyah shah: insya-Allah boleh, UKM beri tawaran kerana percaya pada keupayaan sdri. bidang pengkhususan: analisis ekonomi dan dasar awam, perancangan dan pembangunan, pertanian dan sumber alam, statistik, ekonomi Islam. biasanya boleh mengkhusus dua bidang (double major) atau bidang tunggal (single major). Penasihat akademik (pensyarah pembimbing) akan memberi gambaran.

Selamat berkuliah dan berjaya, amin ...

Anonymous said...

Salam Cikgu
Saya nk tnye. Saya lepasan mtrik dlm sains. Tp saya tak minat sains. Kalau study pun sbb exam, tu pun terpaksa. Saya akan melanjutkan pljrn di ipts bachelor in accounting(hos). Saya nk cuba something yg barutp saya takde basic akaun. Org kate tkde basic, susah nk bawa kos ni. Betol ke cikgu? Mohon pencerahan :)

Anonymous said...

Salam Cikgu
Saya nk tnye. Saya lepasan mtrik dlm sains. Tp saya tak minat sains. Kalau study pun sbb exam, tu pun terpaksa. Saya akan melanjutkan pljrn di ipts bachelor in accounting(hos). Saya nk cuba something yg barutp saya takde basic akaun. Org kate tkde basic, susah nk bawa kos ni. Betol ke cikgu? Mohon pencerahan :)

cikgu azhar said...

Salam,

Semua kursus di U akan bermula daripada asas dahulu. Jika berjaya untuk B.Acc (Hons) tiada masalah yang bakal dihadapi jika akur terhadap segala keperluan pengajian yang ditetapkan oleh pensyarah.

Insya-Allah ...p

Anonymous said...

Salam cikgu azhar,

saya dalam dilema untuk memilih majoring sama ada dalam perakaunan ataupun ekonomi.

saya mahu bertanya pendapat cikgu mengenai kelebihan bagi kedua2 bidang ini. (selain daripada kelebihan dalam peluang kerjaya.)

dan apakah bezanya jika saya mengambil
sarjana muda ekonomi -> master dlm ekonomi?
berbanding dengan
srjana muda perakaunan -> master dlm ekonomi?

terima kasih :)

Anonymous said...

Salam cikgu, saya bercadang nak ambik Perbankan Islam di Universiti Malaya. Tetapi bila saya check, dekat UM tiada kos diploma perbankan islam, yg ada hanya degree. Kos tu ada di UiTM & beberapa IPTA lain. Tapi saya memang teringin nak masuk UM & sangat minat dengan kos berkaitan duit :) Kira2 semua. I love maths. So, mcm mana ye cikgu?

Ambik diploma dulu di U lain? Atau ambik diploma syariah ekonmi di UM?

Kalau ambik diploma syariah ekonomi, nanti degree boleh ambik perbankkan islam ke? Apa perbezaan & persamaan kedua-dua kos ni ye?

-AD

CIKGU AZHAR RODZI said...

Salam,

Anony sep 18:

lebih baik buat ijazah asas akaun, kemudian ambil chartered accountant (ACCA, MACPA, CA @ ICSA). Ijazah tinggi (M.Ec, MBA @ M.Acc) boleh diambil secara sambilan.

peluang kerjaya bukan mutlak bergantung kepada pengkhususan ijazah, tetapi lebih kepada kemahiran insaniah dan sosok penampilan 'in person'.

anony sep 25:

semua pilihan yang disebutkabn boleh belaka. kemudian mohon fakulti perniagaan dan perakaunan UM. Syaratnya pngk semasa diploma 3.8 + dan muet band 4, baru kuat. sebenarnya banyak pilihan pengajian yang menarik selain perbankan Islam, misalnya sains aktuari dan perancangan kewangan (kelayakan chartered UK secara automatik hanya di UM).

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

Assalamualaikum....nak tanya kalau nk ambik kursus ekonomi kene lulus ape dlm spm...saya ambik aliran sastera(ambik ekonomi ngan akaun sekali) dan universiti mane yg ada buat tawaran.Terima kasih

Anonymous said...

Salam cikgu..sy nk tnye apakah bidang kerjaya yg sesuai utk pljr lepasan ekonomi perkhidmatan??

cikgu azhar said...

W.salam Adli Ahamad

selain mata pelajaran teras (bm, bi, matematik, pend. islam, sej. capai gred terbaik untuk ekonomi asas dan akaun. mohon matrikulasi, asasi @ foundation sebagai laluan ke peringkat sarjana muda. banyak ipt menawarkan ekonomi.

anony oct 29: jika pngk 3.6 + boleh mohon ptd @ tutor (skim latihan tenaga akademik ipt). kalau swasta bergantung kepada kekuatan b.i. dan dasar pengambilan personel mereka.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

salam cikgu..saya nak tanya had umur untuk asasi upm, uitm dan uum berapa ye? saya dah cari tapi tak jumpa. terima kasih.

cikgu azhar said...

Salam,

pada amnya dibuka kepada lepasan spm semasa (fresh spm leavers), rujuk http://asasi.uitm.edu.my/v1/

Anonymous said...

pada amnya dibuka kepada lepasan spm semasa (fresh spm leavers), rujuk http://asasi.uitm.edu.my/v1/

owh..terima kasih..

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu....
saya pelajar dip. sains kuantitatif uitm...taktau nak sambung ijazah dalam bidang apa...minat pure maths tp nnti nk kerja apa.?pngk 3.8+...ada yg kata cos pure maths utk jd cikgu or lecturer saja....kompuis

cikgu azhar said...

w.salam

tahniah pngk 3.8+, banyak bidang boleh sambung, misalnya sains aktuari, statistik, sains membuat keputusan dan banyak lagi. orang math cekap berfikir dan mampu meminimumkan ralat dalam proses membuat anggaran atau keputusan. peluang kerja terbuka luas, insya-Allah ...

Unknown said...

assalammualaikum... cikgu sya nak tnye sikit lrr... saya pelejar leepasan SPM ... tingkatan 5 nie sya ambil aliran sastera... ekonomi and perdagangan.. saya nk nye lrr klw saya ambil STAM then kt uni sye nk ambil jurusan ekonomi boleh x?? adakah sya perlu ulang semula diploma??

cikgu azhar said...

w.salam nabilah saadan,

boleh jika ada kelulusan STPM ekonomi yang cemerlang, atau kursus diploma yang bersesuaian. Cara lain ialah ambil pengajian syariah (pengkhususan muamalat) kemudian sambung sarjana ekonomi.

wallahu a'lam ...

Anonymous said...

As salam cikgu

Mohon pandangan dr cikgu utk anak saya yg mengambil aliran ekonomi dan prinsip akaun di tingkatan 4 ..perlukah anak saya mengambil subjek xtra add math utk membantu dia layak ke ipt?

Trima kasih cikgu atas pandangan..

cikgu azhar said...

W.salam,

matematik tambahan beri kelebihan, tetapi bukanlah wajib. jika mampu bawa, bolehlah daftar

wallahu a'lam ...

Anonymous said...

sy amik cos akaun utk spm...... n saya trtnya apakah perbezzan antara cos akaun n ekonomi..... apakah perbezzannya.. blh x cg tlg jelas kan

cikgu azhar said...

kursus akaun untuk ijazah perakaunan yang masuk kategori ikhtisas (profesional), ekonomi (analisis, pembangunan, pertanian, statistik, Islam) lebih bersifat umum. kedua-dua bidang banyak aplikasi kuantitatif, tetapi mungkin berbeza dari segi kerjaya. namun, siswazah akaun boleh sambung ijazah tinggi sarjana, Ph.D ekonomi; siswazah ekonomi boleh belajar ACCA (kelayakan profesional perakaunan)

Anonymous said...

salam cg.. apakah IPTS yg menawarkan bidang ekonomi......dan ipts atau ipta lebih elok......... harap cg.. dpt mmbantu tq

Anonymous said...

Assalamualaikum,cikgu.saya pelajar jurusan perakauanan matrikulasi.pada peperiksaan akhir sem lalu alhamdullilah saya dapat 4 flat tapi sekarang saya masih bingung kerana samada mahu menyambung pengajian dalam bachelor ekonomi atau perakauanan?yang mana satu pilihan yang lebih baik..dua-dua subjek saya minat untuk belajar..harap dapat membantu saya yang dalam kebingungan ini.terima kasih..

cikgu azhar said...

Salam,

Anon jan 24: ada, tetapi nama ijazah yang ditawarkan pelbagai: BA, BSc, BEc, dll. Elok belaka jika ada akreditasi MQA.

Anon jan 28: jika bercita-cita mahu jadi profesional pilih perakaunan. sebenarnya bolah dapat dua-dua, iaitu dengan cara mengikuti pengjaina ijazah tinggi (sarjana) kerana masih dalam keluarga yang sama.

Wallahu a'lam ...

Yaya Dyana said...

Assalamualaikum cikgu.. Sy lepasan Asasi kemanusiaan & sains sosial dari UNIRAZAK. Sy buntu utk melanjutkan pelajaran dimana. Cgpa sy 2.87. Muet sy band 3. Boleh ke sy apply utk masuk UKM ?? Ataupun ipta lain. Jika boleh bgaimana caranya ??Sy buntu mencari course degree apa yg boleh sy sambung mengunakan foundation ini. :(

Yaya Dyana said...

Assalamualaikum cikgu.. Sy lepasan Asasi kemanusiaan & sains sosial dari UNIRAZAK. Sy buntu utk melanjutkan pelajaran dimana. Cgpa sy 2.87. Muet sy band 3. Boleh ke sy apply utk masuk UKM ?? Ataupun ipta lain. Jika boleh bgaimana caranya ??Sy buntu mencari course degree apa yg boleh sy sambung mengunakan foundation ini. :(

cikgu azhar said...

W.salam Yaya Dyana,

Semakan portal rasmi UPU tidak menyatakan asasi / matrikulasi KPM sahaja yang layak memohon, maknanya boleh cubalah (online). kemas kini syarat khas pada mac ini. boleh juga buat semakan di URL: https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_syarat.php?pagefunc=syaratByBidang&carian1=002&carian2=AS&carian3=A

UKM ialah RU, persaingan sengit, kecuali kursus kurang popular, contohnya sains pembangunan. cuba u komprehensif seperti upnm, uitm.

selamat keluar daripada zon buntu ...

Anonymous said...

as salam cikgu
saya sekarang bermasalah dalam kos saya
(ijazah sarjana muda sains dengan kepujian(matematik perniagaan).

dan saya bercadang untuk menukar kepada kos (pentadbiran perniagaan).

adakah wajar untuk saya tukar?, kerana 3 sem saya di sini saya susah untuk menghadap subjek2 yg sudah beberapa kali gagal. mohon penjelasan cikgu.

cikgu azhar said...

W.salam,

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Langkah yang lebih tepat ialah berjumpa sendiri dengan dekan atau timbalan dekan akademik (ijazah asas) fakulti tempat sdra/i belajar.
jika ada penasihat akademik (pensyarah pembimbing) mohon pendapat.

selain itu istikharah. lakukan tindakan segera. moga berjaya, amin ...

Anonymous said...

Salam... cikgu, sya lepasan stpm 2014.... sy dapat 3.4 dalam stpm .. jurusan ekonomi dan dapat band 4 untuk muet.. saya nak buat ekon di UKM . Tu my first choice dan sya memg hrap sngt2... tp saya dapat b+ for ekon... adkah pengmbilan pelajar terlalu rumit n adakah peluang untuk sya sbb dapat b+ for ekon?? Plesw replyy
From: Yun 20 thun STPM student

cikgu azhar said...

Salam Yun,

Tahniah. bergantung kepada rezeki. mungkin juga UKM akan menawarkan fakulti lain. tidak mengapa, masih boleh buat ekonomi untuk ijazah tinggi.

Anonymous said...

Salam..cikgu.saya lepasan matrik aliran sains.blh x saya nk sambung degree akaun nanti?pointer matrik saya 3.7 muet saya dpt band 3.saya x kisah dpt u ape asalkan dpt kos akaun.blh ke x sbb saya xde basic akaun.

cikgu azhar said...

Salam,

tahniah atas pencapaian cemerlang 3.7;

mengapa tidak ambil B.Sc dahulu, kemudian apabila bekerja nanti terus ambil kelayakan ikhtisas perakaunan seperti ACCA, MACPA, CPA? nilai tambah kelayakan sdra. akan lebih tinggi berbanding dengan hanya memiliki sarjana muda perakaunan.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu...
Di antara sains statistik dan sains actuary ...yg mana satu pilihan terbaek? saya dalam dilema nak pilih yang mana...saya pelajar uitm sains kuantitatif...cgpa 3.8+...semua subject kuantitatif saya ..setiap sem A+....tlg saya cikgu...

cikgu azhar said...

W.salam,

sains aktuari boleh dikatakan sebagai disiplin ikhtisas / gunaan(profesional). negara kita masih kekurangan ahli sains aktuari. baca lebih lanjut di http://www.ukm.my/PSA/KENALAKTUARI.htm

statistik juga o k, iaitu dalam kumpulan yang sama untuk proses membuat keputusan berdasarkan data.

boleh istikharah jika masih dilema.

selamat memilih ...

Anonymous said...

salam cg.

saya pelajar lepasan stpm 2015.dapat pointer 3.67. alhamdulillah A utk paper eko. saya berminat nak apply kos economics. tp based on result spm sy math c, addmath failed. boleh ke sy bawak kos eko kt u nanti?(kalu ada rezeki ditawarkan hehe)

cikgu azhar said...

salam,

tahniah atas pencapaian cemerlang stpm. insya-Allah boleh bawa, malah boleh dapat A matematik dan statistik ekonomi nanti. hadir kuliah, tutorial 100%, siap semua tugasan, itu rahsianya ...

Anonymous said...

terima kasih atas suntikan semangat dari cg. in shaa ALLAH :) :)

Unknown said...

salam cikgu ,

saya zaty lepasan stpm 2014 , saya dpt pointer 3.42 muet band 3 . eko b+ . saya nk minta ukm course eko . tapi ramai ckp risiko xdapat tu tinggi . so saya minta perbankan islam , ekonomi perniagaan d uitm . saya berminat sangat2 dalam course eko . boleh cikgu bagi sedikit nasihat antara saya tuka kepada eko or perbankan islam je ? .. sebab saya rpeat u3 . so saya boleh tukar permohonan upu saya.

cikgu azhar said...

Salam izzati husna,

tahniah atas pencapaian cemerlang stpm. mungkin ukm tawarkan kursus yang lain kerana biasanya fakulti ekonomi mengutamakan yang dapat A terlebih dahulu. mungkin juga dapat umk kursus keusahawanan sebagai contoh, atau uitm seperti yang husna mohon. biar sahaja pilihan pertama itu sebab pngk yang tinggi sudah sebelah kaki di menara gading idaman, insya-Allah ...

Unknown said...

salam cikgu,

saya lepasan stpm 2014, pointer saya 3.5 dan eko saya a. tapi muet band 2. saya telah meletakkan akauntan ums pilihan pertama.adaka saya berpeluang untuk mendapat tempat. tq

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 302   Newer› Newest»