SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, July 3, 2012

APABILA MURID MENGANTUK DI DALAM KELAS (IMSOMNIA AND FACEBOOKING ADDICTED)

Kelesuan ialah musuh daya pengeluaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang pekerja yang mengalami gangguan stamina tidak dapat memberi tumpuan penuh terhadap pekerjaan yang sedang dilakukan. Murid sekolah yang asyik menguap pula bukan sahaja menjejaskan proses pembelajaran diri sendiri, malah mengakibatkan iklim bilik darjah berubah ke arah kurang sihat.

Pertama sekali murid yang kerap tersengguk-sengguk akan menerima teguran daripada guru mata pelajaran kerana peristiwa yang berlaku itu boleh mengundang pelbagai natijah, terutama jika tiba-tiba pengetua atau pegawai jemaah nazir muncul secara mengejut. Guru yang membiarkan sahaja murid berkenaan mengantuk mungkin dilabel sebagai kurang berkesan, kurang menarik dan kurang cekap dalam kawalan bilik darjah. Pengetua sebagai pemimpin pengajaran juga bakal terkena tempias yang sama atas sebab kecuaian tidak memaklumkan hal disiplin murid seumpamanya, apatah lagi jika tiada sebarang bukti hitam putih dalam minit jawatankuasa kurikulum atau hal-ehwal murid.

Andai kata murid yang mengantuk itu langsung tidak dikenakan sebarang isbat sosial, maka murid lain akan memeproleh pengaruh yang buruk. Lebih banyak murid akan berani tidur di dalam kelas justeru mereka menganggap bahawa tiada tindakan tegas yang akan diambil oleh pihak sekolah. Bacaan meter tekanan guru mata pelajaran juga akan meningkat secara mendadak.

Teguran guru secara berhemah terhadap murid yang mengantuk bukan boleh dibuat secara semberono dan keras. Generasi Y sekarang seolah-olah sudah lali dengan kata-kata nasihat dan teguran umpama angin lalu sahaja. Mereka telah membina perisai yang sangat kukuh, atau dalam bahasa psikoanalisis sebagai helah bela diri yang sangat tebal.

Pilihan yang ada pada guru mata pelajaran selepas memberi teguran lisan ialah merujuk kes murid mengantuk kepada guru kaunseling untuk menjalani proses bimbingan dan pemulihan. Murid diberi kesempatan melakukan penerokaan kendiri (model kaunseling Rogers) tanpa membabitkan pihak ketiga sebagai kambing hitam bagi menutup sebarang kelemahan diri sendiri. Kemudian, murid itu sendiri yang akan mencadangkan jalan penyelesaian berdasarkan langkah-langkah yang disyorkan dalam proses kaunseling.

...

...

...

...

...

No comments: